Sebelum berlaku isra' Mikraj, aku nak kongsi pembacaan aku dalam buku yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Beliau merupakan penulis novel sejarah Islam. Cara penceritaan beliau boleh menarik minat pembaca tentang sejarah Islam. Bagi aku sejarah tidak boleh ditinggalkan kerana ia akan berulang-ulang dan boleh dijadikan panduan.
********************************************************************************
"Tidaklah sama antara orang yang beriman yang duduk (tidak turut berperang) tanpa mempunyai keuzuran (halangan)dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang yang duduk ( tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing-masing, Allah menjanjikan (pahala) yang baik( syurga) dan Allah melebihkan orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang amat besar"
Surah Annisa': Ayat 95.
Bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah.
Heraclius Maharaja Romawi benar-benar rasa tercabar kerana dalam Perang Muktah, tentera Rom yang berjumlah 200 ribu orang tidak dapat mengalahkan tentera Islam yang cuma berjumlah 3 ribu orang.
"Tentera kita dapat mengalahkan tentera Parsi. Oleh itu, mustahil mereka tidak dapat mengalahkan orang Arab yang tidak bertamadun itu," kata Heraclius dengan nada suara tinggi.
"Tentera kita sudah terlalu lama berperang dengan Parsi. Sebab itu mereka keletihan. sebab itulah mereka tidak dapat mengalahkan tentera Islam yang kita sangka lemah dan mundur itu," kata Perdana Menterinya.
"Benar juga kata kamu," kata Heraclius. " Beri cuti kepada tentera kita selama dua bulan. Selepas itu, mereka akan dikerahkan berperang semula."
"Maksud Tuanku, berperang dengan Parsi lagi?" tanya Wazir pula.
" Parsi bukan lagi ancaman kepada kita. Tetapi orang Arab yang tidak bertamadun itu yang mencabar kekuasaan kita. Saya sendiri akan memimpin tentera Romawi bagi menghapuskan mereka," jawab Maharaja Heraclius.
Dengan perintah Maharaja Rom itu, maka tentera Romawi diberi cuti selama 60 hari (kataku: macam cuti bersalin je.hehehe...) Semasa percutian itu, Heraclius membuat perancangan bagi memerangi tentera Islam di Semenanjung Tanah Arab. Sebaik sahaja tempoh percutian tentera tamat, Heraclius memerintahkan tenteranya membuat persiapan ke medan perang.
Sebelum berangkat, Heraclius berucap kepada tenteranya. " Selepas saya menjadi Maharaja Rom, pasukan tentera kita menjadi kuat sehingga dapat mengalahkan tentera Parsi. Dengan ini, pasukan tentera Romawi paling gagah di dunia." (kataku: Alahai sombongnyerrrr...)
Kemudian Heraclius berucap lagi. " Dua tahun lalu, kita berjaya mengalahkan Parsi. sebagai tanda terima kasih kepada Tuhan, saya berjalan kaki sambil memikul salib dari Kota Homs ke Kota Iliaa'. Tiba-tiba dari Tanah Arab yang kering kontang itu, muncul kuasa baru yang mencabar kita. Kita akan hapuskan mereka. selepas berjaya nanti, saya akan memikul salib dari Kota Madinah ke Kota Mekah."
Ucapan Heraclius disambut dengan tempik sorak pasukan tenteranya. Mereka begitu bersemangat mahu menghapuskan tentera Islam. Kemudian mereka pun bergerak menuju ke wilayah utara Tanah Arab. Dengan mudah mereka menakluk Iraq, Mesir dan Damsyik. Suku-suku Arab Lakhan, Jazdam, Amilah, dan Ghazzan terpaksa tunduk kepada Maharaja Heraclius. Kemudian Maharaja Rom mengumpulkan tenteranya di sempadan Palestin.
Berita penaklukan tentera Romawi di utara Semenanjung Tanah Arab sampai kepada Rasulullah SAW. Beliau tidak mahu berdiam diri menunggu tentera Romawi itu datang menyerang Madinah. Sebaliknya Baginda mahu bersemuka dengan kuasa Rom di luar Madinah. Maka Baginda pun membuat pengumuman itu kepada para sahabatnya.
"Rasulullah sedang membuat persiapan bagi memimpin pasukan tentera Islam ke suatu tempat yang jauh," kata Abu Bakar as-Siddiq kepada isterinya, Ummu Ruman.
"Ke mana?" tanya Ummu Ruman.
" Seperti biasa, Rasulullah SAW akan merahsiakan dahulu tempat yang hendak dituju. Tetapi yang pasti kali ini , kami akan pergi di luar Kota Mekah dan Madinak. Kami akan berdepan dengan tentera Romawi," jawab Abu Bakar as-siddiq.
" Bagi menyambut panggilan jihad, suami tidak perlu lagi meminta izin daripada isterinya. Hamba tidak perlu meminta izin dari Tuannya. Anak tidak perlu meminta izin daripada ibu dan bapanya. Orang yang berhutang tidak perlu lagi meminta izin daripada pemiutangnya," balas Ummu Ruman.
" Memandangkan peperangan kali ini memerlukan perbelanjaan yang besar, maka Rasulullah meminta orang Muhajirin dan Ansar menghulurkan derma," kata Abu Bakar as-Siddiq pula.
" Kakanda dermakanlah harta kita sebanyak mana yang kakanda mahu. Saya tetap menyokong keputusan kakanda," kata Ummu Ruman.
Kemudian Abu Bakar berbincang dengan isteri keduanya, Habibah. Dia juga sependapat dengan Ummu Ruman berkenaan panggilan jihad itu. Abu Bakar dengan senang hati. Beliau membawa hartanya lalu menuju ke Masjid, tempat Rasulullah SAW sedang menunggu. (kataku: kalau sekarang, suami tidak meninggalkan apa-apa harta, mesti isteri minta cerai atau dapat kata-kata yang tidak sepatutnya. Bagusnya kedua-dua isteri Abu bakar...)
Suasana dalam masjid penuh sesak dengan orang ramai kerana masing-masing mahu mendermakan harta kepada Rasulullah SAW sebagai perbelanjaan peperangan dengan orang Romawi itu.
" Wahai Rasulullah, saya dermakan sribu dinar," kata Uthman bin Affan.
" Wahai Rasulullah, saya dermakan seribu ekor unta," kata Abdul Rahman bin Auf pula.
Kemudian tampil pula Umar al-Khattab," Wahai Rasulullah, saya serahkan separuh daripada harta yang saya kumpulkan di jalan Allah," katanya.
Kemudian sampai pula giliran Abu Bakar as-Siddiq. " Wahai Rasulullah, saya serahkan semua harta saya di jalan Allah," katanya.
"Apakah yang tinggak untuk keluargamu?" tanya Rasulullah SAW.
"Allah dan RasulNya," jawab Abu Bakar as-Siddiq.
Namun ada juga yang tidak dapat memberikan derma. Mereka datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata," Wahai Rasulullah, saya mahu memberikan derma tetapi saya orang miskin dan tidak mempunyai harta untuk diberikan," kata mereka sambil menangis.
Rasulullah menghiburkan mereka dengan membaca firman Allah yang bermaksud,"Dan tidak berdosa mereka yang datang kepadamu lalu berkata, aku tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan. sedang air mata mereka bercucuran lantaran sedih kerana tidak mempunyai harta untuk diberikan." (Surah at-Taubah: ayat 92)
Namun ada juga yang sengaja tidak mahu memberikan apa-apa derma kepada Rasulullah SAW. Malah ada yang tidak mahu menyertai tentera Islam dengan pelbagai alasan.
" Ya Rasulullah, sekarang musim panas. Adakah tuan hendak membinasakan diri saya?" tanya Al-Jadd bin Qeis.
Rasulullah memalingkan mukanya. Kemudian turunlah wahyu yang bermaksud," Dan antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata," Izinkanlah aku ( supaya tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjerumuskan diriku ke dalam fitnah. Ketahuilah mereka sudah menceburkan diri dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab jahannam itu meliputi orang kafir," ( Surah at-Taubah, ayat 49)
Fitnah yang mereka maksudkan adalah tidak mahu terpesona kepada perempuan-perempuan tawanan perang orang Rom sedangkan itu hanya alasan semata-mata.
"Wahai sahabatku Abu Bakar, Rasulullah tidak mengizinkan saya menyertai peperangan. Beliau menyuruh saya tinggal di Madinah bagi menjaga keluarganya dan keluarga tentera-tentera Islam yang lain," kata Ali bin Abi Thalib.
" Sebaiknya ikut sahaja apa yang sudah diperintah oleh Rasulullah," kata Abu Bakar as-Siddiq pula.
" Orang Munafik mentertawakan saya kerana tidak ikut serta ke medan perang. Itu yang membuat saya sedih," kata Ali bin Abi Thalib pula.
" Cubalah mengadu kepada Rasulullah,"Abu Bakar as-Siddiq mencadangkan. Ali pun menemui Rasulullah SAW lalu mengadu perkara itu.
" Tidakkah kamu berpuas hati apabila kedudukanmu ibarat Harun di sisi Musa? Hanya tidak ada Nabi selepas aku," kata Rasulullah SAW. Mendengar kata-kata itu, barulah terhibur hati Ali bin Abi Thalib.
Pada hari yang telah ditentukan, maka berangkatlah 30 ribu tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW menuju ke Tabuk yang terletak di sebelah utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka menempuh padang pasir yhang kering kontang dan berjalan di bawah pancaran sinar matahari ayang amat terik. Kebetulan pula musim panas. Disebabkan tidak cukup kenderaan, mereka terpaksa berkongsi manaiki seekor unta seramai 3 orang. Ada pula yang terpaksa berjalan kaki kerana tidak ada kenderaan yang hendak ditumpangi. Namun semangat mereka tidak luntur. Terus meredah padang pasir yang kering kontang itu. Setelah agak lama berjalan, Rasulullah menyuruh mereka berhenti rehat di suatu tempat bernama Rsaniyayatil Wadaa'. Kedatangan tentera Islam itu, akhirnya sampai kepada Heraclius.
" Dalam cuaca panas begini, unta pun tidak mampu mengharungi padang pasir, inikan pula manusia. Orang Arab itu akan mati kekeringan di padang pasir," kata Heraclius.
" Mereka sudah sampai ke Rsaniyayati Wadaa'. Mereka berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke sini," beritahu penyampai berita itu.
" Adakah mereka itu manusia ataupun jin?" tanya Heraclius pula. Dia tidak percaya ada manusia yang sanggup mengharungi padang pasir itu pada waktu siang kerana cuaca sangat panas.
" Mereka adalah orang Arab yang tuan katakan tidak bertamadun itu." jawab Wazir.
" Selepas itu, mereka akan sampai di wilayah Hijr, bukan?" tanya Heraclius lagi.
" Benar," jawab penyampai berita itu.
" Mereka akan kehabisan air minuman apabila sampai di Hijr. Saya mahu kamu racun semua punca air. Mereka akan berkubur di sana," kata Heraclius sambil mengarahkan tenteranya melakukan apa yang disuruhnya.
Bersambung......(klik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan