22 Oktober 2020

Nota: Sumber Undang-undang di Malaysia 1

 Alhamdulillah. Hari ini aku berpeluang mengikuti kuliah kali kedua. Kulaih kali pertama aku telah terlepas sebab tiada panduan ketika itu. Rupanya, dalam smpweb ada diberitahu tentang kuliah ini. Orang senior baru nak mula kuliah selepas 11 tahun bekerja, inilah kejadian yang berlaku. Musim Pandemik C19, membuatkan semua menjadi online termasuk kuliah. Jika kuliah zaman aku, kena hadir kuliah secara bersemuka tetapi sekarang semua kena guna teknologi. 

Sebagai nota, aku nak tulis apa yang aku dah ikuti sebab nota aku dah huru hara dan nota kuliah pun tidak print. Entri kali ini sebagai nota sahaja. 

Sumber dalam Bahasa Arab adalah Adillah bukan masdar. Sumber juga membawa maksud faktor yang mempengaruhi undang-undang. Ia juga boleh membawa maksud asal-usul undang-undang ynag diakui undang-undang ini oleh semua pihak. Tiada pertikaian. Tiada bantahan. 

Adillah dalam Islam mempunyai DUA iaitu Ittifakiyyah(yang disepakati oleh semua ulama' dalam mazhab) dan juga tidak disepakati.

Adillah Ittifakiyyah ini dibahagikan kepada DUA

1) Qat'i. Contohnya sumber dari Al-Quran, Hadis, Ijma; dan Qias.

2) Ijtihadi. Contohnya sumber  dari Istihsan (mazhab Hanafi), Istishab, masalih mursalah, sadd zara'iah, Qaul sahabiy, adat dan banyak lagi.

Definisi undang-undang mempunyai TIGA sudut pandang.

1) Sumber sejarah perkembangan undang-undang

2) Sumber sah seperti dari Parlimen atau mahkamah

3) Sumber bertulis. Sumber ini terbahagi kepada DUA iaitu undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan. Satu lagi adalah undang-undang bertulis di Malaysia seperti undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan

****kita boleh lihat undang-undang Islam di negeri-negeri bersekutu( Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak) dan negeri-negeri tidak bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu ) berlainan dalam bab nikah kahwin. Contohnya negeri bersekutu ini menggunakan mahar misil RM 200, RM 250. Dia ada hantaran hangus yang digunakan untuk kenduri dan tidak diserahkan kepada pengantin perempuan. Manakala negeri-negeri tidak bersekutu ini menggunakan mahal musamma. Maskahwin ditentukan oleh pihak keluarga dan menjadi hak pengantin perempuan. Yang ini aku baru tahu sebenarnya. hahaha

***Selepas kemerdekaan, undang-undang yang diputuskan di peringkat Parlimen di namakan AKTA dan undang-undang yang diputuskan di peringkat negeri -DUN dinamakan ENAKMEN (betul tak ejaan ini?). Di Sarawak masih menggunakan Ordinan. Sebelum merdeka Tanah Melayu menggunakan Ordinan juga. Tetapi berubah selepas merdeka. 

***Satu lagi tentang nama Malaysia. Nama Malaysia digunakan selepas Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 ditubuhkan. Sebelum itu dinamakan Tanah Melayu. Kenapa bertukar nama? Ini kerana Tanah Melayu telah bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari Malaysia dibawah pemerintahan Lee Kuang Yue (nanti aku semak semula nama). Masa 1963 itu ada konflik berlaku antara negara asean. Seperti Indonesia, Presiden Sukarno nak gabung dengan Indonesia. Aku dah lupa namanya. Filipina marah juga sebab dia mengatakan Sabah adalah dibawah Kesultanan Sulu dan dibaah pemerintahan mereka. Nak tahu lebih lanjut, kena la google sikit.

Undang-undang tidak bertulis membawa maksud undang-undang ini tidak digubal oleh mana-mana negeri atau persekutuan. Undang-undang ini tidak bersumber kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Contohnya Common Law and Equity, Keputusan kehakiman, undang-undang adat dan undang-undang Islam. Yang ini aku tak faham sangat, jadi aku tak boleh tulis detail. Sekadar apa yang ada dalam notaku sendiri. Tetiba rasa confius. Abaikan dulu. 

Secara ringkasnya, sumber undang-undang terbahagi kepada undang-undang bertulis seperti persekutuan-persekutuan, perlembagaan negeri, statut-statut (asal aku ingat ejaan salah- ini term utk orang law) dan undang-undang kecil seperti akta kesalahan jalanraya. Undang-undangtidak bertulis pula terbahagi kepada Common Law and Equity, keputusan kehakiman, undnag-undang adat dan undang-undang Islam (eh...tak bertulis ke? 😓)

Perlembagaan Persekutuan.

Di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan ini adalah undang-undang induk. Di dalam nya terdapat prinsip-prinsip utama pemerintahan negara. Bukan main-main macam tu je. hehehe 

Contohnya situasi sekarang, kuasa melantik Perdana Menteri adalah dibawah kuasa Agong. Selepas Perdana Menteri dilantik, kuasanya melebihi Agong. Sebelum PM dilantik, kuasanya adalah Agong. Faham tak??? Eh, aku baru perasan la dalam bab ini.

Apakah definisi perlembagaan?

Perlembagaan ini mempunyai prinsip-prinsip asas  yang mengasaskan sesebuah negara. Ia termaktud sama ada dalam undang-undang, adat atau Majlis Piagam Perjanjian (pelik pula notaku). Perlembagaan ini adalah penentu peraturan sesebuah negara seperti menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab kerajaan terhadap warganegara dan warganegara terhadap kerajaan. Nanti cari rujukan semula.

Tujuan perlembagaan diadakan supaya negara mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Selesai masalah rakyat. Kekalkan keamanan walaupun pemimpin bertukar ganti. Menjamin kerajaan kuat dan berpanjangan. Apa-apa kerajaan buat diketahui oleh rakyat (bukan sembunyikan). Jamin kestabilan negara seperti Turki. Walaupun ada perubahan sistem kepada sistem monarki, negara tetap stabil. Betul ke? Dari pembacaan aku, ada banyak konflik berlaku secara dalaman tetapi tidak didokumentasikan.

Jenis-jenis perlembagaan ada DUA iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis (Jangan konfius dengan undang-undang bertulis dan tidak bertulis ye). Perlembagaan bertulis ini kebanyakan negara akan buat dalam bentuk dokumen, ikut kebiasaan yang dibuat, sukar dipinda dan diamalkan oleh semua negara kecuali Britain. Britain masih menggunakan undang-undang tidak bertulis. Ia berdasarkan amalan dan mudah dibuat pindaan. Jika bertulis, susah nak pinda kecuali persetujuan DUA PERTIGA ahli parlimen. Malaysia ada 222 ahli parlimen. Jadilah 222 orang bahagi 3. Masalahnya Malaysia ini tiada parti yang kuasai 2/3 parlimen. Bertambah susah nak pinda. Alahai...sebab itu susah nak tunaikan janji...

Sifat perlembagaan bertulis adalah kukuh dan sukar dipinda, kuasa parlimen dan tugas mahkamah adalah tafsirkan perlembagaan jika timbul isi salah faham. 

Cukup setakat ini dulu. Nanti kita masuk ke Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...