17 Jun 2018

Tetamu ziarah 2

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan  urusan oleh Allah. Siapa sangka, sepanjang perjalanan umrah Ramadan mempunyai cerita dan cabaran tersendiri.

Team group mempunyai 9 orang ahli. kebanyakan warga emas. 2 orang 30-an, 7 orang 60 -an dan seorang umur 70. Bantuanku sangat terhad kerana banyak bantu ibuku sendiri. Diri yang demam ketika hari 26 Ramadan 1439H, aku gagahkan jua untuk terus teman mak.

Kebanyakan hari, bermula 11 pagi hingga 11 mlm, aku dan mak akan berada di Masjidil Haram. Ada ketika, kami boleh berada dalam masjid, ada juga di dataran.  Bagi sesiapa yang iftar di hotel, pasti tidak dapat masuk dataran dan masjid. Solatlah di tepi-tepi jalan. Ada juga zohor dan asar di dalam masjid, sebelah kawasan saei, nampak kaabah dari ruangan perempuan, akan dihalau selepas asar untuk diberi ruang kepada jemaah lelaki.

Komunikasi dalam Bahasa Arab (banyak guna bahasa pasar) sangat membantu, jika berada dalam situasi luar kawalan seperti yang berlaku dalam groupku. Bagasi tidak dapat dikesan, bertanya tempat jika tersesat, cari tandas, kembali ke tempat asal setelah pergi ke tandas, naik teksi, membeli barangan dan tawar menawar.

Malam 27 Ramadan dan 29 Ramadan sangat mencabar. Lautan manusia membanjiri Masjidil Haram. Penduduk Mekah turut hadir kerana menganggap itulah malam lailatul qadar. Para tentera banyak buat sekatan dan kebanyakan pintu masjid ditutup untuk laluan masuk. Apatah lagi VVIP mereka hadir secara rasmi.

Pengambilan air zamzam boleh diambil di beberapa lokasi, ada pada paip yang ditulis زمزم. Jangan terkeliru dengan ماء البرد للشرب sebab ini bukan air zamzam. Ada juga disediakan tong air zamzam. Kebanyakan yang aku jumpa, semuanya sejuk.

Waktu boleh ambil air zamzam ketika hampir waktu berbuka puasa, lebih kurang 10 minit sebelum azam. Sesi berebut akan berlaku. Satu lagi sebelum subuh dan selepas subuh. Jika habis air dalam tong, carilah paip yang masih dibuka. Bukan semua paip dibuka untuk diambil air zamzam.

'andai lelaki yang ihram ini menjadi tentera pembebasan Masjidil Aqsa, pasti Amerika dan Negara Israel dalam ketakutan'

Aku melihat gagahnya orang lelaki yang buat umrah iaitu, tawaf 7 kali, saei 7 kali dengan pakaian ihram dari pelbagai warna kulit serta semangat mereka untuk selesaikan umrah sangat mengkagumkan. Tetapi sayang, habis umrah keadaan kita bagai buih-buih dilautan. Cintakan dunia mengatasi segala-galanya.

Hanya coretan mindaku.

06 Jun 2018

Tetamu Ziarah 1

Alhamdulillah.

Kesempatan yang ada sementara menunggu waktu berbuka puasa di Masjid Nabawi, aku cuba tulis sedikit coretan.

4 Jun bersamaan 19 Ramadan 1439H.
Bermula perjalanan umrahku.
6.30 pagi : persiapan ke airport naik MH
7.10 pagi : sampai di airport
8.45 pagi : bertolak ke klia
9.45 pagi : sampai ke klia
1.00 t/hari : check in untuk naik flight Saudi Arabia.
2.00 petang: bertolak ke Jeddah.
11.00 malam waktu Malaysia sampai Jeddah bersamaan 6.00  petang di Jeddah.

Naik bas ke King Abdul Aziz sampai 6.15 petang. Urusan imigresen lama. Ujian pengawai mengantuk. scan jari, tidur. Setiap step tidur. Ujian beg kargo hilang. Sekarang semua dah ok. Ketabahan diuji.
Sampai Madinah jam 3 pagi. Terus sahur.

14 Mei 2018

Pra Umrah 1

Alhamdulillah.

14 Mei 2018, Isnin hari permulaan kerja bagi kerajaan baharu. Rasa tenang dan bebas. Betul ke?

Apa pun kita sebagai rakyat berhak memilih.

Hari ini, selepas kelas tambahan yang berakhir 4.20 petang, solat asar dan terus ke Klinik untuk dapat satu dose 'Meningococcal (groups A, C, Y and W-135) Polysaccharide Diphtheria Toxoid Conjugate Vaccine. Mengikut kata pekerja klinik, vaksin ini 'valid' selama 5 tahun. Arab Saudi 3 tahun sahaja.

Bagaimana rasa kena cucuk?

Sekarang aku kebas. Lengan sebelah kiri. Cucuk pada bahu kiri. Masa kena cucuk tu ada rasa kena gigit semut. Sekejap sangat. Tak sampai 3 minit. Doktor cakap, ada sesetengah orang demam esok hari. Balik nanti telan ubat demam. Masalah aku susah makan ubat. Pergi klinik boleh kira dengan jari. Selagi boleh tahan, aku akan bersabar.

Transfer ....dah hantar sikit. Ada had. Esok cuba lagi.

13 Mei 2018

Legasi Terus Hidup

Penuh suspen. Penuh emosi. Pengalaman mengajar erti kematangan dan kesabaran. Pengalaman diri menjadikan diri berhati-hati.

Legasi Tombiruo menjadi sentuhan yang sangat menarik. Mengajak pembaca masuk ke alam itu. Magis?

10 tahun bukan ukuran masa, malah penuh teka-teki. Penuh dengan muslihat. Manusia sentiasa berubah. Pergantungan diri kepada Yang Satu satu bentuk ibadat spiritual yang sangat agung. Penyerahan penuh kepada Allah kunci kepada penyelesaian masalah.

Alhamdulillah. Angpow dari YB. Kejohanan Sukan selesai. Pembacaan Legasi tamat. Bakal bersambung lagi. Siapakah Legasi ini? Induk Tombiruo tetap ada walaupun usia semakin meningkat.

Pru14 Tamat.

Hari membuang undi jatuh pada 9 mei 2018, hari rabu. Hari kerja dan diberi cuti pada hari berkenaan. Bagi pengundi luar sepertiku, pilihan hari rabu sangat menyusahkan. Tambahan lagi memandu dari pantai barat ke pantai timur makan masa 8 jam bagi hari biasa. Aku bertolak hari selasa 5.30 petang dan sampai di kampung, 6.30 pagi. 13 jam dalam perjalanan sahaja.

Bagi hari raya, 5 tahun sekali, aku gagahkan diri meredah perjalanan 13 jam bersama adik2 dan si kecil dari Sarawak.

Naiklah 'flight'!
Naiklah bas!
Tumpanglah kawan!

Aku ada alasan tersendiri, kenapa aku sanggup drive lebih 500km sehala.

Sampai di rumah mak ayah, terus solat subuh dan cuba lelapkan mata. 8.00 pagi bersiap untuk ke tempat mengundi. Aku dapat saluran 4. Kali ke-3 mengundi. Perutku kosong hanya beralaskan air kosong, terus mujahadah pergi buang undi. Lapar. Terus thabat. 11.30 pagi, semua selesai. Balik dan makan. Alhamdulillah. Nikmat mana yang aku dustakan?

Tsunami memilih 2018 menjadi penentu masa depan negara. 5 tahun. Adakah kerajaan baru mampu baiki kerosakan 10 tahun atau lebih lagi? Aku hanya mampu lihat dan tolong ikut kemampuan sahaja. Terus ikut perkembangan terkini.

Keputusan malam 9 mei 2018, terlalu lambat. Aku tak mampu tunggu kerana kurang tidur dan penat memandu. Cadangan asal 10 mei 2018, aku perlu kembali bertugas. Gila! Badan tak mampu tetapi mental masih kuat.

Celik mata 10 mei, terus tengok keputusan. Alhamdulillah, cuti 2 hari. Pakat Harapan menang hampir keseluruhan negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Negeri tanda tanya, Perak dan Kedah.

Aku terus rehat hingga hari Sabtu 11 mei.

Sekarang penuh dengan tanya.

1- Adakah aku betul dalam memilih?

2- Adakah aku memilih parti yang salah? Kerana pilihan ini, ada orang fahaman Syiah telah kuasai pentadbiran Malaysia. Adakah ini fitnah?

3- Adakah kerajaan baru sama dengan kerajaan lama?

