06 November 2020

Nota: Harta Pusaka Kecil

Selama ini aku sendiri tidak tahu bagaimana nak uruskan harta pusaka. Jika aku sebagai waris, aku sendiri tidak tahu ke mana aku perlu rujuk untuk selesaikan. Adakah di Mahkamah Tinggi? Atau di Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad? Atau di Mahkamah Syariah? Oleh itu urusannya terasa sukar dan kebanyakan harta tanah pusaka terbiar tanpa ditukar nama. Pada geran tanah masih mempunyai banyak nama. Terutama nama orang yang telah mati. Ia bertambah sukar.

Kali ini , aku akan kongsikan tentang urusan Harta Pusaka di Malaysia untuk kajian aku sendiri. Rujukan akan diletakkan dibahagian atas artikel.

https://www.jkptg.gov.my/index.php/my/permohonan-pusaka

Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka kecil adalah harta yang ditinggalkan oleh si mati. Antara ciri-ciri si mati adalah tidak meninggalkan wasiat (bagi si mati bukan Islam). Harta itu mesti terdiri daripda harta tak alih seperti tanah dan rumah sahaja atau harta tak alih bersama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, caruman KWSP/ Insuran (tanpa penama), ASN/ ASB dan sebagainya. Jumlah nilai keseluruhan harta itu hendaklah melebihi RM 2 juta mulai 1 September 2009 pada tarikh permohonan dibuat.

Permohonan pembahagian Pusaka Kecil (seksyen 8)- Akta Hartanah Pusaka Kecil (Pembahagian ) 1955 boleh dibuat dalam Borang A. (aku tak pasti di mana nak cari borang ini). Permohonan ini mesti disertakan dengan bukti kematian iaitu Sijil kematian/ permit menguburkan atau Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan. Contohnya bagi kematian pendudukan Jepun atau sebelumnya. Atau Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian. 

Pemohon juga perlu sertakan Dokumen Harta Tak Alih. Dokumen inidalam bentul salinan hak milik yang diakui sah oleh Pelajabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih si mati atau surat perjanjian jula beli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan. Salinan resit cukai pintu abgi kediaman/ bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluaran dan resit cukai tanah jika ada. 

Pemohonan perlu disertai salinan dokumen harta iaitu harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.

Timbul pula persoalan. Siapakah yang berhak memohon? Antara mereka yang berhak memohon adalah waris-waris si mati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya. Pemiutang dan pengkaveat (eh boleh jugak ke? konfius pulak). Pembeli di bawaha surat perjanjian jual beli yang sah. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh pentadbir Tanah. Amanah Raya Berhad juga berhak memohon.

Dimanakah permohonan dikemukakan? Permohonan ini boleh dikemukakan di Unit Pembahgaian Pusaka / Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak. Sekianya si mati mempunyai harta tak alih seperti tanah di banyak tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahgaian kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di mana harta tak alih itu terletak. 

Menghadiri perbicaraan. Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hak milik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lan dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa perbicaraan. Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir secara bersumpah/ berikrar. Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat Akuan Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan iaitu www.jkptg.gov.my 

Cara Harta Pusaka Kecil dibahagikan. Pembahagian ini adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam. Bagi bukan Islam pula, Pembahagian adalah mengikut Akta Pemabhagian 1958 (Akta 300). Pembahagian secara muafakat (bagi aku: kaedah takharuj) boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju. Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. (aku: ini kes felda ni). Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak setuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak. Jika si mati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, rembau, Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahgaian pusakanya adaah mengikut Bahagian III Akta. perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

Jangkamasa memproses sesuatu tuntutan. Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 1/2 bulan bagi Permohonan Baru -Borang A Seksyen 8. Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada di dalam daerah yang berlainan, jangkamasa proses mungkin melebihi dari tempoh di atas.

Rayuan terhadap perintah. Mana-mana pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian yang telah dibuat, hendaklah membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu dibuat. (Seksyen 29 Akta & Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)

Pendaftaran perintah pembahagian. Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) di Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran pembahagian tersebut. Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian ke agensi/ institusi yang bertanggungjawab terhadap harta alih tersebut.

Permohonan berikutnya (Seksyen 17 Akta). Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal (Borang A-Seksyen 8 AKta) telah diselesaikan. Permohonan berikutnya boleh dibuta dalam keadaan seperti ada harta yang tertinggal dalam permohonan awal. Atau apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru. Atau apabila perlu melantik seorang pentadbir yang baru. Atau untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagan dibuat secara terus kepada waris simati. Atau untuk menarik balik sesuatu Kaveta Pendaftar. Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P.

Apa maksud Kaveat ye? Nanti kena cari ni. Aku teruskan dulu dengan perkara lain.

Mengapa permohonan pusaka perlu dibuat segera? Semua orang nak tau kan. Jika susah dengan sistem birokrasi, ramai orang surender. Kita perlu buat permohonan pusaka supaya dapat mengelakkan bilangan yang ramai akibat daripada kematian berlapis. Sterusnya memudahkan proses pembahagian pusaka. Ia membolehkan harta pusaka dimanfaatkan dengan segera bagi faedah semua waris. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya tanah terbiar. Akhir sekali bagi mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan , atau koperasi, saham-saham,bon daripada dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Bayaran pendaftaran adalah percuma bagi permohonan baru (Borang A- Seksyen 8-Akta) dan bagi permohonan berikutnya iaitu Borang P - Seksyen 17 Akta. Selepas perbicaraan, bayaran perintaha dalah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti senarai harta smati di Borang Permohonan - Borang A Seksyen 8 Akta). Jika nilaian keseluruhan simati RM1.00 hingga RM 1,000, bayaran perintah adalah RM 10. Jika RM1,001 hingga RM 50,000 bayaran perintah adalah RM30.00. Manakala jika nilaian adalah RM50,001 dan ke atas, bayaran perintah dalah 0.2% dari nilaian harta simati. 

Bagi permohonan berikutnya (Seksyen 17) adalah RM30. Permohonan ini melibatkan permohonan seperti Pemegang Aanah, Kaveat Pendaftar ataupun pembatalan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran perintah hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah Seksyen 17 Akta (Permohonan Berikutnya) sahaja. jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahgaian dalam hakmilik tanah (geran) adalah mengikut peraturan-peraturan tanah negeri. Duti Harta Pusaka - (jika ada) akan ditentukan di akhir perbiacraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941. Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan bayaran RM5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya. Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/ waris dikehendaki menbayar RM30 bagi salinan pertama dan RM10 bagi salinan kedua dan seterusnya.

Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi, bayaran yang akan dikenakan adalah RM 50 bagi bayaran fee rayuan. RM 1,500 bagi bayaran deposit rayuan. Bayran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama adaah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10. Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30 bagis etiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM10 bagi salinan kedua/ seterusnya setiap 100 petah perkataan atau sebahagian daripadanya.

Di antara ciri-ciri istimewa dalam pembahagian pusakan adalah borang permohonan (Borang A) boleh didaati di Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah Daerah. Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati. Peguam tidak diperlukan. Penyerahan / penerimaan hak/ bahagian sesama wars boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran. Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuas tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.

http://www.ukm.my/e-mirath/harta-pusaka-kecil/

Pindaan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian ) 1955 adalah pada seksyen 3 (2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98), nilaian bidangkuasa Pentadbiran Tanah telah dipinda daripada  RM600,000 kepada RM 2,000,000 selaras dengan peningkatan nilaian pasaran hartanah masa kini. Jika si mati eninggalkan harta tak alih sahaja atau bersama-sama dengan harta alih dan nilaian harta tersebut tidak melebihi RM2,000,000 dan tidak meninggalkan wasiat bagi bukan Islam, maka waris si mati boleh menfailkan permohonan pembahgain harta pusaka di Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau Pejabat Tanah tanpa perlu kemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi.

Yang kedua adalah Pindaan Seksyen 4 (2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 9Akta 98) yang memperuntukkan bidang kuasa Pentadbir Tanah berkenaan dengan harta pusaka kecil. Melalui pindaan ini, Oentadbir Tanah di daerah di aman satu petisyen telah dibuat atau jika terdapat lebih daripada satu petisyen, di mana petisyen pertam adibuat, hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif mengendalikan permohonan, perbicaraan dan seterusnya  mengeluarkan perintah pembahagian. Pindaan ini membolehkan waris-waris si mati mengemukakan permohonan di mana-mana Bahagian Pembahagian Pusaka atau di Pejabat Tanah di daerah atau negeri yang si mati ada meninggalkan hartanah tanpa mengira nilainya di daerah atau negeri yang mana lebih tinggi. Ini juga bermakna Pentadbir Tanah di mana permohonan yang paling awal difailkan akan memunyai bidangkuasa eksklusif walaupun nilaian hartanah yang tertinggal (permohonan berikutnya) tinggi di daerah lain.

Yang ketiga, Pindaan Seksyen 4(5) Akta Hartanah Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) adalah bertujuan untuk membenarkan Pegawai Penilaiuan selain daripda Pentadbir Tanah menentukan nilai hartanah yang ditinggalkan oleh si mati. Ini akan mempercepatkan proses penilaian. Maka melalui tambahan kepada Seksyen 8(8), Pentadbir Tanah dibenarkan untuk menguruskan sesuatu petisyen bagi pembahagian tanah pusaka kecil di adapnnya tetap juga dibenarkan untuk memindahkan petisyen itu kepada Pentadbir Tanah yang lain jika didapati adalah lebih sesuai dan bermanfaat bagi petisyen itu didengar oleh Pentadbir Tanah yang lain.

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kaveat+&d=175768&

Definisi : (kavéat) (Udg) notis rasmi kpd mahka­mah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini; pengkaveat orang yg memfailkan (mendaf­tarkan) kaveat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...