12 Disember 2021

Perjalanan Jauh

 Alhamdulillah. Inilah cabaran perjalanan yang melebihi 2 marhalah. 

Aku pernah dihalang oleh ayah melakukan perjalanan 2 marhalah tanpa ditemani mahram. Hukum asal yang dipegang oleh ayah adalah haram dan berdosa bagi si ayah membiarkan anak perempuannya melakukan perjalanan ini.

Aku sendiri akui perjalanan ini satu yang berat kerana 500km sehala bukan suatu yang mudah bagi diriku sendiri. Aku pernah ditunjukkan penumbuk kerana 'cucuk kereta' sebab tersilap lorong bayar tol. Pernah kereta 'mati sendiri' akibat kabel bateri tercabut dan bateri expired. Atas bateri ada 2 timah. Tak pernah terfikir timah ini boleh putus. Hairan bin ajaib. Semua kejadian ini, ketika ada kawan di sebelah.

Tak dinafikan ada teman yang boleh bergilir memandu satu keringanan untukku berbanding teman tapi hanya tidur disebelah.

Larangan bermusafir seorang wanita secara bersendirian berdasarkan hadis Bukhari (1086) dan Muslim (1338)

لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم

"Janganlah seorang wanita itu bermusafir selama 3 hari melainkan bersama mahram"

Namun ulama' kontemporari berpendapat bahawa perjalanan musafir tanpa mahram bagi wanita ini adalah harus dengan 3 syarat;

1. mestilah keadaan aman terhadap diri, agama, maruah dan masa permusafiran

2. Perlukan keizinan mahram dan wali terdekat.

3. bukan musafir ke tempat yang bawa fitnah dan mudharat kepada diri.

Namun dinasihatkan supaya ditemani oleh sekumpulan perempuan atau keluarga yang lain.


Sumber: 

1. Irsyad al-fatwa siri ke-454

2. al-qaradawi.net

Senarai coretan lama

 Assalamualaikum w.b.t Coretan demi coretan sebenarnya membolehkan aku release tension . Namun cabaran dan kerja membataskan penulisanku yan...