"Mulut ko ni cabul betul! tak ada insurans dah ke? kau ingat aku tak pernah belajar agama ke?"
Kata-kata ini mungkin mengguris hati mana-mana ibu bapa...
Dialog kat atas ni hanya rekaan aku semata-mata. Bila aku baca buku 'KORBAN DAN AKIKAH' yang ditulis oleh H. AHMAD FUAD SAID dari MEDAN pada tahun 1994.
"Salah satu faktor penyebab meningkatnya kenakalan remaja kita masakini, baik kualiti mahupun kuantitinya, menurut hemat kami, adalah kerana tidak melaksanakan upacara penyembelihan haiwan akikah, cukur rambut bayi dan menamakan anak tidak mengendahkan ajaran Islam," kata pengatar penulis buku ni.
Jika fikir-fikir secara santai...betul jugak tuuu...
Ada hadis yang mengatakan seseorang itu lahir dengan keadaan fitrahnya bersih. Putih macam kain kapas. Yang akan membentuknya sama ada Yahudi atau Nasrani atau Islam adalah ibu bapa...
Tetapi orang sekarang serah kepada pembantu rumah, guru-guru, pusat asuhan dan sebagainya supaya anak itu berakhlak dengan akhlak yang baik. Nak jadi macam dalam iklan petronas tahun bila aku dah lupa...
boleh klik kat link ni http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE
"Nanti bila ayah dan mak dah tua, duk sini yea," (tunjuk atas kerusi kat luar rumah)
"Jangan lupa pakai lampin tau,"
Aku baru sebut muqaddimah . Macam mana nak mula langkah pertama?
Korban dan akikah walaupun sunat muakkad tapi tak boleh nak pandang sebelah mata sahaja kalau nak masa depan kita cerah. Bukan dunia je...Akhirat nak sama. Seimbang. Dua-dua dapat. Bukan nak dapat isteri dua..hehehe
Hadis Rasulullah SAW:
"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu
ketika melalui titian siratal mustaqim"
" Anak-anak itu tergadai ( tertahan ) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari yang ke-7, dicukur kepalanya dan diberi nama"
Korban untuk orang dewasa dan akikah ni untuk budak-budak atau bayi baru lahir. Tanda syukur dengan anugerah Allah ni.
Perintah korban ni mula pada tahun ke-2 Hijrah sama dengan perintah solat aidil adha dan zakat dan termaktub dalam surah al-khauthar ayat 2:
"فصل لربك وانحر"
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah"
Asal-usul korban ni bermula dengan kisah Habil Qabil. Kemudian zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim ni digelar Khalilullah (sahabat karib Allah).
Pernah Nabi Allah Ibrahim ni mengorbankan 1,000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta. malaikat dan orang ramai kagum dengan korban tersebut.
"Semua ini tiada erti bagi saya. Demi Allah, jika saya dikurniakan seorang anak lelaki, nescaya akan saya sembelih pada jalan Allah," kata Nabi Ibrahim. (Kata-kata adalah doa...)
Sampai kat Tanah Suci, beliau memohon supaya Allah mengurniakannya seorang Putera. Doanya terdapat dalam Surah As-Soffat ayat100:
"رب هب لى من الصالحين"
"Tuhanku,kurniakanlah aku seorang anak yang termasuk orang-orang soleh"
Atas kehendak Allah, doa Nabi Ibrahim makbul. Isterinya, Siti Hajar pun melahirkan anaknya Ismail a.s.
Ismail umur 7 tahun, Nabi Ibrahim bermimpi. Dalam mimpi tu, dia diperintahkan untuk menyembelih anaknya.
Esoknya 8 Zulhijjah, Nabi Ibrahim berfikir..."Adakah mimpi itu benar dari Allah atau dari Syaitan?" Disebabkan beliau asyik berfikir, 8 Zulhijjah dinamakan hari "Tarwiah" ( hari fikir-fikir)- aku pertama kali tahu pasal nama ni.huhuhu
Malam berikutnya mimpi lagi. Mengataka mimpi itu dari Allah. Disebabkan tahu mimpi dari Allah, 9 Zulhijjah dinamakan hari 'Arafah ( hari tahu ) dan tempat itu dinamakan "Padang Arafah"- Aku ingat tempat Adam dan Hawa berjumpa dinamakan "Arafah".
Hari ke-3 dapat mimpi sama. Pada waktu siang dan matahari duk dalam waktu dhuha ( 28 minit selepas waktu syuruk), Nabi Ibrahim laksanakan penyembelihan. 10 Zulhijjah ini dinamakan hari 'Nahar' atau 'Adha' ( Hari penyembelihan). Ada dalam Surah As-Soffat ayat 102. Cari sendiri la ayat ni dalam tafsir. hahaha...macam tak ikhlas bagi ilmu. Usaha sikit...
Aku malas nak tulis panjang-panjang...Syaitan tak berjaya bisik perkara jahat kat telinga Nabi Ibrahim , Siti Hajar dan Nabi Ismail. Bahkan syaitan dilontar batu oleh N. Ismail. Lari lintang-pukang..tak cukup tanah syaitan nii..hihihi....
Sebab nak ingat peristiwa ni...kita wajib lontar 3 jamrah. Iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah dalam ibadat haji di Mina....Aku tak pergi haji lagiii = (
Selepas bagi wasiat kat ayah. Terus dia bertawakal kepada Allah. Bila Nabi Ibrahim tekan pisau ke leher Ismail...last-last tak 'lut'. Pisau itu pulak yang terbalik. Nabi Ibrahim 'test' potong batu...aik boleh pulak. (aku pun dah garu kepala ni-konon2 pelik)
"Hai pisau, kamu sanggup potong batu tapi kenapa tak sanggup potong daging," tanya Nabi Ibrahim.
Dengan izin Allah pisau ni bercakap ( kalu aku dah cabut lari...)
"Engkau suruh aku potong tapi Allah kata jangan potong. Mana mungkin aku patuhi perintahmu yang akibatnya aku derhaka pada Allah," (macam cerita kartun pulak)
Pada masa itu juga, Allah perintahkan Jibril supaya mengambil seekor kibas dari syurga sebgai tukaran. (haaa...sapa2 nak sembelih anak ganti dengan kambing lepas ni yea)
Tatkala Jibrail melihat ketaatan dua hamba Allah ini ( nabi Ibrahim dan Nabi Ismail), setelah kembali bawa seekor kibas.
Kagumlah dia lalu puji Allah dengan mengucap
" Allahu akbar, Allahu Akbar,"
Nabi Ibrahim sambung,
" La Ilaha Ilallah Wallahu Akbar,"
Nabi Ismail yang terbujur atas batu sambung pulak...
"Allahu Akbar Walillahi Hamd,"
Ini lah lirik asal takbir raya....kita takbir sayu je...bleh nangis beb!
Negara arab tak ada sedih2 nie.
Siapa yang dianjurkan untuk berkoban ni???
- Islam
- Merdeka
- Baligh
- Berakal
- Mampu.
Mampu kat sini maksudnya ada lebihan belanja sebelum dan selepas 10 (hari Tasyrik), 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Haiwan yang sah dijadikan korban:
- Kibas, biri-biri atau domba ( sempurna 1 tahun masuk tahun kedua)
- Kambing, lembu , kerbau (sempurna 2 tahun masuk tahun ketiga)
- Unta ( sempurna 5 tahun masuk tahun keenam)
Semua haiwan-haiwan ni mestilah tidak:
- cacat
- buta
- kudung / pincang kakinya
- sakit seperti kurap/ luka
- gila
- kurus kering/ tiada daging
Seekor kambing untuk seorang / satu bahagian sahaja
Seekor unta/ lembu / kerbau untuk 7 orang / 7 bahagian. Semua 7 bahagian ni boleh dicampur dengan korban akikah atau korban nazar (wajib) atau korban raya haji (sunat). Mesti bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.
Bila waktu nak korban ni?
Kalau untuk akikah bila-bila masa boleh tapi untuk korban selesai khatib turun dari mimbar (selepas baca khutbah) hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah...
Ada sunat menyembelih ke?
Mesti ada...
- Mula dengan Basmallah : Bismillahir rahmanir rahim
- Takbir 3 kali ( aku teringat peserta 'cari menantu' menjerit dengan kuat "ALLAHU AKBAR!!!" ..hehehe)
- Selawar dan salam kepada Nabi Muhammad SAW
- Mengadap kiblat...Nanti daging xbest kalu mengadap ke arah lain..
- Doa supaya korban diterima Allah:..اللهم هذا منك واليك فتقبل مني "Wahai Tuhanku, nikmat ini dariMu dan kembali kepadaMU, maka terimalah dariku"
- Asah pisau lebih tajam
- Baring haiwan dengan lambung kiri ke tanah dan tangan kiri penyembelih sebelah kepala haiwan.
- Ikat semua kaki kecuali kaki kanan sebelah belakang.
- Mulai sembelih baca: إني وجهتُ وجهيَ للذي فطرَ السموات و الارض حنيفا مسلماً وما أنا من المشركين. الله أكبر.
- ألله أكبر لا اله إلا الله و الله أكبر ولله الحمدز بسم الله الرحمن الرحيم الله أكبر
- Menyorong dan menarik serta menekan pisau kuat-kuat ke leher haiwan tadi (jangan bagi putus dah)-biar putus saluran penafasan dan saluran makanan haiwan tadi.
- Selepas selesai sembelih...solat sunat 2 rakaat.
Pemilik daging boleh makan daging korban?
Daging korban dibahagi tiga. Satu bahagian untuk orang miskin. Satu bahagian untuk orang kaya. satu bahagian untu pemilik. Sati bahagian sama dengan satu pertiga daging korban.
Akikah?
Kalau korang tak nak baca..dah bosan...boleh 'stop' sekarang!...Ni nota aku ^_^
Syarat-syarat haiwan untuk akikah.
Sah dijadikan korban....
Akikah?
Kalau korang tak nak baca..dah bosan...boleh 'stop' sekarang!...Ni nota aku ^_^
Jika kita sebut akikah, akan terbayang difikiran kenduri cukur jambul. Entah betul-betul ikut atau tidak syariat Islam...
Dari segi bahasa akikah ni bermaksud
“ Rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir”
Ikut pengertian syara’ membawa maksud
“ Penyembelihan tertentu untuk kepentingan anak , sekaligus dicukur dikepalanya dan dinamai”
Dalil hadis :
"عن الغلام شاتان وعن الجارية عقيقة"
“ Untuk seorang anak lelaki dua ekor kambing dan untuk seorang anak perempuan seekor kambing”
"الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع و يحلق رأسه و يسمى"
“ Anak-anak itu tergadai (tertahan) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”
- baka yang baik
- warna kulit putih lebih baik dari warna hitam
- tidak cacat
- kadar daging yang boleh dimakan
- dilarang berjual beli
Namun ada perbezaan antara korban dengan akikah
- daging korban di sedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, belum dimasak. sedang daging akikah disedekahkan kepada fakir miskin dan boleh juga kepda orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak kerana menurut hadis: " Menyedekahkan daging akikah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah"
- daging korban tidak disunatkan untuk masaka dengan sesuatu yang manis. Sedangkan akikah sunat dimasak dengan sesuatu yang manis-manis sebagai harapan baik. Mudah-mudahan akhlak dan kelakuan anak itu kelak akan menjadi manis dipandang orang.
- Sebelah kanan kaki belakang sunat disedekahkan kepada bidan yang menyambut dan merawat bayi tadi sebagaimana yang dilakukan oleh Fatimah, puteri Rsulullah SAW.
- Tulang-tulang haiwan akikah disunatkan dipotong-potong pada sendi. Sebabada yang berpendapat, besar kemungkinan tulang anak yang berkaitan akan patah atau remuk jika ada kemalangan. Sedang haiwan korban tidak dilakukan sebegitu.
- Waktu atau masa korban 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Manakala akikah bila-bila masa boleh dilaksanakan.
Tiga perkara yang perlu dilakukan dalam upacara akikah
- Menyembelih haiwan ( dah sebut kat atas)
- Mencukur rambut bayi
- Menamakannya
Pasal cukur rambut pulak...
- Baca Basmallah
- Mula cukur sebelah kanan dahulu kemudian habiskan.
Makruh tinggalkan setompok-setompok rambut atas kepala. Ni dalilnya dari Kitab Nailul Authar hadis dari Nafi' dari Ibn Umar, dia berkata:
نهي رسول الله صلى الله عليه وسلم عن القَزَعِ فقيل لنافعِ ما القزع قال : أن يُحلقَ بعض رأسِ الصبي ويترك بعضٌ
" Rasulullah SAW melarang 'qaza'. Seseorang bertanya kepada Nafi' apakah qaza' tu? Dia menyatakan: qaza' ialah mencukur sebahagian kepala bayi dan meninggalkan sebahagiannya"
Begitu juga larangan wanita dewasa mencukur rambut. Hadis dari NAsai dari Ali Karramallahu wajhah:
نهي رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تَحْلِقَ المرأة رُأُ سها
"Rasulullah SAW melarang wanita (dewasa) mencukur kepalanya"
- sudah cukur...sunat timbang rambut bayi tadi dengan emasa dan perak. nilainya disedekahkan kepada fakir miskin
- Kemudian rambut itu ditanam dalam tanah.
Kalau bayi tu tiada rambut sunat dilalukan pisau cukur atas kepalanya
Cukur bayi lelaki dewasa...hukumnya sunat...
Orang kafir baru masuk Islam ( muallaf ) sunat cukur rambut...
Namakan anak
Selesai cukur..bagi nama kat anak. Sunat hari ke-7 walaupun sudah meninggal dunia. Kena ikut nama yang baik menurut Islam. Orang yang menabalkan nama itu, hendaklah orang soleh.
Sebelum bagi nama, baca ayat ni ( 3 kali )
- surah Yusof ayat 4:
فالله خير حفظا وهو أرحم الراحمين
" Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang"
- surah al-Buruj ayat 20, 21 dan 22:
والله من ورآئِهم مُحِط .
بل هو قرءان مجيد
في لوح محفوظ
" Padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka. Bahkan yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia. Yang tersimpan dalam Lauhul Mahfuz"
- Surah al-Hijr ayat 17 (baca 3 kali)
- Surah al-Mukminun ayat 12, 13 dan 14 ( baca sekali)
Setelah ayat kat atas ni dibaca, sambil pegang kepala bayi , lalu dinamakan dengan mengucap:
سَمَّيْتُكَ بما سمَّكَ اللُهُ بِـــ....ـ
" Ku namakan engkau sebagaimana menamakanmu dengan si....(sebut namanya)"
- kemudian baca Fatihah sekali dan berdoa:
اللهم إِنشأه نشأةً صالحةً, و أحيِهِ حَيَاةً طَيِّبةً, واسعَدْهُ سَعَادةَ الْحُسْنَى , واجْعَلْهُ بَارًا لوالِدَيْهِ غَيرَ عَاقٍ لَهُما, واجعلْهُ مِنَ الصَّالحينَ العَارِفِين العامِلِين, وكُفَّهُ شَرَّ نَظْرَةِ العَينِ و الحَسِدين , وأعِذْه عَنْ خَلْقِكَ أجمعين. ولا تُجوجهه إلا لِوَجهِكَ الكريم. واغفرلوالِدَيه اجمعين. يا رب العالمين
" Ya Allah, jadikanlah dia anak yang soleh. Hidupkanlah dia dengan kehidupan yang baik. Bahagiakanlah dia dengan kebahagiaan yang bagus. Jadikanlah dia berbuat baik ( berbakti) kepada kedua ibu bapanya, tidak derhaka kepadanya. jadikanlah dia termasuk golongan orang-oranh soleh, arif bijaksana dan orang yang beramal. Peliharakanlah dia dari kejahatan pandangan mata dan orang-orang yang dengki. Lindungilah diadari semua makhluk-Mu. Janganlah Engkau jadikan hajatnya selain ke WajahMu yang mulia. Dan ampunilah dosa kedua ibubapanya, semuanya wahai Tuhan Yang Menguasai Sekalian alam"
Nama-nama yang baik
Nama baik ikut agama bukan ikut selera besar kita ni ^_^
Ni hadis riwayat Muslim, Sabda Rasulullah:
إنكم تدعون يوم القيامة بأسمائكم و أسماء آبائكم فحسنوا أسمائكم
" Sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama kamu dan nama-nama bapa-bapa kamu, maka baguskanlah nama-namamu"
Nama paling baik adalah Abdullah dan Abdul Rahman...hehehe...nama adik beradikku.
Rasulullah bersabda :
أحب الأسماء إلى الله عبد الله و عبد الرحمن
"Nama yang paling aku sukai Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman"
***Guna 99 nama Allah...letak Abdul ... maksudnya 'hamba'***
Tapi aku kecewa bila anak luar nikah di 'bin'kan dengan Abdullah...sekarang nama panjang tiga berangkai...tiada 'bin' atau 'binti'. Hati-hati bila tulis nama...letak 'bin' atau 'binti'. Jika tiada ... mungkin anak luar nikah.huhuhu
ok...setakat tu sahaja...
Nak tahu lebih rujuk buku2 agama yea...
~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan