20 November 2016

Oh! UPSR.

'Lembaga' memang lembaga. Aku sangka dapat pindah. Bila buka surat itu, rasa nak nangis.

Siapa sangka, mereka pilihku. Apakan daya diluah mati datuk,  diludah mati nenek. Terpaksalah menyusahkan 'housemateku'.

Kenapa aku terpilih? Kenapa tak ambil peluang yang ada ini? Kenapa banyak alasan? Konvo dan flight. Dua tempat yang sepatut aku hadir. Salah satunya,  aku perlu 'ghaib'.

********
UPSR adik telah keluar. Tabahlah. Inilah hasil sistem ciptaan manusia. Buktikan dengan kemampuan kita walau dimana sahaja kita berada. Itulah rezek kita yang tertulis.

Kakakmu ini, dahulunya tiada A dalam keputusan UPSR. Setelah melihat usaha ayah untuk masukkan aku ke sekolah agama,  aku ubah diri untuk belajar bersungguh-sungguh. Diri ini tidak sepintar kawan yang lain. Belajar dan terus faham. Oh! tidak.

Tanpa suruhan dan paksaan mak ayah, aku tidak seperti hari ini.

Tanpa ulangkaji selepas belajar,  aku seperti tidak pernah belajar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tanpa latihan yang banyak sambil dengar radio,  aku akan terus tidur. Nikmat sekejap.

Tanpa bertanya guru, aku akan terus membuat perkara yang salah.

Tanpa ajaran guru,  aku tidak seperti sekarang.

Tanpa mereka,  siapalah aku.

Teruskan belajar dik. Walau dimana kita berada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...