31 Mac 2017

Akhlak Mulia Negara Sejahtera

Hadis

“Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya. Mereka adalah :

1. Pemimpin yang adil
2. Anak muda yang sentiasa beribadah kepada Allah
3. Seorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
5. Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian mencucur air matanya
6. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab, “Sesungguhnya aku takut pada Allah!”, dan

7. Seorang yang mengeluarkan sedekah lantas disembunyikan sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.” (Bukhari dan Muslim)


وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا ﴿الطلاق: ٣

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ صَالِحَ اْلأَخْلاَقِ.

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ.

Kaum Mukminin yang paling sempurna imannya adalah yang akhlaknya paling baik di antara mereka, dan yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isteri-isterinya.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...