27 September 2024

Senarai coretan lama

 Assalamualaikum w.b.t

Coretan demi coretan sebenarnya membolehkan aku release tension. Namun cabaran dan kerja membataskan penulisanku yang semakin suram dan tiada roh lagi. Insya Allah aku akan cuba berkongsi sebaik mungkin sebab ini cara aku me time . Lain orang, lain caranya. Aku percaya tiada orang yang akan membacanya lagi.

Sekadar yang aku boleh berkongsi adalah seperti berikut;

1- Pengalaman dan kerjaya. Pengalaman dahulu sama ada baik atau buruk menjadi tauladan dan pedoman untuk aku terus belajar dan belajar serta terus mengambil pengalaman selagi diberi peluang.

2. Murid-murid. Mereka adalah hala tuju aku buat masa sekarang. Hanya mereka komitmen aku sekarang. Tugas warden dan pendidik perlu diselarikan dan sejalan bagi memandaikan mereka. Aku tak kisah lupa diriku, biarlah mereka beramal dengan ilmu yang mereka ada.

3. Rakan sekerja. Mereka adalah rakan kerjasama dalam melaksanakan program dan projek memandaikan anak-anak muridku

4. Al-Quran. Prestasi aku semakin menurun. Sekarang aku memaksa diri untuk menonton My #Qurantime sebagai tempat aku mentadabbur surah-surah menjadi kegemaranku. Tafsir al-Quran banyak tetapi sikap malas membaca menjadi raja dalam diriku.

5. Pembacaan buku yang menarik minatku. Review buku yang ada dalam entri aku yang lalu adalah hasil pembacaanku sendiri kerana banyak terlibat dengan hal urusan perpustakaan hingga kini.

Aku nak cuba berkongsi semua perkara di atas dan  perkara ke-4 menjadi keutamaan supaya menjadi nota untuk diriku dan orang lain.

Penggunaan 'Aku' sukar diubah menjadi 'saya'. Mohon maaf atas sikap 'syok sendiri' ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Senarai coretan lama

 Assalamualaikum w.b.t Coretan demi coretan sebenarnya membolehkan aku release tension . Namun cabaran dan kerja membataskan penulisanku yan...