16 Oktober 2010

Bajet oh bajet...


Bajet 2011 akan menumpu kepada empat strategi utama berikut:
  • Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;
  • Kedua : Membangunkan Modal Insan;
  • Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan
  • Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Insentif Penjawat Awam:
  • pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK): Diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun 2011.

  • Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 : bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.  

  • peningkatan kadar bantuan mengurus jenazah:  menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini terhadap penjawat awam dan pesara kerajaan selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. 

  • penambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari ( sama dengan kerajaan Kelantan buat ke?) : dulu cuti 60 hari untuk anak pertama hingga ke-5. Sekarang cuti 90 hari untuk anak pertama hingga ke-3. Kita tertipu ke?Tanya diri yang masih berakal..woha!

  • penyambungan perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) :perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini juga akan disambung untuk tempoh setahun lagi dengan kementerian dan agensi tidak dibenar untuk menambah bilangan PKS baru.

  • menaikkan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA):  elaun bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750 sebulan. Manakala, imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini berkuat kuasa Januari 2011.

  • pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus : diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama.

  • kemudahan memiliki rumah : kerajaan akan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011. Kerajaan juga akan membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik, selain menggandakan kadar pinjaman untuk kerja tambahan rumah kos rendah kepada RM20,000 berbanding RM10,000 bagi Kumpulan Sokongan Dua dan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000.

  • Ketiadaan kadar tol baru selama lima tahun bagi empat laluan lebuh raya kendalian PLUS juga sedikit sebanyak meringankan pengguna utama lebuh raya utara selatan tanah air kita.


~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...