08 November 2016

Adab mengatasi illmu

Adab dengan guru. Adab yang sangat dituntut kepada semua penuntut ilmu. Penuntut tidak kira muda atau tua.

Adab ini merangkumi adab ketika bercakap,  adab ketika bertemu,  adab ketika menolong dan banyak lagi.

Semua ini dapat dibuktikan dalam pentaksiran sebenar seperti pt3 yang ganti pmr,  spm,  stam,  stpm,  dan apa sahaja peperiksaan akhir dalam bentuk penilaian.

Dahulu,  aku sangat percaya semua ini berlaku di bumi Anbiya' seperti di Mesir. Tempat yang pernah aku tuntut ilmu. Mulut,  perasaan,  tindakan sangat dijaga. Ada juga yang pulang lambat disebabkan suka belajar di sana. Hal ini tidak dapat dinafikan.

Bagi kami pelajar perempuan dan juga tajaan sendiri, sangat perlu tamat belajar cepat. Tempoh 2 tahun di sana memang tidak cukup. Apatah lagi aku adalah pelajar muadalah dari KUSZA. Batch terakhir kusza sebelum tukar nama kepada udm dan unisza

'over confident' sangat membunuh keputusan pelajar. Ketika aku belajar di sekolah menengah,  aku mula usaha sendiri sehabis yang mampu. Aku tidak meletakkan keyakinan menjawab banyak membawa markah yang tinggi. Aku akan cuba faham kehendak soalan dan membina ayat sendiri.

Apabila menjadi seorang guru,  aku sentiasa berjumpa pelajar yang beradab dan tidak menyakiti hati guru mendapat markah yang luar biasa. Sedangkan beliau sebelum pt3 mendapat F. Apabila pt3, mendapat markah D atau C. Ada juga yang mendapat B. Sangat menakjubkan. Ibu bapa beliau juga sangat hormatkan guru.

Cukuplah coretan ketika menanda kertas pt3 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...