06 Mei 2016

Heli 'missing'

Kematian orang yang baik ditangisi,  kematian orang yang jahat disyukuri.

Dunia akhir zaman,  orang yang baik mudah meninggalkan kita kerana disayangi Allah. Manakala orang yang menyusahkan orang ramai, nyawanya terlalu liat untuk dihabisi.

Berusahalah menjadi orang baik yang beriman. Sentiasa memudahkan urusan orang lain. Kelak kita bertemu dengan Allah dalam keadaan bersedia.

Maafkan diriku. Andai para pembaca terasa sentap.

Maaf jika komen tidak terjawab. Mungkin aku tiada jawapan. Mungkin anda perlu bertanya kepada 'ahlinya'.

Ilmuku hanya pada buku. Aku masih lagi perlu membuat rujukan dan bertanya pakar. Kadang-kadang hukum tidak boleh diletakkan sesuka hati seperti serbuk perasa. Jika tidak tahu,  aku tetap tidak tahu.

Moga yang hilang ditemui. Moga yang tersesat,  kembali ke jalan yang benar. Moga dapat hidayahNya.

Teruskan doa untuk Aleppo dan umat Islam yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...