"Kalau hukum Islam dilaksanakan ramai akan murtad"
Huh! betul ke penyataan ni?
Aku kata " Tak mungkin orang murtad. Negara Islam akan lebih aman tanpa jenayah!"
ini berita dari Iran. Syabas !
*********************
Ibu dituduh berzina mungkin direjam sampai mati
2010/07/03
Sakineh Mohammadi Ashtiani
Amnesty International kelmarin menggesa pihak berkuasa Iran menangguhkan hukuman terhadap ibu dua anak berkenaan, Sakineh Mohammadi Ashtiani dan pelaksanaan hukuman gantung terhadap wanita lain yang didakwa aktivis politik.Sakineh didapati bersalah melakukan ‘hubungan haram’ dengan dua lelaki pada Mei 2006 dan menerima 99 sebatan sebagai hukuman. Selain itu beliau juga disabitkan kesalahan berzina dan dihukum direjam dengan batu hingga mati.Wanita berusia 43 tahun itu menarik balik pengakuan yang didakwanya dibuat beliau dalam keadaan tertekan. Anak perempuannya, Farideh, 16 dan anak lelakinya, Sajad, 20, merayu bantuan masyarakat antarabangsa.
“Tolong tamatkan mimpi ngeri ini dan jangan biarkan ia menjadi satu realiti. Selamatkan ibu kami.”
Di bawah kanun keseksaan Islam Iran, berzina dihukum dengan hukuman merejam batu hingga mati atau sebatan manakala hukuman gantung adalah bagi kesalahan membunuh dan jenayah lain termasuk mengedar dadah.
Hukuman merejam dijalankan secara meluas selepas Revolusi Islam 1979 Iran tetapi jarang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagi lelaki hukuman dilaksanakan dengan pesalah ditanam hingga paras pinggang manakala bagi wanita mereka ditanam lebih dalam untuk mengelakkan batu mengenai payu dara.
Jika pesalah dapat membebaskan diri ketika hukuman melempar batu dijalankan, mereka akan didakwa atau dipenjarakan. Bagi lelaki lebih mudah untuk mereka lari kerana mereka tidak ditanam terlalu dalam.
Pada Disember 2008, seorang lelaki yang didapati bersalah melakukan zina melarikan diri ketika hukuman dijalankan apabila berjaya melepaskan diri dari tempat ditanam.
Tetapi dua lelaki lain mati dengan cara hukuman terbabit yang berlaku di bandar utara, Mashhad.
Aktivis Iran menentang hukuman terbabit kerana mendakwa ia tidak disebut dalam Quran. Iran mempunyai kadar hukuman tertinggi di dunia.
Amnesty International mencatatkan 126 hukuman dijalankan antara Januari hingga Jun dengan lima daripada mereka adalah tahanan politik. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan