15 Mei 2016

Tudung Cantik.

Sebut pasal tudung,  pasti ada kaitan dengan wanita.

Tudung salji
Tudung bawal
Tudung halfmoon
Tudung siti
Tudung fareeda
Tudung haji
Tudung bulat
Tudung curve
Tudung nuur

Sebenarnya banyak lagi jenis tudung boleh disenaraikan.

Dalam Islam,  Al-Quran menyuruh para wanita melabuhkan kain kerudung dari kepala hingga menutupi dada. Dlam Surah Annur,  ayat 31:

(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surat An-Nur 31]

(يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا)
[Surat Al-Ahzab 59]

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Usahakan supaya dapat tudung yang tutup dada,  tidak jarang, tidak terlalu terang dan longgar.

Walau apa pun nama jenis tudung yang wujud,  aku masih dengan tudung bulat dalam bentuk curve. Bahagian tepi labuh ke siku sahaja. Bahagian belakang labuh supaya senang untuk terus solat tanpa pakai telekung putih.

Sekarang, sukar untuk mencari tudung yang aku pakai sekarang. Paling mudah,  beli kain yang senang dibentuk pada muka,  tidak panas dan bidang 60. Kain koshibo tidak dalam senarai sebab mudah jatuh bila solat.

Ada sesiapa yang jual kain yang memenuhi ciri-ciri ini? Nanti boleh bagi link pada ruangan komen. Terima kasih.

Lagi mudah dapat jahit sendiri menggunakan ukuran badan sendiri. Itulah keselesaan diriku walaupun dipandang konservatif,  makcik-makcik,  tak 'up tu date', susah dapat jodoh dan macam khemah.   Terpulang kepada persepsi masing-masing.

"Kalau kau pakai tudung ni(merujuk kepada tudung 2 muka yang warna cerah) , pasti ada orang meminang kau, " kata seorang kakak kepada diriku.

Tiada balasan dariku kecuali senyum. Bimbang perkataan yang menyakitkan hati terkeluar dari mulutku.

Aku sentiasa doakan kakak ini serta rakan-rakan muslimah memahami kenapa perlu pakai tudung walaupun dengan menggunakan baldi. Ini istilah yang diberikan oleh UAI.

Tenang hatiku bila melihat anak muridku masih memakai tudung yang mengikut syariat. Masih tahu batas aurat. Tahu matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagi anak muridku yang masih terumbang- ambing dengan pengaruh rakan yang 'tidak beragama', aku doakan suatu hari nanti mereka pasti diberi kesedaran oleh Allah untuk terus istiqamah dengan pemakaian ikut syariat. Bukan sekadar nak pergi umrah. Bukan sebab nak ke masjid. Bukan sekadar malu jumpa guru. Berubahlah kerana Allah.

Coretan sempena hari guru. Hadiah untuk guru adalah cemerlang akademik dan akhlak serta pemakaian ikut syariat Islam. Bukan ikutan. Selamat berjuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...