04 September 2026

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana, aku tau yang aku semakin tidak tahu. Mungkin malang bagi aku, kerana apa yang aku belajar tidak digunakan dalam dunia realiti. Aku gagal menterjemahkan dalam dunia akademik aku sendiri.

Selepas permbentangan Viva aku, aku banyak menggunakan maslahah mursalah dari ijtihad Imam Malik. Apabila ditanya pasal Imam Malik aku banyak tidak tahu. Apabila ada antara ahli keluarga aku yang mempertikaikan keputusan kerajaan Madani, aku kelu lidahku. Aku juga tidak setuju. Dalam tesis sarjana aku, aku menggunakannya dalam bab siasah atau bab politik. 

"Bagi menjamin kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, perkara furu' (bukan dalam bab akidah) kita masih boleh bertoleransi"

Kenyataan ini pada awalnya aku sebagai individu tidak setuju. Tetapi sebagai sebuah kerajaan, pendekatan ini perlu diambil kira bagi mengelakkan pertumpahan darah.

Bab ini yang sukar untuk diterangkan kepada mana-mana individu. Aku sendiri buntu dan jahil berkaitan hal ini.

Perkembangan muataakhir ini banyak menggunakan ijtihad dalam Mazhab Maliki sedangkan Malaysia diwar-warkan menggunakan mazhab Syafie. 


***********************

Imam Malik ini bukan hidup sezaman dengan Rasulullah SAW. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95H/ 712 Masihi dan wafat tahun 179H / 796 M ketika berumur 84 tahun.

Imam Malik atau nama sebenar Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris Al-Ashabi.

Yang menariknya, beliau juga adalah guru kepada Imam Al-Syafie dalam Mazhab Al-Syafie. Imam al-Syafie sempat belajar 8 tahun dengan Imam Malik.

Imam Malik perlu berpesan kepada Imam al-Syafie:

"Ilmu Allah itu amat luas. Sekiranya semua daun-daun kayu dijadikan kertas dan air laut dijadikan dakwat, pasti tidak mencukupi bagi menulis ilmu Allah ini. Ketika usia masih muda, carilah ilmu sebanyak-banyaknya".

Imam Malik juga pesan:

" Jangan kamu padamkan nur yang kamu miliki itu dengan melakukan maksiat"

Yang ni realiti ilmuan Islam menghadapi cabaran akhir zaman termasuk aku sendiri. Bagaimana nak jaga? Telefon macam2 maksiat mata, telinga, jari. Internet keluar macam-macam cerita dan video. Bagaimana anak tahfiz tak hilang hafazan? Allah..bantu kami mengawal nafsu...

Imam Malik juga hidup satu zaman dengan Imam Hanafi.


Aku terjumpa kata-kata Imam Malik apabila Khalifah Harun al-Rasyid jemput beliau datang ke Baghdad untuk mengajarkannya Kitab al-Muwatta'. 

العلم لا يؤتي ،بل يأتي إليه
"Sesungguhnya ilmu itu tidak mendatangi, bahkan perlu datang kepadanya"

Tetapi Khalifah tak marah, sebaliknya hantar dua anaknya datang belajar dengan Imam Malik.

Imam Malik menulis kitab hadis pertama selama 40 tahun yang mengumpulkan 1,720 hadis. Asalnya 10k. Kemudian disaring tinggal 10k. Kemudian disaring lagi hingga tinggal 5k. Akhirnya yang betul-betul diyakini kesahihan adalah 1,720 hadis.

Siapa yang suruh dan minta Imam Malik tulis?

Khalifah Abu Jaafar al-Mansur. Kemudian zaman Khalifah al-Mahdi. Kemudian Khalifah al-Hadi. Siap tulis ketika zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Rujukan:

1. Imam Malik Pelopor Mazhab Maliki, Riwayat Hidup & Sumbangannya

2. View of PEMIKIRAN MAZHAB MALIKIYAH: SEJARAH, PEMIKIRAN DAN PERKEMBANGAN MAZHAB

3. Novel Sejarah Islam oleh Abdul Latip Talib: Imam Maliki Pegarang Kebenaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Malik

 Dalam dunia Islam, aku sangat jahil berkaitan mazhab-mazhab yang ada. Jika melihat latar belakang pengajian aku sehingga pengajian sarjana,...