10 Julai 2010

Perang Tabuk (sambungan...)

Selepas berhenti berehat di Rsaniyayatil Wadaa', Rasulullah SAW memerintahkan tenteranya meneruskan perjalanan. Sekali lagi mereka menempuh perjalanan yang memeritkan. Mereka dibakar oleh cahaya matahari musim panas. Sepanjang perjalanan itu, mereka bertakbir dan bertahmid. Akhirnya mereka sampai di wilayah Hijr.

Menurut Rasulullah SAW, suatu masa dahulu wilayah Hijr pernah didiami oleh kaum Tsamud. Mereka akhirnya dibinasakan kerana ingkar perintah Allah.

"Jangan kamu memasuki runtuhan rumah mereka yang sudah menganinayai diri mereka kecuali menangis sebagai tanda takut kepada musibah yang menimpa mereka supaya tidak menimpa kamu," pesan Rasulullah SAW.

Kemudian kata Baginda lagi," Jangan kamu minum airnya sedikitpun. Jangan wudu' dengan airnya untuk solat. tepung yang sudah bercampur dengan airnya, jangan kamu makan sedikitpun."

Mereka mematuhi larangan Rasulullah SAW itu walaupun kehabisan air minuman. Mereka sangat kehausan. Melihat keadaan tentera Islam yang menyedihkan itu, Abu Bakar as-Siddiq memberanikan diri bertemu dengan Rasulullah SAW.

" Wahai Rasulullah, kami sangat dahaga. Berdoalah semoga diturunkan hujan. Allah akan mengabulkan doa Tuan, Berdoalah untuk kita semua," kata Abu Bakar.

"Benarkah kamu kehendaki itu?" tanya Rasulullah SAW.

" Benar wahai Rasulullah," jawab Abu Bakar.

Maka Nabi Muhammad SAW pun mengangkat tangan lalu berdoa. Tiba-tiba cauca panas bertukar mendung dan redup. Awan mendung berarak di dada langit lalu turunlah hujan lebat. Tentera Islam mengucap rasa syukur. Mereka dapat minum sepuasnya dan memenuhi tempat simpanan air masing-masing. Apabila hujan teduh, mereka meneruskan perjalanan.

Apabila mereka sampai di pinggir Kota Aila, maka Nabi Muhammad SAW menyuruh mereka berehat. Kemudian Nabi Muhammad menghantar utusan bertemu dengan Yohama bin Rubah yang menjadi penguasa Kota Aila.

"Kamu bernaung di bawah Kerajaaan Rom. Tetapi kami mengambil keputusan berdamai dan bersetuju membayar Jizyah," kata Yohama bin Rubah.

Permintaaan penguasa kota Aila diterima Rasulullah SAW. Tidak lama kemudian, datang pula penduduk Yarbaa' dan Adzra lalu menemui Rasulullah SAW.

" Kami juga mahu berdamai dengan Tuan. Kami sanggup membayar Jizyah dengan syarat tuan menjamin keselamatan kami dan jangan ganggu kehidupan kami," kata ketua mereka. Nabi Muhammad SAW bersetuju dengan permintaan mereka

"Tuan, penduduk Aila, Yarbaa' dan Adzra sudah berpaling tadah. Mereka sudah mengikat perjanjian damai dengan orang Islam," kata Wazir membuat laporan kepada Heraclius.

Maharaja Rom itu sangat marah apabila mendapat laporan itu. Beliau mengancam akan memusnahkan wilayah itu.

" Mereka sudah bergabung dengan tentera Islam untuk menentang kita,"kata Wazir sambil mengingatkan bahaya yang bakal menimpa sekiranya mereka menyerang wilayah itu.

" Bagaimana dengan Akidar bin Abdul Malim, penguasa di Daumatul Jandal?" tanya Heraclius.

" Dia masih setia dengan tuan. Tambahan pula tentera Islam belum sampai ke wilayah itu,"jawab Wazir.

" Perintahkan mereka menyekat kemaraan tentera Islam," perintah Hiraclius.

