31 Mac 2017

Solat dan Disiplin

Solat wajib adalah 5 waktu sehari semalam. Solat 5 waktu ada waktu tertentu. Ada syarat tertentu. Ada rukun tertentu. Ada perkara yang membatalkan. Itulah disiplin.



اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ﴿العنكبوت: ٤٥

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا 
سورة النساء  103                                                                                     

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.



sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

الصلاة عماد الدين, فمن أقامها فقد اقام الدين, ومن هدمها فقد هدم الدين.
Maksudnya:
Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa meruntuhkan solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. lagi:

ان اول ما ينظر من أعماله , الصلاةو فان حازت له نظر في أعماله وان لم تجزله في شيء من أعماله بعد.
Maksudnya:
Bahawasanya permulaan amalan yang diperhatikan (pada hari kiamat) ialah solat. Maka jika betul urusan solatnya, dilihatlah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak betul urusan olatnya, tidaklah dilihat lagi kepadanya amalan-amalannya yang lain”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...