18 Mei 2016

Minggu peperiksaan penuh saspen.

Guru jelaskan. Murid cuba fahamkan. Guru salah faham. Murid-murid salah sangka.

Manusia akan faham sesuatu berdasarkan pengalaman,  persekitaran dan orang sekeliling mereka.

Pengalaman orang ramai adik-beradik dan pengalaman anak tunggal berbeza.

Pengalaman adik-beradik ramai lelaki dan pengalaman adik-beradik ramai perempuan berbeza.

Ada yang menganggap sentuhan itu sebagai gangguan seksual. Ada yang menganggap itu adalah situasi normal dan sebagai gurauan. Tidak semua orang bole terima gurauan itu. Berpada-pada dengan sentuhan walau sesama lelaki dan sesama perempuan.

Jadi raikan kefahaman berbeza ini dengan sikap tolak ansur,  saling berbincang,  saling memahami dan elakkan buat tuduhan tanpa siasatan yang jelas.

Ada yang merasakan dirinya lebih teruk terkena dengan seseorang berbanding orang lain. Hanya orang yang melalui pengalaman itu,  akan merasainya.

Pengalaman adalah guru terbaik untuk bekerjasama pada suatu hari nanti.

Maafkan diri ini kerana sentiasa berbeza pendapat dengan orang lain. Yang pasti diri ini sentiasa cuba berbaik sangka dengan orang lain. Kadang-kadang terlepas diluar kawalan.

#Jika dapat suatu berita,  siasat dahulu.

#Bincang dengan orang yang berpengalaman luas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...