Perintah maharaja Rom itu terus dilaksanakan. Wakilnya datang ke Daumatul Jandal lalu menghasut penduduk negeri itu supaya memerangi Islam.

" orang Arab yang datang itu tidak bertamadun. Mereka masih mundur dan lemah. Dengan mudah kamu dapat mengalahkan mereka walaupun tanpa bantuan kami," kata wakil Heraclius kepada penduduk wilayah itu. ( kataku: jadi penghasut pulak...)

" penguasa Daumatul Jandal yang bernama Akidar bin Abdul Malim al-Kindy tidak mahu berdamai dengan kita. Mereka sudah membuat persiapan bagi berperang dengan kita," beritahu Abu Bakar kepada Rasulullah SAW.

Nabi Muhammad memanggil Panglima Khalid bin Walid lalu menyuruhnya memimpin seramai 500 orang tentera memasuki kota Daumatul Jandal. Tanpa berlengah lagi, Khalid bin Walid menyerang kota itu. Akidar memerintahkan tenteranya berjuang bermati-matian bagi mempertahankan kota mereka.

Selepas berlaku pertempuran sengit, akhirnya Khalid bin Walid dapat mengalahkan lawannya. Mereka menyerah kalah dan berjanji membayar Jizyah.

Heraclius berasa takut lalu berbincang dengan ketua-ketua tenteranya. "Tentera Islam datang bersama Nabi mereka. Orang Arab yang kita sangka tidak bertamadun itu mempunyai kekuatan yang laur biasa. Mereka sanggup berjalan di bawah matahari yang panas terik. Makanan mereka cuma beberapa biji kurma dan sedikit air. Kita tidak mampu mengalahkan mereka," kata salah seorang ketua tenteranya.

" Tentera kita pernah bertempur dengan tentera Islam di Muktah. Bilangan mereka pada masa itu cuma 3000 orang. Itu pun kita tidak dapat mengalahkan mereka. Tetapi sekarang mereka 30 ribu orang," kata yang lain pula.

" Apa pendapat kamu?" tanya Heraclius kepada Wazir.

" Lebih baik kita berundur dan pulang ke negeri kita. Sekiranya tentera Islam datang, kita kerahkan seluruh tenaga tentera dan rakyat Rom menentang tentera Islam," jawab Wazir.

Heraclius akhirnya bersetuju mengundurkan tenteranya dan kembali ke negeri mereka. apabila Nabi Muhammad sampai di Tabuk, tentera Rom sudah berundur.

" Tentera rom sudah kalah sebelum berperang dengan kita. Izinkan kami mengejar hingga sampai ke negeri mereka," kata Panglima Khalid bin Walid.

Namun, Nabi muhammad SAW tidak membenarkan. Baginda menyatakan tujuan mereka datang bagi merebut kembali wilayah Arab yang sudah ditakluk oleh tentera Rom. Mereka juga dapat menakutkan tentera musuh dengan sehingga berundur dari medan perang. Baginda menganggap strategi mereka sudah berjaya.

Selepas 10 malam berada di wilayah Tabuk, Nabi Muhammad SAW dan angkatan tenteranya pulang ke Madinah.

Buku: Abu Bakar Shabat Sejati (Novel sejarah Islam)
Oleh: Abdul Latip Talib
Keluaran: PTS

p/s: aku ada ubah sikit dengan memendekkan ayat. Terjemahan al-Quran aku buat rujukan sendiri. Nak baca lebih lanjut lagi, sila baca buku seperti catatan di atas.

*********************************************************************************

Itu lah kisah yang berlaku pada zaman Nabi dan janji Allah dalam Al-Quran tentang kekalahan Kerajaan Rom (walaupun berlaku pada zaman sahabat). Hebatnya Islam dahulu. Sekarang umat Islam ditindas tanpa pembelaan walaupun umat Islam ramai umpama buih-buih di lautan (bukan buih-buih cinta). Wallahu ta'ala A'lam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...