31 Mac 2017

Jenayah Zina


Apabila zina telah berleluasa, maka kebajikan pun hancur dan azab siksa Allah Ta’ala mendekati semua sebagaimana hadis-hadis menjelaskan yang demikian itu :

Maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”
( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)
Tersebut dalam ‘kitab al-Qadha’ hadis Ibnu Umar berbunyi :

Maksudnya : “Apabila nyata (zahir) perzinaan maka zahir pula kefakiran dan kemiskinan.”
(Hadis riwayat al-Bazzar)

Orang-orang barat telah mengharuskan zina dan lain-lain kejahatan yang seumpama zina, sehingga kerananya kita telah menyaksikan berbagai-bagai azab diturunkan seperti AIDS, penyakit HIV dan lain-lain, yang sebahagiannya itu masih tiada ubat untuk menyembuhkannya.

SUMBER: nizamulusrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...