4. Adakah Islam akan dimartabatkan di Malaysia?

5. Adakah fitnah menfitnah akan terus bermaharaja lela di media sosial tanpa tindakan dari pihak berkuasa?

6. Adakah Menteri Kewangan dari bangsa Cina akan mengugat kedudukan hak keistimewaan Melayu?

7. Adakah Menteri Pertahanan dari golongan Syiah? Adakah Ketua Menteri Melaka juga Syiah? Sangat susah dikenalpasti walaupun melalui beberapa keping gambar.

8. Adakah negeri pembangkang seperti pas dan BN akan diberi peruntukan sama atau di 'anak tiri' kan?

p/s: persoalan ini berlegar dalam fikiranku. Semoga Allah membuka pintu kebenaran dan keadilan untuk kita semua yang berada di dunia akhir zaman.

14 April 2018

Pada mataku.

Aku melihat.
Aku melihat orang bekerja.
Aku melihat sesuatu perpisahan.
Aku melihat acara dan majlis.

Ada perpisahan kerana berpindah.
Ada perpisahan kerana bersara.
Ada perpisahan kerana kematian.
Ada perpisahan kerana perceraian.
Ada perpisahan secara paksaan.

Melihat tidak semuanya betul pada hati.
Melihat tidak menceritakan kebenaran.
Melihat pada mata kepala berlainan melihat dengan mata hati.

Ada perpisahan disambut dengan majlis.
Ada perpisahan disambut dengan pandangan mata.
Ada perpisahan, hanya lambaian selama jalan.
Ada perpisahan dengan hadiah.
Ada perpisahan disambut senyuman.
Ada perpisahan tanpa sambutan.

Perpisahan tanpa apa-apa acara.
Sempat melalui petikan jari pada keyboard aplikasi What'Up.

Aku harapkan perpisahan ini.
Tanpa apa-apa berita dan sambutan.
Aku harapkan hanya Allah redha apa yang telah aku kerjakan.
Aku harapkan kemaafan dari semua orang yang mengenaliku.

Adakah impianku ini terlaksana?

اللهم بارك في رجب وشعبان وبلغنا رمضان.

Rejab bakal berlabuh. Sya'baan bakal menjelma. Ramadhan menjadi penantianku.

Ya Allah, jemputlah diriku dan kedua ibubapaku sebagai tetamu-Mu.

25 Mac 2018

Makan Angin

Alhamdulillah semua tetamu telah pulang.

Maaf andai tidak selesa.

Cuti pertengahan penggal 1 tahun 2018, aku sempat pulang selama 4  hari. Malam khamis bermula permusafiran. Pagi Khamis, pukul 10 pagi, kami ke Melaka. Menuju ke Kg Mortem. Kampung yang berada di tengah-tengah kota melaka. 5.30 petang sampai ke Kg Mortem. Berjalan sekitar kampung ini. Dugaan kaki terseliuh. Masih mampu berjalan.

Sementara menunggu malam, kami ke Masjid Al-Azim. Selesai solat jama' qosor, kami ke jeti 'river cruise'. Bayaran untuk seorang dewasa RM18 dan seorang kanak-kanak RM6.50.

Apabila naik bot, kami dibawa mengelilingi Kg Mortem. Cantik pemandangan waktu malam. Cuma air sungai berbau. Mungkin akibat arus pemodenan. Kami sampai ke tempatku, jam 1.30 pagi. Seharian 'drive'.

Esoknya, jumaat. Selepas solat jumaat di Masjid Nilai, kami ke Nilai 3. 'Shopping' dan 'window shopping'. Malam ke rumah kawan kak ipar. Sampai rumah pukul 12.00 malam.

Hari Sabtu, kami ke Putrajaya. Melawat Alamanda, Astaka Morroco dan Taman Botani. Kami rancanc nak sewa basikal. Kaunter telah tutup. Ketika itu, jam 12.15 tengahari.

Bayaran sewa basikal 'single' RM10. Jika ada 'para', boleh letak pembonceng, RM12. Bayaran sewa motosikal letrik RM30 untuk 30 minit. RM50 untuk 1  jam.

Kami terus ke walimah sepupuku di Dewan Serbaguna. Ziarah sepupu ayah di Desa Pinggiran Putra. Kemudian ke Outlet Mitsui, jalan menuju ke KLIA. Terus ke Rumah Terbalik. Bayaran seorang dewasa RM20. Kanak-kanak 3-12 tahun RM15. Lahir bulan Mac/April, free.

Pulang ke 'sarang' jam 10.00 malam.

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...