Keperluan adalah seperti berikut:
Ujian Kelayakan
Calon yang ingin melanjutkan pengajian mereka dengan menulis tesis, perlu menduduki serta lulus ujian kelayakan sebelum dibenarkan untuk meneruskan kajian/penulisan tesis. Uji kelayakan adalah penelitian sadangan kajian di hadapan ahli Jawatankuasa Uji Kelayakan. Gagal untuk lulus dalam ujian ini, calon boleh menduduki kembali SEKALI lagi.
Tesis
Setiap calon wajib menyerahkan tesis tidak lebih dari 60.000 kata. (Jumlah perkataan tidak termasuk nota kaki, kutipan, lampiran, formula, jadual, gambar rajah, bibliografi, dll)
- Ijazah Kedoktoran Falsafah
Setiap calon wajib menyerahkan tesis tidak lebih dari 100.000 kata-kata. (Jumlah perkataan tidak termasuk nota kaki, kutipan, lampiran, formula, jadual, gambar rajah, bibliografi, dll)
Penyeliaan Tesis
Setiap calon akan diletakkan di bawah pengawasan Penyelia / Penyelia Utama dan Penyelia Bersama/Jawatankuasa Penyeliaan yang dilantik oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah. Fakulti akan menentukan pelantikan penyelia. Calon wajib menghadiri sesi perjumpaan dengan Penyelia / Penyelia Utama dan Penyelia Bersama/Jawatankuasa Penyeliaan sekurang-kurangnya dua kali sepanjang satu semester. Sesi perjumpaan tidak termasuk perbincangan, baik melalui surat, e-mel mahupun telefon.
Peperiksaan
Calon Sarjana atau Doktor Falsafah, yang menyambung pengajian dengan program secara penyelidikan dan penulisan tesis adalah dikehendaki memenuhi syarat berikut:
- Sebuah tesis perlu diperiksa sekurang-kurangya oleh dua (2) pemeriksa, di mana salah satu dari mereka adalah Pemeriksa Luar.
- Sebuah ujian lisan bagi mempertahankan tesis mereka di hadapan Jawatankuasa Ujian Lisan, akan dilantik dan disahkan oleh Senat. Penyelia adalah dijemput untuk menghadiri pemeriksaan ini untuk mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemeriksa
- Satu laporan dihantar kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan salinan dihantar kepada Ketua Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Lisan.
Penganugerahan Ijazah
Hanya calon bersama-sama dengan laporan peperiksaan lisan yang telah disahkan dan salinan tesis telah diterima akan dipertimbangkan oleh Senat untuk penganugerahan ijazah.
Calon yang menulis tesis mereka dalam Bahasa Arab perlu mendapatkan markah sekurang-kurangnya 500 dalam TOEFL atau Band 5 di IELTS atau Band 4 di MUET atau ujian lain yang setara dan diluluskan oleh Senat bagi tujuan Penganugerahan Ijazah.
Calon yang menulis tesis dalam Bahasa Inggeris perlu mendapatkan markah sekurang-kurangnya 600 dalam TOEFL atau Band 6 di IELTS atau Band 5 di MUET atau ujian lain yang setara dan diluluskan oleh Senat bagi tujuan Penganugerahan Ijazah.
Sekarang permohonan dah ditutup. Tahun depan boleh cuba ^_^
Permohonan online ( klik )
|
KALAU DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM(SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM) MCM MNE KELAYAKAN YG PERLU?
BalasPadamvanila putih:
BalasPadamAnda boleh buka laman web yang disenaraikan di atas. harap boleh membantu
if buat Phd or master di Usim untuk research mode mmg tesis perlu dihasilkan sama ada dlm bhs Inggeris atau bhs Arab shj?
BalasPadamMaaf. Saya hanya kongsi link utk sambung master. Saudarui boleh tanya pihak usim sendiri. Harap maklum.
Padam
BalasPadamSalam
Kepada;
Mereka yang berkenaan
"Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim"
https://forums.alkafeel.net/showthread.php?t=29234
"Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim".
1. Jika Syiah itu sesat atau terkeluar dari agama Islam pada 5.5.1996, apakah kedudukan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu perlu dinilai kembali kerana sebahagian perawinya adalah Syiah?
2. Apakah al-Bukhari dan Muslim juga difatwakan sesat atau tidak boleh dipercayai lagi atau terkeluar dari agama Islam kerana mereka menerima para perawi Syiah?
3. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mewartakan Syiah sebagai sesat pada 5.5.1996.Ini bererti mereka telah menyesatkan sebahagian perawi Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim!
4. Kenapakah mereka mengatasi peranan Allah SWT dalam menentukan definisi seorang Muslim? Adakah mereka lebih pandai daripada Allah SWT?
5. Kenapakah mereka mengatasi peranan Nabi SAW dalam menentukan definisi seorang Muslim? Adakah mereka lebih pandai daripada Nabi Muhammad SAW?
6. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?
7.Tidakkah mereka dipengaruhi oleh fahaman Wahabi Takfiri kerana Wahabi mengkafirkan semua orang Islam selain daripada penganut Wahabi. Sedangkan ketua mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah al-Asyairah, Abu al-Hasan al-Asy'ari berkata: "Kami tidak mengkafirkan seorang pun di kalangan ahli Qiblat" (al-Ibanah, hlm. 10).
8. Justeru, fatwa dan enakmen pengharaman Syiah pada 5.5.1996, hendaklah dibatalkan kerana ia berasaskan mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak(e-fatwa), bukan berasaskan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.
9. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mengeluarkan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996 bagi tujuan mengharamkan Syiah dan menukarkannya dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (sila lihat, SURAT PM di laman.: almawaddah. info).
10. Ia memberi implikasi bahawa mereka telah memertabatkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih tinggi daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW itu sendiri.
11.Justeru, Malaysia bukanlah sebuah negara Islam dari segi undang-undang kerana para mufti dan para penguasa Malaysia tidak mewartakan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996. Sementara Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara Malaysia, bukan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.
https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI