Pemuda yang alim dan diketahui orang ramai dengan kealimannya. Beribadat siang dan malam. Akhirnya telah bosan dengan ibadatnya. Lalu dia terfikir untuk mencuba perbuatan yang dilakukan oleh adiknya. Lalu berjalan untuk membuat perkara yang telah diniat tu.
Manakala adiknya yang selalu membuat maksiat kepada Allah. semua perkara yang dilarang oleh Allah semua dilanggarnya. Tiada batasan langsung. Akhirnya dia terfikir. Alangkah indahnya kalau aku boleh buat apa yang abangku lakukan siang dan malam. Hanya beribadat kepada Allah. Lalu berjalanlah dia dengan niat untuk berubah dan bertaubat tidak akan melakukan maksiat kepada Allah.
Kedua-dua berjalan dengan tergesa-gesa. Ditakdirkan Allah, mereka bertembung. Kedua-duanya mati atau meninggal dunia (bahasa yang sopan).
Kemudian mereka dinilai dengan niat mereka. Akhirnya ahli maksiat tadi masuk syurga dan ahli ibadat tadi masuk neraka.
p/s : Olahan cerita aku sendiri. Kalau silap tolong tegur.^_^
Selalu kita doakan selepas solat "Allhumma khatimlana bihusnil khatimah wala takhtim alaina bi su' il khatimah..."
*******
Hari Isnin, aku dapat berita daripada kawan lama aku mengatakan cikgu aku maut kemalangan. Aku agak terkejut dengan berita itu. Aku terus letak teko berisi kopi atas meja lalu memandu Honda Accord menuju ke lokasi kejadian. Dalam hatiku, aku agak terkejut dengan berita kemalangan itu... tapi aku masih keliru. "Cikgu mana yang maut ni? Cikgu Zulaikha ke Abang Mikail?"
Setelah aku sampai di situ, aku terus disambut kawan aku yang telefon tadi. Dia suruh aku pergi tengok siapa yang maut. Aku bertanya, "Ehh... tak kan kau tak tahu siapa yang maut?"
"Aku tahu..tapi aku mahu kau pergi tengok sendiri dengan mata kau siapa yang maut tu."
Aku pun apa lagi, cepat-cepat pergi tengok bungkusan mayat. Terkejut aku bila tengok jasad yang berlumuran darah. Aku cuba tengok muka mayat tu. Aku terkejut bila nampak muka Cikgu Zulaikha sudah rentung...
"Cikgu, cikgu, cikgu!" hatiku menjerit tidak dapat menahan perasaan sedih. Kawan aku memberitahu bahawa cikgu baru balik dari rumah kawannya Aku cuma dapat menahan perasaan sedih. Kemudian, kawan aku menarik aku pergi kepada satu lagi kereta yang berlanggar dengan Cikgu Zulaikha. Aku kesat air mata dan terus melangkah ke kereta yang satu lagi.
Pada awalnya aku kurang pasti siapa yang terbaring atas kerusi pemandu itu. Aku pun mendekat sikit. Kemudian, pasukan penyelamat datang. Aku baru nak tengok mayat itu tapi sudah dihalang pasukan penyelamat. Aku pun tunggu sampai mayat tu berjaya dibawa keluar. Akhirnya berjaya jugak mereka membawa keluar mayat yang tersangkut itu. Aku cepat-cepat pergi tengok wajah mayat tersbut. Kali ini aku tidak mampu berkata apa-apa. Abang Mikail meninggal dunia tanpa sebarang cedera sedangkan kereta yang dipandunya remuk. Bukan setakat itu sahaja, jasad abang Mikail masih wangi. Ada al-Quran di dalam poket baju abang Mikail. Ternyata bahawa Allah melindungi hamba-Nya yang beriman. Kawan aku yang berdiri di sebelah cuma memegang bahu aku. Dia menyuruh aku bersabar dengan takdir Allah.
Aku berada agak lama di tempat kejadian. Akhirnya aku mendapat tahu bahawa abang Mikail sebenarnya dalam perjalanan pergi ke masjid manakala Cikgu Zulaikha pula baru pulang dari rumah teman lelakinya. Teman lelakinya datang ke tempat kejadian dan mengaku telah berkhalwat dengan Cikgu Zulaikha di rumahnya. Cikgu Zulaikha bukan sahaja berkhalwat malah telah curang kepada suaminya. Disebabkan itulah Allah telah mengazabkan Cikgu Zulaikha atas perbuatannya itu.
p/s: Perbuatan yang baik dan buruk akan dapat balasan di dunia dan akhirat. Jauhi diri kita daripada perbuatan 'cikgu Zulaikha'. Nauzubillah...
Cerita dan gambar selanjutnya dalam i luv islam
~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan