19 Oktober 2015

Konspirasi Aneh Tapi Ada Kebenarannya.

Kenapa Amerika Syarikat jadi boneka zionis? 

Kenapa Saddam Hussein dan Gadafi dihapuskan?

 Kenapa bumi Palestin dipilih jadi negara Israel? 

Kenapa emas dan perak dihalang jadi matawang? 

Perancangan mewujudkan Imam Mahdi palsu melalui teknologi dari menara jam. Negara Islam bergaduh sesama sendiri. Banyak lagi.

Sebagai umat Islam, akidah Islam perlu diperkukuhkan diri sendiri untuk hadapi dunia akhir zaman.
Faham dan hayati novel ini. Pasti semua soalan di atas terjawab.

Teknik penceritaan ada pengaruh penulisan Ramli Awang Murshid. Penuh misteri. Penuh triller. Ingatkan penulis lelaki. Tak sangka pula,  buku ini dari penulis wanita. Banyak rujukan terutama dari buku penulisan Jerry D. Gray.

Cerita dan kisahnya berkaitan dengan isu terkini. Perancangan Zionis menguasai dunia melalui boneka mereka, Amerika Syarikat. Bagaimana mereka jalankan proksi mereka. Mereka merancang mewujudkan Imam Mahdi palsu supaya umat Islam duduk dibawah telunjuk mereka. Konon keajaiban kemunculan Imam Mahdi di penjuru kaabah melalui pancaran dari menara jam yang dibina tinggi.

Bangunan tinggi dibina dan boleh diruntuhkan pada bila-bila masa untuk membunuh ramai umat islam ketika musim haji. Teringat peristiwa kren runtuh dan rempuhan di Mina. Ramai yang tak bersalah meninggal dunia.

Penggunaan duit fiat atau duit kertas yang tiada sandaran nilai dan menghalang emas dan perak jadi matawang. Melaga-lagakan pemimpin Islam supaya bergaduh sesama sendiri dengan mewujudkan sistem demokrasi.

Buku teks sejarah dicipta secara terbalik,  menyebabkan pelajar tidak minat sejarah. Sepatutnya pelajar memcari kebenaran dari sejarah sebenar. Sebab itu, Al-Quran tidak dapat diubah oleh mereka. Janji Allah adalah mukjizat Al-Quran akan terpelihara hingga hari kiamat.
Banyak lagi konspirasi yang didedahkan. Tidak rugi bagi sesiapa yang membaca buku ini.
Selamat membaca ^^,


Bila cerita pasal bangsa melayu, mereka cakap...orang melayu ada teknologi canggih. teknologi zikir.

" Teknologi zikir yang duduk di atas tikar terbang sambil bawa dua biji kelapa sebagai pengimbang, dan teropong ajaib sebagai alat gps?

Saja nak kongsi supaya kita semua fikir kebenarannya: 

" Seperti bangsa Arab yang terlena dengan kemewahan,bangsa Melayu pula terlena dengan hiburan. Kejayaan kita menundukkan mereka semakin dekat ".


"Kita mulakan rancangan penaklukan sejak zaman penjajahan British dan Belanda ke atas Tanah Melayu. Semasa penjajahan, Konsortium kita dah racuni bangsa Melayu dengan ideologi demokrasi, sodialisme, komunisme, dan sekularisme. Perlahan-lahan, mereka terpisah daripada agama mereka. Perlahan-lahan, mereka ikut cara kita. Konsortium sengaja biarkan mereka dijajah oleh Jepun supaya mereka dapat bandingkan betapa 'baik'nya penjajah dari British dan Belanda dan betapa kejamnya penjajah dari Jepun. Penjajahan kali kedua oleh British dan Belanda daripada cengkaman Jepun buat mereka rasa terhutang budi. Dengan mudah, kits racuni pemikiran mereka supaya ikut ideologi kita"

"Kemudian, kita berlagak baik lagi. Kita berikan mereka kemerdekaan tanpa keganasan. Awak tahu kenapa?"

"Kita berikan mereka kemerdekaan hanya setelah kita pasti minda mereka dah berjaya diracuni oleh ideologi kita. Walaupin negara mereka merdeka, tapi minda mereka masih dijajah hingga sekarang?"

"Macam mana kita tahu minda mereka masih dijajah hingga sekarang?"

"Kerana mereka masih memandang tinggi kepada tamadun Barat. Mereka memperakui orang Barat adalah orang yang bijak. Bagi mereka, semua dari Barat adalah tanda orang yang terpelajar. Cara berpakaian mestilah ikut cara Barat, barulah berprestij. Berbahasa Inggeris menunjukkan seseorang itu terpelajar. Makan makanan Barat menunjukkan seseorang itu ada kelas tersendiri, "

"semua yang dari nenek moyang mereka adalah kolot dan ketinggalan zaman. Dulu mereka boleh baca akhbar tulisan jawi. Dan bertutur dalam bahasa arab, bahasa Al-Quran. Dan bahasa Melayu yang puitis. Sekarang, mana ada orang Melayu baca akhbar tulisan Jawi? Mana ada orang Melayu bertutur bahasa Arab? Bercakap dalam bahasa Melayu pun tergagap-gagap. Dan sekarang muncul pula bahasa SMS yang rosakkan bahasa Melayu itu sendiri."

"Dan apabila ada antara mereka makan ulam-ulaman, mereka sendiri kata orang itu kekampungan sebab makan makanan kampung. Kemudian mereka menyumbat perut mereka dengan makanan Barat dan makanan yang diproses. Mereka lupa tentang sunnah Nabi Muhammad tentang makanan. Padahal, Yahudi amat tegas dalam mengamalkan cara pemakanan yang sama dengan cara pemakanan yang disarankan oleh Nabi Muhammad."

"Dahlah kita racun minda mereka, tubuh mereka juga kita racun. Kita masukkan bahan-bahan haram ke dalam makanan mereka. Kita masukkan bahan kimia beracun ke dalam makanan mereka. Dan kita galakkan mereka makan dengan cara tidak sihat. Sehingga mereka menjadi bangsa gemuk dan obes yang pemalas dan lemah fikiran."

"Akhirnya, bangsa Melayu yang lemah tu jadi semakin lemah."

"Dan bangsa yang lemah tu pula dijangkiti wabak penyakit".

"Awak fikir wabaj SARS, H1N1, Swine Flu dan MERS tu terjadi secara tak langsung?"

"Kita yang cipta virus tu dan sebarkan ke negara-negara itu."


"Tapi kenapa kita cipta vaksin untuk penyakit-penyakit tu? Biarkan saja mereka mati."

"Bukan ke Sang Perancang pernah kata, kita cipta masalah dan kemudian kita tawarkan penyelesaian. Penyelesaian yang menguntungkan kita. Mereka beli vaksin kita, kita dapat duit."

"Dan awak tahu apa yang ada dalam vaksin itu?"

"Ubat?!"

"Tidak! kita letakkan nanorobot dalam vaksin. Kita sedang buat penyelidikan agar kita dapat kawal nanorobot tu dari jarak jauh. Agar suatu hari nanti, kita dapat kawal mereka melalui nanorobot yang dah tertanam dalam otak mereka".

"Tengok, kita tak perlu susah payah berperang dengan mereka secara fizikal. Kita hanya tunggu merrka musnah dengan sendirinya."

Kisah Walt Disney.

Sang Perancang tersenyum.


"Kita juga dah mengawal minda manusia sejak kecil. Tengok saja cerita dongeng yang diterbitkan oleh orang kita, iaitu Walt Disney."

"Cerita dongeng pun kita buat?" Daren mencari kepastian.

Sang perancang menekan butang. Filem dogeng Walt Disney terpancar pada skrin. Warna-warna yang menarik minat kanak-kanak. Watak-watak yang comel impian kanak-kanak. Dan lagu-lagu yang menarik.

"Apa mesej dalam dongeng Snow White?" tanya Sang Perancang.

"Kejahatan melawan kebaikan, " jawa Daren sambil memandang skrin yang menayangkan filem Snow White.

"Kurang tepat. Mesej yang nak disampaikan adalah seorang gadis boleh bersekedudukan dengan tujuh orang lelaki asing, " jawab Sang Perancang.

"Ajaran yang tidak bermoral! " Daren bersuara. Dia mula melihat tujuh watak orang kerdil dari sudut negatif.

"Itu yang kita mahu. Biar manusia jadi tidak bermoral. Apa mesej dalam dongeng Rapunzel?" Sang Perancang bertanya.

"Seseorang ada hak untuk bebas, " Daren menjaesb sambil menonton watak Rapunzel yang berambut panjang sehingga dapat dijadikan tali untuk hero memanjat masuk ke biliknya.

"Salah. Seorang gadis boleh gunakan anggota tubuhnya untuk dapatkan lelaki yang diidamnya. Dia juga boleh membawa masuk lelaki ke dalam biliknya pada bila-bila mass, " jawab Sang Perancang.

"Perniagaan tubuh? Pelacuran?" Daren bertanya.

"Tepat sekali. Bukankah melacur diri adalah haram bagi umat Islam? Tapi, itu yang kita sogokkan kepada anak-anak mereka. Separa sedar, anak-anak ini akan menerima perbuatan tidak bermoral itu sebagai sesuatu yang comel, " kata Sang Perancang. 

Daren mengangguk, " Cinderella?"

"Supaya wanita berparti dan berpesta sehingga tak ingat mahu pulang ke rumah melewati tengah malam", jawab Sang Perancang bersahaja.

"Macam mana dengan dongeng Sleeping Beauty pula? Dia tak buat apa-apa kesalahan kerana tidur sahaja," kata Daren melihat aksi Sleeping Beauty yang tidur sehingga tidak sedar hutan belantara sudah mengelilinginya.

Sang Perancang menjawab, " Itu yang kita mahukan. Tidur, tidur, dan tidur. Kita mahu umat Islam menjadi Puteri Beradu yang tidak bangun-bangun. Menjadi umat Islam yang pemalas."

"Walt Disney kaya-raya hanya dengan dongeng kanak-kanak sahaja, "kata Daren.

SUMBER:

26 September 2015

Cuti Penggal Raya Haji 2015

Labbaikallah...

Bayangan panggilan haji melambai-lambai. Entah bila diri ini dijemput menjadi Dhuyufur Rahman. 

Teringat doa Saidina Umar AL-Khattab, sahabat Rasulullah SAW

"اللهم ارزقني شهادة فى سبيلك واجعل موتي في بلد حبيبك"
"Ya Allah, Kurniakanlah kepadaku mati syahid di jalanMu, dan Jadikanlah kematianku di negeri kekasihMu (Mekah dan Madinah)"

Inilah doa yang sempat aku tulis ketika tazkirah di Madinah ketika mengerjakan umrah akhir 2013. 

Tahun ini begitu banyak dugaan yang menimpa para tetamu Allah. 

Peristiwa kren jatuh di kawasan saei (berdasarkan gambar yang dilihat dalam fb) ketika ribut. Pelbagai versi cerita yang diperolehi. Semuanya kembali kepada kuasa Alah. Mati di bumi Haramain, tempat yang baik, pada hari jumaat iaitu penghulu segala  hari dan berada dalam keadaan niat ihram atau keadaan ihram untuk mengerjakan ibadat haji. Subhanallah!

Kemudian dugaan di Mina. Rempuhan berlaku dikalangan jemaah haji. Angka kematian semakin meningkat. Husnu Dzan. Bersangka baiklah. Mereka terpilih untuk mengadap Allah dalam keadaan berihram. Tanda kematian yang baik.

***********

25 Sept 2015 bersamaan 11 Zulhijjah 1436H, adikku selamat bertunang dengan gadis pilihannya. Moga adikku menjadi insan yang soleh untuk membimbing keluarga ke syurga firdaus.

20 Ogos 2015

Memanah

Umar bin Al-Khattab radhiyallahuanhu. 
عَلِّمُوا أَوْلاَدَكُم السِّبَاحَةَ وَالرِّمَايَةَ وَرُكُوْبَ الخَيْلِ
Umar bin Al-Khattab berkata,"Ajari anak-anakmu berenang, memanah dan naik kuda".

Saranan daripada Saidina Umar ini menjadi tanda tanya adakah permainan dikira permainan sunnah atau tidak? 

Diri ini masih mencari dan terus mencari. Insya Allah.

**********
15 dan 16 Ogos 2015. Karnival Konvo di DQ Jakim. Di sini, aku memulakan percubaan berkayak dan memanah. Inilah permainan yang diimpikan sekian lama. Alhamdulillah, aku dapat merasa kemanisan bermain permainan ini. Tahniah Cik Dah. Bakal ke JOrdan selepas ini.

Dulu terasa susah untuk mencuba permainan ini. Pernah suatu ketika dahulu, aku diberi peluang berkayak. Terhenti setakat buat 'water confident' . Tiada geng untuk sama-sama berkayak. Pernah ketika BIG, ada acara kayak tetapi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Memanah? 

Pernah masuk kursus kejurulatihan. Nak pilih memanah. Rupanya ramai yang berminat dengan memanah. Dapat masuk kursus hoki. Hampir cermin mataku hancur. Bahaya-bahaya!

***********


 Info tentang Sukan Memanah

Memanah adalah seni, amalan, atau kemahiran melonjakkan s panah dengan menggunakan sebuah bow, dari Latin arcus. Dari segi sejarah, memanah telah digunakan untuk memburu dan memerangi, manakala dalam zaman moden, utama penggunaan yang kompetitif sukan dan aktiviti rekreasi. Seseorang yang mengambil bahagian dalam sukan memanah yang biasanya dikenali sebagai "archer" atau "bowman", dan seorang yang gemar atau pakar memanah boleh dirujuk sebagai satu toxophilite

Teknik Asas Memanah


1. Berdiri/stance

Berdiri merupakan asas untuk membuat panahan.

Pelajar hendaklah mendapatkan kaedah berdiri yang paling konsisten dan selesa sebelum membuat sesuatu panahan.

Terdapat beberapa cara berdiri yang biasa digunakan iaitu “square stance” dan “ open stance”.

Kaedah berdiri untuk kedua-dua cara ditunjukkan dalam rajah di bawah.
LANGKAH 2 : MEMASANG ANAK PANAH (NOCKING THE ARROW)

Langkah-langkah untuk memasang anak panah merangkumi beberapa gerak kerja seperti di bawah:

i. Pegang busur merentangi badan pemanah dalam kedudukan yang sedikit condong bagi memudahkan pemanah memasang anak panah.

ii. Keluarkan anak panah dari quiver dan pegang pada bahagian nock anak panah.

iii. Letakkan anak panah pada “arrow rest” .

iv. Pusing anak panah sehingga sayap anak panah yang berwarna ganjil menghala ke luar busur dan bersudut tepat dengan busur. Tekan anak panah kepada tali busur sehingga anak panah terpasang dengan kemas pada tali.
LANGKAH 3 : TANGAN YANG MENARIK ( THE DRAWING HAND)

Hanya tiga jari sahaja digunakan untuk menarik tali busur iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis.

Jari telunjuk akan berada di atas nocking point manakala dua jari lagi akan berada di bawah nocking point.

Tali akan ditarik pada ruas jari yang pertama sebagaimana ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.

Setiap jari akan menerima tekanan yang berbeza daripada regangan tali busur.
LANGKAH 4 : TANGAN PEGANG BUSUR DAN PERMULAAN TARIKAN (BOW HAND AND PREDRAW)

Pemanah tidak sepatutnya menggenggam kemas pada pemegang busur semasa memanah. Tekanan busur pada tangan hanyalah tertumpu kepada bahagian telapak tangan sahaja atau dikenali juga sebagai thumb muscle.
LANGKAH 5 : MENARIK BUSUR ( DRAWING THE BOW )

Dalam posisi menarik tali busur, tangan yang memegang busur dalam keadaan yang lurus dan siku tangan yang menarik tali busur bawa ke hadapan. Tarik tali busur sehingga ke dagu .

Pastikan belakang tangan yang menarik tali dalam keadaan yang rata dan pastikan ibu jari menyentuh bahagian bawah tulang rahang Semasa tangan yang menarik tali busur ditarik ke belakang, tangan yang memegang bow hendaklah kekal dalam keadaan lurus dan menahan busur ke hadapan.

Kepala juga dalam keadaan tegak dan tidak bergerak. Apabila tarikan penuh tali busur dilakukan, keseluruhan kerja tarikan ini akan ditanggung oleh otot-otot bahu dan belakang.

Adalah diingatkan, pergerakan tarikan tali busur ini sebolehnya berlaku dalam garisan lurus di mana tangan yang menarik tali, tangan yang memegang busur serta anak panah seolah-olah berada dalam garisan yang lurus.

Bagi pemanah wanita, pastikan tali busur berada disebelah luar payu dara dan bukannya melepasi antara kedua payu daranya.

Pergerakan menarik tali busur dan posisi yang betul digambarkan dalam rajah di bawah.
LANGKAH 6 : TARIKAN PENUH, ANCHOR DAN PENJAJARAN TALI BUSUR ( FULL DRAW, ANCHOR DAN STRING ALIGNMENT)

Dalam kedudukan tarikan penuh, siku tangan yang menarik tali hendaklah dalam keadaan lurus dengan shaf anak panah.

Belakang tangan yang menarik tali dalam keadaan rata dan siku tangan yang memegang busur hendaklah dipusingkan kedalam untuk megelakkan terkena libasan tali semasa anak panah dilepaskan.
ANCHOR

Kedudukan anchor ini merujuk di mana tangan yang menarik tali busur menyentuhi muka pemanah. Mempunyai titik anchor yang tetap dan konsisten adalah sangat penting bagi mendapatkan panahan yang tepat di lapangan memanah.

Semasa kedudukan anchor, ibu jari akan menyentuh bahagian bawah tulang rahang dan jari telunjuk akan mengapit tali antara bahagian tepi dagu dan pada masa yang sama tali akan menyentuh hujung hidung pemanah.

Terdapat tiga titik sentuhan yang akan membolehkan pemanah menetapkan kedudukan anchor masing-masing iaitu sentuhan ibu jari dengan bawah rahang, jari telunjuk dengan bawah dagu serta sentuhan tali dengan hujung hidung pemanah.

PENJAJARAN TALI ( STRING ALIGNMENT)

Penjajaran tali busur juga berlaku semasa kedudukan anchor berlangsung.

Penjajaran ini dilakukan dengan melihat imej tali yang kabur semasa anchor dan menetapkan kedudukannya pada imej busur yang digunakan.

Terdapat beberapa cara untuk pemanah menjajarkan tali busur masing-masing. Apa yang paling penting ialah penjajaran yang sama dan konsisten semasa memanah akan menghasilkan bidikan yang tepat semasa memanah.
LANGKAH 7 : MENAHAN DAN MEMBIDIK ( HOLDING AND AIMING )

Menahan dan membidik ini merupakan suatu aktiviti yang singkat antara anchor dan perlepasan anak panah.

Dalam peringkat ini, pemanah seboleh-bolehnya tidak mahu berlakunya sebarang pergerakan pada anggota badannya.

Sekiranya menahan ini dilakukan dengan betul, badan pemanah akan dapat mengatasi daya rintangan semulajdi yang wujud di mana akan menjurus kepada perubahan bentuk formasi yang sepatutnya.

Bidikan harus terus dilakukan sebaik sahaja tarikan penuh dicapai. Sekiranya bidikan dilakukan terlalu awal, pemanah akan lebih menumpukan kepada hasil panahan daripada memikirkan untuk mengekalkan teknik bidikan yang betul.

Pemanah tidak sepatutnya cuba untuk mematikan penjera di atas target kerana ianya akan menyebabkan berlakunya bidikan yang melampau. Lama kelamaan, pemanah langsung tidak dapat melakukan bidikan yang tepat.

Pemanah sepatutnya membiarkan pin pejera terapung-apung pada target di mana fikiran pemanah akan menentukan masa yang tepat untuk melepaskan anak panah.
LANGKAH 8 : PERLEPASAN ANAK PANAH ( RELEASE )

Perlepasan anak panah merupakan suatu pergerakan yang sangat kritikan dalam sukan memanah. Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi cara anak panah itu berlepas dan terbang menuju ke sasaran.

Perlepasan di lakukan dengan cara melepaskan tekanan yang ada pada tangan dan jari tangan yang menarik tali busur. Ini akan menyebabkan daya tegangan tali akan menarik anak panah keluar dari busur.

Selepas anak panah berlepas daripada busur, tangan yang menarik tali perlu ditarik ke belakang leher dan berhenti disitu buat seketika sambil pemanah memerhatikan anak panah terbang ke sasaran.
LANGKAH 9 : FOLLOW THROUGH

Follow through ini berlaku sebaik sahaja anak panah berlepas keluar daripada busur menuju ke sasaran. Kekalkan tangan yang menarik tali di atas dan biarkan busur bergerak ke depan dan membuai ke bawah. Proses ini hanya mengambil masa 2-3 saat sahaja. Pemanah akan memerhatikan anak panah sehinggalah ia mengenai sasaran maka follow through selesai.


LANGKAH 10 : REHATKAN DIRI ( RELAXING)

Selepas anak panah mengenai sasaran, jatuhkan busur ke bawah dan biarkan hujung limb berada di atas kaki pemanah. Jatuhkan tangan yang menarik tali ke sebelah badan.

Proses ini adalah untuk merehatkan dan memulihkan otot selepas membuat panahan.

Masa ini juga adalah untuk menilai hasil panahan sebentar tadi dan seterusnya bersedia untuk membuat panahan semula.

Masa yang diperuntukan untuk rehatkan diri ini sepatutnya lebih lama daripada masa yang digunakan untuk membuat panahan.


SUMBER:

1. wikipedia

2. My Classroom

3. 

30 Julai 2015

13 Julai 2015

Cuti Raya

Buat rotate tyre dan balance rm32 n Allignment rm30. Mahalnya. Disebabkan cuti raya lama kononnyq semangat pergi check up kereta myviku.

Bila malam dan sedia untuk tidur. Buka What's up. Cuti diluluskan 15hb hingga 21hb Julai 2015. Kecewa. Apa yang dijanjikan tidak dikotakan. Hampeh.

Ada hikmah disebalik ujian ini. Tiada siapa yang tahu. Aku berdoa semoga aku sihat fizikal dan mental untuk memandu pulang ke kampung. Semoga selamat dalam perjalanan.

Adakah hari raya kali meriah? Wallahua'lam. Selamat bercuti.

Jika saya ada salah dan silap,  tolong maafkan. Jika ada terkasar bahasa,  harap dimaafkan. Coretan ini sebagai luahan perasaan. Semoga semua urusan kita dipermudahkan. Bagi calon PT3 jangan lupa ulangkaji. Banyakkan doa di akhir ramadhan ini. Mustajab.

05 Julai 2015

Orang Tengah

Saya pasti semua orang faham maksud orang tengah.

Saya seakan-akan ingin menjauhkan diri dari masalah antara 2 orang yang bermasalah. Apabila masalah tidak selesai,  salah seorang akan jual nama ku. Seolah-olah saya mengetahui masalah mereka. Saya penyelesai masalah mereka. Hakikatnya aku tidak tahu apa-apa.

Dulu cerita kisah rumah tangga dalam mesej fb saya. Sedangkan saya berhadapan dengan temuduga SPP. Keesokan dapat mesej tentang penceraian mereka berdua. Saya terkejut. Apabila ditanya apa masalah,  si perempuan terus mengatakan saya mengetahui segala-galanya dan minta mereka bertanya saya. Mana saya tak mengamuk. Kau buat masalah, aku yang kena!

Sekarang minta tolong bagitau tentang nafkah anak. Bagitau sendiri secara berdepan. Aku nak berlepas diri dari masalah mereka. Melarat. Makan tahun. Masalah aku sendiri, aku tanggung sendiri. Tak perlu susahkan orang lain.

~sessi luahan selesai. harap tiada orang baca.huhuhu...saya...aku...dah bercampur-campur~

Hari ini dah masuk 18 ramadhan. jom persiapkan diri untuk ibadat. Abaikan luahan tadi untuk lepas geram sekejap.

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...