25 Julai 2010

Cinta Jarak Jauh 1

Ini percubaan aku menulis cerpen...harap2 ada komen

********************

Semua kawan-kawan sudah mendirikan rumah tangga. Seorang demi seorang meninggalkan alam 'single'. Ada yang dah masuk anak ke-4. Ada yang sudah mahu beristeri dua. Banyak ragam manusia ni. Tapi aku masih di perlembahan Sungai Nil. Sungai yang masih memberi bakti kepada penduduk Mesir. Alangkah indahnya ciptaan Allah. Kadang-kadang aku termenung ke laut Mediteranium.

Kuliah masih diteruskan. Aku wajib teruskan perjuangan menggali semua ilmu Allah di bumi Anbiya' ini. Tok wan, ibu, ayah, mak long dan semua adik-adikku akan bangga dengan kepulanganku. Bukan dengan membawa suami tetapi biarlah dengan segulung ijazah. Ini cita-cita tok wan. Inilah harapan tok wan.

Dulu Tok Wan nak belajar ke bumi kinanah ini. Hidup susah. Siapa nak tanggung? Biarlah cucumu ini menyambung cita-cita tok wan ini.

Kawan-kawan seperjuangan aku sudah pulang ke tanah air. Ada yang menjadi guru. ada yang menjadi penulis. Ada yang menjadi pendakwah. Bila aku nak pulang ni?persoalan ini selalu berlegar-legar dalam kepala aku.

**************************
“Lelaki itu lagi….!”Monolog diriku. 

Sejakku di Bumi Anbiya’ ini, aku terkenangkan seseorang persis muka yang selalu aki ingat. Senyuman terukir dibibir. Hampi sampai ke telinga. Bahagia dan berbunga-bunga jiwaku. Semua masalah terlontar jauh. Alangkah indahnya perasaaan ini. 

Entah kenapa,memori silam melambai-lambai di hadapan mataku. Sehingga sekarang aku tidak akan lupa kenangan itu. Melihat kawan-kawan yang asyik dibuai angau cinta membuatku tidak betah untuk duduk diam. Semua itu menganggu tumpuanku mencapai segulung ijazah di Universiti tertua di dunia ini. Ini juga harapan Tok Wan.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Aku terus menyibukkan diri dengan kuliah. Melawat ke rumah kawan-kawan. Menyertai program-program yang dilaksanakan di Baitul Tolabah, di Asofiroh.

*************
Di satu sudut, kelihatan anak kecil menangis dan mengamuk sehingga terselak jubahnya apabila ditinggalkan oleh ibunya. Umur lima tahun dah di hantar ke sekolah. Ibunya dapat meloloskan diri melalui pintu belakang (dapur). Bila disedari oleh kecil ni, jadi histeria satu Tadika tu. Bila dah dipujuk oleh cikgu-cikgu kat situ, si kecil ini dah mula senyap sambil tersedu-sedu menahan tangisan ditinggalkan seorang diri. Pembelajaran berjalan seperti biasa.

Masa rehat mula tiba, si kecil masih takut dengan semua orang. Menyendiri di satu sudut. Cikgu menyediakan kuah kacang dan roti untuk dimakan. Tiada siapa yang peduli akan diri si kecil yang masih sedih ditinggalkan ibu. Apatah selama 4 tahun tidak pernah berpisah dengan ibunya.

"Awak mari la makan roti ni," kata budak lelaki yang masih berumur 5 tahun tapi petah berbicara. Aku memandangnya tanpa berkelip-kelip sambil menyapu air mata yang tersisa. Sebak masih terasa. Pilu rasa hati ini. Ditinggalkan seorang diri oleh orang yang paling dipercayai. Ibu meninggalkan aku di Tadika As-Syuhada' ini melalui pintu dapur.

Tanganku ditarik perlahan sambil dihulurkan roti bersama kuah kacang. Malu masih menebal dalam diri. Teringatkan diri yang mengamuk atas lantai tadika bila aku dapati ibuku tiada di sisi. kainku tersingkat. Tudung tercabut lalu dipakai semula.

Ini lah kawan pertama aku. Fuad namanya. Cinta monyet berputik sejak umur 5 tahun.


4 ulasan:

  1. kalam pena menari...mengukir bicara yang amat menyentuh jiwa..sungguh beda setiap manusia itu,cinta sementara hanya khayalan,cinta hakiki CINTA ILLAHI,amin.sufi,minda diasah,fikiran digasak..tahniah,olahan yang menarik dan ku kan setia menatapnya sampai akhir cerita sebenar dalam realiti :)

    BalasPadam
  2. Coretan jari jemariku menari-nari atas papan keyboard. Sy setuju dengan 'permataislam' cinta hakiki hanya CINTA ILAHI. Moga kita dapat berusha ke arah itu. Teruskan membaca. Terima kasih ^_^

    BalasPadam
  3. teruskan berusaha wahai kakak2ku yg hebat.... ^^

    BalasPadam
  4. yhe, terima kasih. Hanya Allah yang hebat. Semua ini milik Allah ^_^

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...