Imam Musa al-Kazhim hendak berwudu' bagi menunaikan solat subuh. Oleh itu, beliau menyuruh hambanya mencucurkan air mutlak dari tempayan atau timba yang telah disediakan air didalamnya. Si hamba ini pula masih mengantuk, lalu disiramnya badan beliau dan baju beliau basah kuyup. Beliau mula kelihatan marah. Hamba itu tersedar akan kesalahannya sehingga hilang rasa mengantuknya kerana membayangkan wajah tuannya yang marah.
Segera budak itu membaca:
"Walkazhiminal ghaizha" (dan mereka yang menahan marah)
Beliau serta merta tersedar apabila mendengar ayat itu, lalu beliau berkata:
"telah aku tahan marah keranamu!"
Lalu kata budak itu lagi:
"Wal 'afina 'anin nas" (dan memberi maaf kepada manusia)
Serentak itu, beliau menjawab:
"Aku beri kemaafan kepadamu, budak!"
Lalu budak itu melanjutkan bacaan ayat sampai hujungnya:
"والله يحب المحسنين" (Dan Allah amat mencintai orang-orangbyang berbuat baik).
Terkejut terganga budak itu, demi mendengar sambutan yang berkali-kali tidak disangka-sangkanya. Beliau menyambut :
"أنت حر لوجه اللة" ( Mulai hari ini, aku merdekakan kau semata-mata kerana Allah)
Demikianlah besarnya pengaruh ayat Allah ini kepada orang yang beriman.
Kononnya sebab inilah Saiyidina Musa, cucu Rasulullah SAW keturunan Fatimah dan Ali bin Abu Thalib itu digelar Musa "Al-Kazhim"- Musa yang sanggup menahan marah.
Kitab: Tafsir Azhar
Oleh: Prof. Dr. Hamka
Muka Surat : 92
Tiada ulasan:
Catat Ulasan