09 November 2019

Mudah Percaya.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1441H

Alhamdulillah. Hari ini aku ada peluang nak buat coretan dalam blog ini menggunakan laptop. Jika sebelum ini, aku hanya guna 'smartphone'. Tak ada lah 'smart' sangat. Lagi pun blog ini tidak 'friendly user'. Mudah guna laptop atau komputer.

Aku antara orang yang mudah percaya jika ada orang menggunakan kalimah makanan 'sunnah' yang bertopengkan agama. Aku rasa ramai lagi yang mudah percaya kan? Ilmu kurang, jadi percaya orang 'agama' mudah diterima walaupun tiada ilmu dalam bidang perubatan.

Aku masih mencari-cari menu makanan orang diabetis atau penyakit kencing manis. Aku masih gagal menjumpainya. Siapa yang sakit kencing manis ni? tentunya ibuku. Aku panggil mak. Dari kecil mak tidak berkira dengan anak-anak. Malangnya, anak-anak tak mampu sediakan makanan sesuai dengan selera dan mengikut spesifikasi perubatan atau diet yang sesuai. Jika ikut kata adikku, makanan yang aku masak, mak mesti selera makan. Jika adikku masak, mesti banyak 'complain'.

Sebenarnya, adik-adikku tidak pernah melihat aku dimarahi ketika sediakan makanan tidak sedap atau tidak ikut seleranya. Banyak teguran sebenarnya. Bila nada yang tinggi, ada yang megganggap itu adalah kemarahan. Aku tak nafikan, jika aku berada di rumah, mak ada 'request' makanan tertentu. Makanan itu pastinya sukar disediakan oleh adik-adik kerana 'leceh' atau banyak bahan yang perlu disediakan. Mak tak suka makanan luar kecuali memang kami tidak pandai masak.

Image result for sayur
sumber: google

Sejak mak disahkan ada penyakit kencing manis dan perlu cucuk insulin setiap malam, aku ada terfikir nak beli 'supplement'. Cadangan aku dibantah oleh adik HO. Aku diam. Tak tau nak buat apa. Mak pula suka ambil kurma dan kisar dengan susu. Sebenarnya minuman ini lebih bahaya. Itu ikut cerita rakanku yang berjumpa doktor tentang penyakit kencing manisnya.

Dalam buku Skrup Biru ini, dalam topik Jus Munafik. Seorang pesakit telah masuk ICU dan anaknya menyesal kerana membeli jus ini untuk ibunya. Jus ini banyak di iklan dengan mengatakan makanan khasiat delima, za'faran, madu, kurma dan lain-lain. Konon ini adalah makanan sunnah. Sebenarnya jus mempunyai kandungan yang tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang ada penyakit.

Dalam buku ini juga ada kisah tentang anti-vaksin. Aku juga tak pasti adakah aku divaksin ketika kecil. yang aku ingat ketika darjah 6, doktor nak cucuk BCG dan rubella.

"Awak tak pernah cucuk BCG ke?" tanya doktor apabila bahuku tiada parut BCG.

"Biasanya kalau pernah cucuk, mesti ada parut," kata doktor lagi.

Aku hanya cakap tak tahu. Ya, aku memang tidak tahu atau memang BCG aku tiada parut. Perasan!

'Supplement' untuk orang yang sihat. Bukan untuk orang yang sakit. Kenyataan ini, aku sangat setuju. Jika dah ada penyakit, ikutlah arahan doktor. Mengikut kajian dan pengalaman, mereka ada ilmu berkaitan perubahan moden ini. Jika tidak di 'diagnos' ada penyakit tetapi tetap sakit, ketika itu, carilah perubatan alternatif bukan bomoh!

'Detox'. Aku banyak dapat iklan atau testimoni tentang detox. Menurutnya, detox boleh bersihkan usus yang berkerak. Makan mee segera, lilin mee segera ini akan melekat pada usus. Bila baca buku ini, aku rasa kelakar. Sebab apa? Kata Dr Hana, ini adalah penipuan besar. Antara sebabnya adalah mengikut pengalaman dan pemerhatian Dr Hana, usus sentiasa licin dan tidak pernah nampak berkerak. Usus yang dijadikan oleh Allah itu sempurna. Pandai minta diisi, pandailah usus itu membuang sendiri sisanya. Sama ada lambat atau cepat prosesnya. Jika minum air banyak dan makan serat, proses 'membuang' akan menjadi lebih cepat.

Tidak semua orang perlu membuang air besar setiap hari. Ada yang membuang 2 atau 3 kali seminggu. Ini macam kes aku. huhu...Ada yang membuang sekali seminggu. Cuma perlu diingat, jika lepas 3 hari, najis akan lebih kering, keras dan semakin sukar dikeluarkan. Jika orang berumur, ada perubahan pada corak buang air besar (kerap sembelit atau kerap cirit) perlu jalani ujian 'colonoscope' bagi mengesan kanser usus. Ini nasihat Dr Hana.

SUMBER: Skrub Biru, Kronikel Seorang Doktor Bius oleh Dr Hana Hadzrami keluaran KataPilar Medik

p/s: adikku dah selamat bertunang semalam. Moga dipermudahkan urusan seterusnya. Doakan aku juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...