Dekati Islam melalui muzik
NAMA penyanyi Sweden berketurunan Lubnan, Maher Zain, 28, mungkin agak asing buat peminat

dunia seni tanah air tetapi lagunya seperti Thank You Allah mungkin sering didengar.
Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah, Thank You
Allah dan Baraka Allahu Lakuma mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat rekod jualan Platinum sekitar 25,000 unit apabila album pertamanya, Thank You Allah berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu.

Tidak cukup dengan itu, laman web, YouTube yang memaparkan
klip video, Insha Allah nyanyiannya mencatat sejarah tersendiri apabila menerima lebih dua juta pengunjung.

Lagunya menjadi nada dering popular di kalangan remaja Islam, khususnya di Asia Barat dan sering disiarkan di radio tempatan. Boleh dikatakan penyanyi tinggi lampai yang tampil dengan konsep lagu Islam dan mesej kerohanian ini, turut mencetuskan fenomena baru di Malaysia.
Graduan jurusan Kejuruteraan Penerbangan ini memilih untuk membabitkan diri dalam dunia muzik selepas menamatkan pengajian.
Bagi dirinya, muzik sebahagian daripada kehidupannya sejak zaman kanak-kanak lagi. Malah, minat mendalam pada muzik tidak pernah padam sehingga membuatkan dia membabitkan diri sebagai produser muzik.
Dari sisi peribadinya, Maher yang ditemui pada majlis sidang media sempena Maher Zain Save The Soul Showcase di Menara Kuala Lumpur, memaklumkan dia juga seorang insan biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Dia pernah melalui kehidupan gelap kerana terjebak dengan pelbagai gejala negatif disebabkan
tersilap memilih kawan. Namun, mujur Tuhan masih lagi memberi petunjuk untuk berubah.

“Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan yang tersasar daripada landasan Islam. Saya
banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan
minum arak.

“Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi
anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya sering bertengkar dan
bergaduh dengan rakan.

“Begitupun, saya bersyukur kerana diberi hidayah dan tersedar daripada lamunan bahawa saya
sudah tersasar jauh daripada tuntutan Islam. Sejak itu, saya menjadikan muzik sebagai sumber
untuk mendekatkan diri dengan Islam.

“Selepas mendapat peluang bekerjasama dengan rakan produser, RedOne, akhirnya saya
berpindah ke New York. Ketika pulang ke Sweden untuk lawatan jangka pendek, saya berpeluang
bertemu beberapa rakan di masjid yang turut menjadi pendorong untuk saya berkarya dalam muzik.

“Pada pandangan saya, muzik sebahagian daripada kehidupan harian kita. Ketika mempelajari
mengenai Islam dengan lebih mendalam, saya mendapat inspirasi mencipta lagu. Saya juga
mahu menjadikan lirik lagu yang dihasilkan ini sebagai inspirasi kepada pendengar.

“Tidak hanya kepada masyarakat Muslim, malah bukan Muslim juga dapat menerima melodi lagu
yang cuba saya sampaikan. Konsep yang cuba saya ketengahkan menerusi muzik cukup mudah,
ringkas dan mempunyai melodi catchy,” katanya.

Biarpun mengakui perjalanan dalam bidang seni masih baru bermula dengan beberapa perancangan
sedang giat dijalankan, artis bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa Awakening Records
ini berharap penampilan bersama album solo dapat diterima semua peminat muzik.

Tanpa mempunyai sumber inspirasi tetap, dia mengakui banyak mempelajari melodi muzik daripada
produser berpengalaman seperti RedOne yang pernah berkerjasama dengan bintang Hollywood
seperti Lady Gaga dan Kat Deluna.

Menurut Maher, membesar dalam persekitaran dunia Barat cukup mencabar, malah sentimen seperti
Islamofobia yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim tetap ada di
mana-mana. Namun terpulang kepada cara individu atau masyarakat yang menilainya.

“Saya melihat perkembangan Islam di Sweden semakin kuat. Tidak ada unsur diskriminasi atau
paksaan. Masyarakat diberi kebebasan untuk menuntut ilmu. Hampir setiap minggu, ada sahaja
program atau ceramah yang diadakan di masjid. Ajaran Islam cukup menarik dan agama yang
lengkap,” katanya.

Buat julung kali Maher didatangkan khas ke Malaysia untuk menjayakan persembahan Maher Zain
Save The Soul Showcase yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini. Konsert anjuran Raudhatus Sakinah Pusat Bimbingan Remaja
Puteri dengan kerjasama wakil pengedar di Malaysia, Inteamrecords. Difahamkan, pihak penganjur
memaklumkan tiket untuk menyaksikan persembahan solo artis itu sudah habis terjual.

Penampilan menerusi konsert itu sebagai pengenalan buatnya. Kehadiran selain menyempurnakan
majlis pelancaran album, ia juga sebagai peluang bertemu peminat di Malaysia. Berdasarkan sambutan
yang menggalakkan menerusi showcase berkenaan, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan
mempunyai perancangan untuk menjayakan konsert berskala besar pada masa akan datang.

Mengenai perancangan masa depan pula, Maher memberitahu, buat masa ini, dia mahu terus
menghasilkan lagu dengan konsep yang segar dan boleh diterima masyarakat semua peringkat.

Ketika proses menyiapkan lagu untuk album pertama, dia turut mendapat kerjasama daripada pemuzik
bukan Muslim, malah mereka memberi sokongan yang cukup padu untuk berusaha menampilkan
pilihan lagu terbaik.

“Memang saya mempunyai perancangan untuk menghasilkan album kedua selepas ini. Begitupun,
semuanya masih dalam peringkat mengumpul material. Begitupun, saya juga mempunyai beberapa
tajuk lagu yang bakal dirakamkan seperti Ya Allah dan Masya Allah,” katanya yang mendirikan rumah
tangga pada Jun, tahun lalu.

Sememangnya kunjungan ke Malaysia buat julung kali turut memahatkan memori indah buatnya.
Selain melebarkan sayap seni di rantau Asia, ia juga peluang buatnya mengenali budaya masyarakat
Malaysia.

Maher turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis antarabangsa pertama yang menerima
tajaan kereta Proton Persona untuk kegunaan harian sepanjang dua minggu kunjungannya ke Malaysia.

Ternyata sentuhan muzik yang disampaikan Maher berbeza daripada artis Muslim seperti Yusuf Islam
dan Sami Yusof. Begitupun, mereka memperjuangkan mesej kerohanian yang sama. Ia turut diakui
Maher, menyifatkan Yusuf dan Sami melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik iaitu menyampaikan
mesej menerusi lagu.

Selain menjayakan persembahan, Maher juga terbabit dalam beberapa aktiviti promosi dan jelajah. Dia
juga dijadualkan menjayakan persembahan amal Maher Zain Save A Soul anjuran Islamic Information
& Services Foundation di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 12 Oktober jam 8 malam.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Noraini 03-42604160 atau 0133654829, Rosmalina 03-42518792 atau
019-2240995.
019-2240995.
PROFIL
Nama sebenar: Maher Zain
Tarikh lahir: 1982
Tempat lahir: Lubnan
Umur: 28 tahun
Status: Berkahwin
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
Label: Awakening Records
Album: Thank You Allah (2009)
Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir)
Thank You Allah (Terima Kasih Allah)
I was so far from you (Aku sangat jauh dariMu)
Yet to me you were always so close (Namun bagiku, Kau selalu dekat)
I wandered lost in the dark (Aku berjalan...hilang dalam kegelapan)
I closed my eyes toward the signs (Aku tutup mata terhadap dosa tu)
You put in my way (Kau letak di jalan ini)
I walked everyday (Aku berjalan setiap hari)
Further and further away from you (Lebih banyak dan lebih jauh dariMu)
Ooooo Allah, you brought me home (Ooooo Allah, Kau membawaku pulang)
I thank You with every breath I take.(Aku berterima kasih kepadaMu dengan setiap nafas
yang saya ambil)
yang saya ambil)
Alhamdulillah, Elhamdulillah (الحمد لله, الحمد لله)
All praises to Allah, All praises to Allah (Mari semua memuji Allah, semua memuji Allah)

All praises to Allah, All praises to Allah. (Mari semua memuji Allah, semua memuji Allah)
I never thought about (Aku tidak pernah berfikir tentang)
All the things you have given to me (Semua hal yang telah diberikan kepadaku)
I never thanked you once (Aku tidak pernah mengucapkan terima kasihMu sekali)
I was too proud to see the truth(Aku terlalu bangga melihat kebenaran)
And prostrate to you (Dan bersujud kepadaMu)
Until I took the first step And that’s when you opened the doors for me (Dan saat itulah Kau
membuka pintu bagiku)
membuka pintu bagiku)
Now Allah, I realized what I was missing (Sekarang Allah, aku menyedari apa yang telah hilang)
By being far from you. (Dengan menjadi jauh dariMu)
Alhamdulillah, Elhamdulillah (الحمد لله, الحمد لله)
All praises to Allah, All praises to Allah (Mari semua memuji Allah, semua memuji Allah)
Alhamdulillah, Elhamdulillah (الحمد لله, الحمد لله)
All praises to Allah, All praises to Allah. (Mari semua memuji Allah, semua memuji Allah)
Allah, I wanna thank You (Ya Allah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepadaMu)
I wanna thank you for all the things that you’ve done (Aku ingin mengucapkan terima kasih untuk
semua hal yang telah Kau lakukan)
semua hal yang telah Kau lakukan)
You’ve done for me through all my years I’ve been lost (Kau telah lakukan untukku melalui tahun-
tahun yang aku hilangkan)
tahun yang aku hilangkan)
You guided me from all the ways that were wrong (Kau membimbingku dari semua cara yang salah)
And did you give me hope (Dan adakah Kau memberiku harapan?)
O Allah, I wanna thank you (Ya Allah, Aku ingin mengucapkan terima kasih)
I wanna thank You for all the things that you’ve done (Aku ingin berterima kasih kepada Kau untuk
semua hal yang telah Kau lakukan)
semua hal yang telah Kau lakukan)
You’ve done for me through all my years I’ve been lost (Kau telah lakukan untukku melalui tahun-
tahun yang aku hilangkan)
tahun yang aku hilangkan)
You guided me from all the ways that were wrong (Kau membimbingku dari semua cara yang salah)
I wanna thank You for bringing me home (Saya ingin berterima kasih kepadaMu untuk membawaku
pulang ke jalan yang asal)
pulang ke jalan yang asal)
Alhamdulillah, Elhamdulillah (الحمد لله, الحمد لله)
All praises to Allah, All praises to Allah (Mari semua memuji Allah, semua memuji Allah)
Alhamdulillah, Elhamdulillah (الحمد لله, الحمد لله)
All praises to Allah, All praises to Allah. (Mari semua memuji Allah, semua memuji Allah)
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009
p/s: terjemahan sendiri...jika salah tolong betulkan
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DekatiIslammelaluimuzik/Article & youtube

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan