05 Mei 2016

Pesta Buku & Mall

Cuti1 Mei. Cuti hari pekerja. Jatuh hari ahad. Kebetulan hari itu tiada elektrik di rumah. Daripada berpanas dalam rumah,  ada baiknya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL. Kemudian ke IOI Mall. Solat maghrib di Masjid UPM. 8 malam sampai rumah. Kaki sakit. Perjalanan kami berlima.

Sempat sambar beberapa buah buku. 3 keping buacer buku adik digunakan. Buku beli sendiri juga ada. Buku yang paling aku kehendaki Imaginasi. Karangan Ramli Awang Murshid. Terbitan alaf21. Novel ke-26 bagi penulis ini. Sebelum ni koleksi buku Sunan. Imaginasi ada kelainan tetapi tetap bentuk thriller.

Aku mula baca buku Api Tauhid,  oleh Habiburrahman El Shirazy. Banyak kali tertidur. Kemungkinan bahasa Indonesia kurang difahami. Unsur suspen lagi diminati. Ambil buku Imaginasi. Kadang tergelak seorang diri. Gila. Gila cerita dalam buku ini.

Cuti Isra' Mikraj. Hanya di rumah. Layan Novel Imaginasi. terus sambungan. Rancang nak mula potong baju. Baju raya. Entah sempat atau tidak. Hari bekerja,  aku langsung tiada mood nak menjahit. Bila mood nak datang ni?!

Pengetua baru? pelbagai versi yang didengari. Jadi tunggu dan lihat pada minggu peperiksaan. Pengetua lama ke mana? beliau sudah pencen. Mulakan hidup baru dalam dunia pencen. Selamat berpencen cikgu.

Bila aku nak pencen ni? pejam celik dah 7 tahun aku di sinj. Masih seperti dulu tetapi usia semakin tua dan matang.

Rumah sebelah dari penuh lalang,  dah tukar jadi rumah baharu. Alhamdulillah ada jiran baru.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان.
Jom latih puasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...