07 November 2020

Imam Al-Shatibi

Aku biasa dengar tentang bacaan  Al-Quran mengikut Thariqah Al-Shatibi. Aku tidak pernah ambil kisah siapakah empunya diri ini. Ulama' kah? Ahli Falsafah kah? Guru kah? Perdana Menteri kah? Betapa tidak tahunya aku. 

Apabila kembali menjadi seorang pelajar, aku memaksa diriku membaca. Aku dengar kuliah secara online. Rupanya Imam Al-Shatibi, ilmuan pertama yang menulis buku Usul Fiqh secara tersusun. Kitab Al-Muwafaqat membincangkan tentang Usu Fiqh dalam 5 bahagian (qism). Tebal buku ini. Dah la aku ni tak mahir Arab. Dah terkeluar dari ciri Mujtahid. hehehe

Tajuk yang Dr bagi cadangan kepadaku sangat mencabar. Sesuaikah? Kenapa aku jumpa pasal Al-Shatibi cerita tentang pembahagian harta. Adakah aku kena rungkai sendiri? Hah! sudah!

Al-Shatibi berpendapat bahawa maslahah adalah berlandaskan kesempurnaan hidup manusia untuk dapat memperoleh segala keperluan jasmani dan akliyyah secara mutlak sehingga merasakan kenikmatan hidup.

Al-Shathibi membuat dua kriteria agar maslahat dapat diterima sebagai dasar pembentukan hukum Islam.

  1.  Maslahat tersebut harus sejalan dengan jenis tindakan syara’, karena itu maslahat yang sejalan dengan jenis tindakan syara’ atau yang berlawanan dengan dalil syara’ (al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’) tidak dapat diterima sebagai dasar dalam menetapkan hukum Islam.
  2. Maslahat seperti kriteria nomor satu di atas tidak ditunjukkan oleh dalil khusus. Jika ada dalil khusus yang menunjukkannya maka itu menurut al-Syathibi termasuk dalam kajian qiyas.

Al-Shatibi menjadikan maslahah sebagai konsep dasar yang menjadi isi kandungan dari segenap pemikiran usul fiqhnya. Ia tidak sekadar memakai istilah mashlahah sebagai teknik rasional dalam menetapkan hukum. Tetapi lebih dari itu, ia memandangnya secara teologi sebagai tujuan Allah swt dalam menciptakan hukum


Semester ini aku hanya ambil 5 matapelajaran. Mencabar juga sebab setiap subjek kena buat 3 tugasan sebab tiada peperiksaan. Kertas kerja, perbentangan guna aplikasi Google Meet dan perbentangan guna video. Kebanyakan, setiap subjek, perlu buat 3 tugasan. 

Pasal Imam Al-Shatibi ni aku dah hilang punca. Mungkin sebab aku perlukan buku yang real bukan secara digital. Old School, aku ni. Semalam minta tolong abang di kampung cari kitab sesuai dan pos kan kepada aku. Mengada-gada kan? Negeri aku tinggal sekarang PKPB akibat penularan Covid-19. Ada hikmahnya.

********
update.

Nama, Gelaran dan Keturunan

Nama: Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa ibn Muhammad al-Gharnati al-Lakhmi

Nama Panggilan: Al-Shatibi

Keturunan: Bangsa Arab dari suku Lakhm

Tempat kelahiran: Granada dan keluarganya berasal dari kota Shatibah (Sativa)

Tarikh Lahir: tidak diketahui secara tepat dan dianggarkan sebelum tahun 720 H.

Kewafatan: hari Selasa, Syaaban tahun 790H atau 1388 Masihi ketika berumur 70 tahun.

Pendidikan Imam Al-Shatibi

Imam al-Shatibi memulakan pengajian secara tradisional dan formal. Para penulis biografi ulama'-ulama' Islam mengakui akan kehebatan Imam al-Shatibi dalam pelbagai bidang ilmu. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu dapat diketahui melalui kepakaran beliau dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau seorang pakar dalam bidang ilmu nahu (bahasa), sastera, atfsir. fiqh, usul al-fiqh, ilmu kalam, falsafah, dan ilmu jidal (debat). Imam al-Shatibi seorang ulama' daripada  mazhab Maliki dan seorang Mujaddid pada zamannya. 

Imam al-Shatibi memulakan menimba ilmu Bahasa Arab dan antara gurunya ialah Abu Abd Allah Muhammad Fakhkhar al-Biri (754H), Abu Qasim Muhammad ibn Ahmad al-Shatibi (760H) dan Abu Jaafar Ahmad al-Syarqawi. Melalui guru ini beliau mendalami kitab Sibawih dan al-Fiqh ibn Malik di Granada. Di samping itu, beliau mendalami pula ilmu falak, mantiq, debat dan sastera. Gurunya ialah Abu Bakar al-Qarsyi al-Hasymi, salah seorang sasterawan Sepanyol.


Latar belakang Imam Al-Shatibi.

Beliau berasal dari Andalusia (Sepanyol) merupakan seorang tokoh, ulama' dan sarjana yang melalui dan menempuh pelbagai pengalaman hidup yang berbentuk akademik, politik dan pelbagai situasi masyarakat. Beliau merupakan ahli fiqh Islam yang terulung dan pakar dalam bidang hukum dan falsafah hukum Islam serta bermazhab Maliki (rujuk kitab Nazariyyat al-Maqasid Inda al-Imam al-Shatibi oleh al-Raysuni). 

Menurut sebahagian ahli sejarah, Al-Shatibi berada di Granada pada masa pemerintahan empat sultan Bani Ahmar iaitu pada masa pemerintahan Ibn Farraj (713H), kemudian anaknya, Muhammad ibn Ismail (725H), selepas itu Granada diperintahkan oleh anaknya yang kedua pula iaitu Abu al-Hajjaj Yusuf ibn Ismail yang memerintah pada tahun 734H.

Karya Imam al-Shatibi.

  1. Al-Muwafaqat
  2. al-I'tisam
  3. al-Ifadat wa al-Insyadad
  4. Fatwa Imam al-Shatibi

SUMBER:

2) Hasbullah bin Mat Daud. 2011. Teori Maqasid Al-Syari'ah: Kajian Perbandingan Antara Pemikiran Al-Syatibi dan 'Izz Al-Din ibn 'Abd al-Salam. Tesis Sarjana (Secara Berkursus dan Disertasi). Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Akademi Pengajian Islam Univeristi Malaya Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...