01 Jun 2024

Keterujaan Result SPM 2023

Bismillah...Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Keputusan SPM 2023 telah keluar pada 27 Mei 2024 (Isnin). Hari ini juga aku masih berada di sekolah dan belum pulang ke rumah mak ayah aku. 2 minggu sebelum itu, aku tak menang tangan uruskan program sekolah walaupun aku tahu, rakan sejawat aku yang lain tak kisah pun. Unik sekolah ini. Aku rasa kekurangan dan kelemahan sekolah ini mampu ditutup dengan kelebihan murid-murid yang genius. 

Walaupun aku berhadapan dengan segala toksik orang sekeliling dikalangan rakan sekerja yang tak mampu beri komitmen, malah membiarkan 'pengurus' menguruskan seorang diri dan dibantu oleh murid-murid, alhamdulillah aku masih waras. Allah bantu hambaNya mengikut keperluan.

Pada awalnya, aku tidak begitu excited menunggu result SPM. Aku hanya sekadar 'buat kerja belum selesai' akibat penilaian perfect oleh salah seorang pentadbir hingga menyebabkan penilaian itu perlu dibuktikan 'perfect' itu. Aku tak perlu menjadi orang sakit yang mengadakan perkara yang tiada. 

Pagi itu jam 7.30 pg, aku masih berada di asrama, rumah warden. Sekadar menunggu masuk waktu dhuha, aku selesaikn kerja yang tertangguh. Jeritan keterujaan rakan wardenku menjadi titik permulaan keterujaanku. 

"wei! hebatnya budak kita!" katanya

"Banyak kejutan kali ni! jom g sekolah!!!" tambah dia lagi. 

"Tunggu la pukul 10 pg nanti. xsyok la tau awal2..." aku sekadar menjawab acuh tak acuh.

Ya. Aku hanya ajar 1 kelas tingkatan 5 kerana barisan pentadbir masih belum bagi kepercayaan kepadaku sepenuhnya. Strategi itu bagi aku berjaya kerana subjek yang aku ajar ini adalah kali pertama aku mengajar dan belum mahir kontennya. Aku juga minta maaf kepada murid-muridku kerana menjadi bahan try n error aku. Mereka juga banyak bantu aku. Kekadang guru lain mengelak dari merendah diri begitu. Aku rasa perlu buat sedemikian supaya mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada diriku. 

Ketua Panitiaku banyak membantu kerana melayan segala pertanyaanku sama ada di hadapan murid atau diluar waktu pdp. Aku umpama murid-muridnya juga. Sabar melayan karenah aku. Masa rehatnya dia buka klinik subjek ini. Aku tak sempat ke klinik itu kerana masa rehat murid menengah atas, aku terpaksa membuat persediaan untuk masuk ke kelas menengah bawah. Aku masih belum memahami konten pelajaran dengan baik. Hal ini kerana sebelum musim PKP aku mengajar subjek lain. Selepas aku tamat cuti belajar 2 tahun, aku reposting ke sekolah hebat ini. Ajar pulak subjek lain dan menengah atas. 

Subjek ini SPM tahun 2022 mendapat GPS 2.03.  Manakala tahun ini GPS 0.83. Melonjak tinggi. Sangat terkejut. Alhamdulillah. Hebat Allah kurniakan kepada murid-murid tahfizku. Ketakutan mengajar mereka terbayar dengan kejayaan mereka. Kelas aku mengajar 19 orang. Semua A kecuali 2 orang (seorang B+ dan seorang C). Kebiasaan dua orang ini gagal dalam mana-mana ujian dalam subjek aku. 

(11 A+, 6 A, 1 B+, 1 C)

Jumlah calon yang mengambil subjek aku 84 orang ( 76A, 7B dan 1C). Hebat murid-murid tahfizku.

Walaupun aku sendiri berperang dengan pihak pengurusan yang huru hara dan kurang kerjasama dalam mana-mana program di sekolah, murid-murid masih hebat. Oleh itu, penambahbaikan dalam pengurusan perlu diperbaiki dan dirancang dengan sistematik lagi supaya murid-murid menjadi lebih hebat lagi pada masa akan datang.

Insha Allah dengan perancangan yang baik, sekolah mampu hasilkan murid yang hebat pada masa hadapan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Keterujaan Result SPM 2023

Bismillah...Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Keputusan SPM 2023 telah keluar pada 27 Mei 2024 (Isnin). Hari ini juga aku masih berada di ...