16 Mei 2021

Peringkat awal konflik Palestin-Israel

Sejak konflik Palestin -Israel kembali tegang dan yang menghairankan ramai yang tidak tahu kebenaran dan sejarahnya. Konflik antara Palestin dan Israel telah lama berlaku. Palestin telah jatuh ke tangan pihak penjajah Britist pada tahun 1917 ketika masih dibawah pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dikalahkan di bawah pimpinan General Allenby. Manakala kewujudan agenda zionis adalah selepas Pertubuhan Zionis Dunia (World Zionist Organization) pada tahun 1897.

Di bawah pemerintahan British umat Islam Palestin tidak berdiam diri sebagaimana berlaku di Tanah Melayu. Para penduduk dan para ulama' berjuang mendapatkan keadilan dan membebaskan negara dari cengkaman pihak luar. Dasar penjajah ketika itu mula berlembut dengan golongan Yahudi dan membawa mereka masuk ke Palestin dan ditentang oleh sebilangan besar penduduk Palestin termasuk Haji Husaini, Mufti Palestin. Usaha ini kononnya menyelamatkan golongan Yahudi yang ditindas di Eropah terutama di Eropah Timur. Usaha ini didalangi oleh Pertubuhan Zionis Dunia untuk membela Yahudi. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah negara yang terkandung dalam dokumen yang dikenali sebagai Judenstat atau The State of Israel dari pemimpin pertama pertubuhan ini , iaitu Theodor Herzl.

Hasrat ini berjaya dilakukan apabila kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah lemah dan tidak dapat pertahankan penduduk Islam. Walaupun Sultan Abdul Hanid II tidak membenarkan permintaan mewujudkan negara Israel di Palestin, tetapi beliau tidak dapat halang perkara ini berlaku kerana Zionis cukup kuat melobi di England untuk dapatkan sokongan British. Mereka mendapat simpati kuasa besar ketika itu (British) melalui Deklarasi Bafour yang dikeluarkan apda 2 November 1917 dan pihak British akan memastikan negara Israel tertubuh di Palestin. Hakikatnya keseluruhan Palestin dihuni oleh bangsa Arab yang majoritinya beragama Islam dan sebahagiannya beragama Kristian.

Zionis cuba mengaitkan sejarah lama Israel berada di Palestin dan hujah mereka tidak berjaya menyebabkan mereka mengambil jalan merampas , menduduki dan menghalau penduduk Palestin dari tanah air. Buktinya pada tahun 1948 Zionis menggunakan keganasan dengan membunuh penduduk Palestin yang tidak bersalah dalam peristiwa Deir Yasin. Oleh itu penubuhan negara Israel di ats kesengsaraan rakyat Palestin. Lebih malang lagi pengisytiharan negara Israel dilakukan pada 15 Mei 1948 disokong oleh Perhimpunan Agung PBB dengan nama The State of Israel.

Pada tahun 1987- 1993berlaku kebangkitan besar-besaran rakyat Palestin untuk membela diri dari penindasan berterusan dari Zionis dengan nama intifdah. Kemudian kembali reda apabila Perjanjian Oslo ditandatangani yang bertujuan suoaya ralyat Negara Israel hidup aman. Kebangkitan intifadah  kedua berlaku pada  29 September tahun 2000 selepas kesucian Masjid al-Aqsa dcemari dnegan lawatan PM Israel iaitu Ariel Sharon yang diiringi oleh 1000 tentera pada 28 September 2000. Protes ini menyebabkan 200 orang Islam cedera dan sekurang-kurangnya 4 orang maut. Kebnagkitan ini berlanjutan agak lama hingga 2007.Bermula awal Mac 2006 Hamas memerintah Gaza,dengan alasan meerangi Hamas Israel menyerang setiap masa tanpa menghiraukan sekolah, rumah ibadat dan bangunan semuanya menjadi mangsa pengeboman. Mereka juga melobi masyarakat dunia menyekat bantuan kewangan kepada kerajaan Hamas.

Februari 2007, pengorekan telah dilakukan oleh Israel dengan membina jejantas dan mendapat bantahan dari umat Islam kerana khuatir memberi kesan kepada Masjidil Aqsa. Pengoreka ini bertujuan memusnahkan Masjid al-Aqsa dan membina Haikal Sulaiman yang menjadi lambang keunggulan bagi orang Yahudi. Hal ini menyebabkan PM Palestin Ismail Haniya memohon supaya pejuang-pejuang Palestin bersatu mempertahankan al-Aqsa.

Pada akhir artikel ini terdapat cadangan yang menarik perhatianku iaitu bebaskan penganut agama Yahudi dari fahaman Zionis. Tidak semua Yahudi adalah Zionis. Oleh itu, Zionis yang perlu diperangi dan mereka menggunakan kaedah 'Maltlamat menghalalkan cara. Serangan siber yang dilakukan oleh Askar Siber Malaysia boleh dianggap berjaya pada peringkat awal kerana negara luar telah dapat melihat perangai sebenar mereka. Wallahu a'lam. #freepalestine



SUMBER:
1. Mohd Roslan Mohd Nor. 2010. Konflik Israel-Palestin dari aspek Sejarah Moden dan langkah pembebasan Dari Cengkaman Zionis. Jurnal Al-Tamaddun Bil 5 :73-92

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...