22 September 2010

Dua mohon murtad di Terengganu. Apa nak jadi?

2 lelaki Islam mohon murtad


22/09/2010 4:50pm

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menetapkan 19 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula permohonan dua lelaki untuk keluar daripada agama Islam.
Hakim Syarie Rosdi Harun menetapkan sebutan semula permohonan Mohd. Rajiman Chin Abdullah, 48, dan Mohd. Ramzan Maniarasan, 38, akan dibuat secara bersama pada tarikh tersebut.
Beliau menetapkan tarikh itu selepas Peguam Syarie, Syed Ahmad Shabuddin Syed Nong yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai responden kes itu memaklumkan mahkamah Pegawai Penasihat Undang-undang Syariah yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) sedang cuti bersalin.
Beliau meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula yang baru untuk kedua-dua permohonan itu iaitu selepas pegawai wanita itu kembali bertugas pada Disember ini.
Rosdi berkata, beliau berharap tempoh yang panjang sehingga tarikh sebutan semula itu digunakan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak untuk membuat persediaan memandangkan kes itu serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan akidah.
Katanya, beliau mahu memberi peluang kepada dua agensi yang menjaga kepentingan orang Islam di Terengganu itu bersedia dengan dokumen lengkap untuk berhadapan dengan tuntutan itu.
"Untuk pemohon pula, kalau betul-betul mahu teruskan hasrat ini boleh lantik peguam. Memohon untuk keluar Islam bukan satu perkara yang ringan. Kalau orang Islam yang murtad, boleh dibunuh, itu hukum Islam," katanya.
Ketika mengulas permohonan Mohd. Rajiman supaya kes beliau diselesaikan
dengan segera, Rosdi berkata, mahkamah mempunyai prosedur khusus yang perlu dipatuhi.
Mohd. Ramzan pula berkata, beliau terpaksa membawa permohonannya itu sendiri ke mahkamah kerana tidak ada peguam syarie yang mahu mewakilinya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...