22 November 2010

Mahram...Muhrim?

Facebook menjadi perantaraan atau perhubungan yang mudah. Dulu aku antara orang yang pernah memboikot laman fb ini. Pernah 'delete' secara 'total'. Kemudian aku buka semula dengan azam yang baru. Untuk tujuan 'baik' sahaja. Setakat ini, semua pelajar yang masih belajar denganku tidak akan dijadikan 'friend' kerana sebab tertentu. Maaf. itu sahaja yang mampu aku sebut dan tulis.

Semalam aku dapat 'message' dari pelajarku dari Fb. Bertanya tentang perbezaan mahram dan muhrim. Aku 'blurr' sekejap. Mungkin pelajarku pernah mendengar perkataan ni dari mulutku atau pembacaan. Pelajar pintar. Apa yang ditulis dalam buku teks tidak diingati tapi apa yang keluar dari mulutku semua diingati. Kadang-kadang ditulis dalam kertas peperiksaan.


Kembali kepada persoalan Muhrim. Dalam masyarakat melayu, ia dikenali sebagai orang yang haram berkahwin dengan anda, saya atau seseorang yang digelar orang Islam. Aku tak tahu kenapa perkataan ini tersalah pinjam dalam bahasa melayu. Mungkin tersilap baris? Tok guru tersilap sebut? Tetapi dalam bahasa arab 'muhrim' dimaksudkan 'orang yang melakukan ihram haji atau umrah.

Mahram pula dalam bahasa arab dimaksudkan 'orang yang haram dikahwini'. Apabila bersentuhan kulit antara mahram tidak terbatal wudu'. Mereka boleh bersalaman. Begitu juga perbezaan aurat perempuan dihadapan mahramnya.

Siapakah mahram perempuan bagi seorang lelaki? Jadi lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang aku senaraikan dibawah ini. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini dalam Islam dibahagikan kepada dua kategori:

1. Haram Mu'abbad / haram selama-lamanya. 

2. Haram Mu'aqqat / Haram sementara.

**********

Bagi kategori pertama.

Perempuan yang haram dikahwini selamanya terbahagi kepada tiga pula iaitu:

1. Yang ada keturunan / nasab.

2. Ada hubungan susuan / rada'.

3. Ada hubungan Musaharah / persemendaan (sebab kahwin. contohnya ibu mertua)

**********

Kumpulan yang ada hubungan nasab atau kekeluargaan atau keturunan:

1. Ibu kandung.

2. Anak perempuan.

3. Saudara perempuan kandung (seibu sebapa). Termasuk saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu.

4. Anak perempuan dari saudara lelaki. Termasuk  anak perempuan  dari saudara lelaki sebapa dan seibu.

5. Anak perempuan dari saudara perempuan.

6. Ibu saudara sebelah ibu.

7. Ibu saudara sebelah bapa

cari dalil dlm surah An-Nisa' ayat 23.

**********

Kumpulan dari hubungan penyusuan.

1. Ibu susuan.

2. Saudara perempuan susuan.

3. Anak perempuan dari saudara lelaki susuan.

4. Anak perempuan dari saudara perempuan susuan.

5. Ibu saudara perempuan susuan sebelah ibu.

6. Ibu saudara perempuan susuan sebelah bapa.

7. Anak perempuan susuan.

Firman Allah SWT:
Diharamkan atas kamu berkahwin dengan ibu susuan kamu dan saudara-saudara perempuan susuan kamu
Sabda Rasulullah SAW:
يُحرمُ من الرَّضاعةِ ما يُحرمُ من النَّسبِ
Maksudnya:
Haram dengan sebab susuan (sebagaimana) sesuatu yang haram dengan sebab keturunan 
**********
Kumpulan dari hubungan persemendaan.


1. Ibu mertua.


2. Anak tirinya.


3. Ibu tirinya.


4. Menantunya 

**********
Kategori kedua.


Haram kahwin sementara waktu:


1. Saudara perempuan isterinya.


Sabda Rasulullah SAW:
 مَلعُونٌ من جَمَعَ ماءه فى رَحمِ أخْتَينِ
Maksudnya:
Dilaknat orang yang mengumpul airnya ke dalam rahim dua orang perempuan bersaudara
Firman Allah SWT:
وأن تجمعوا بين الأختين إلا ما قد سلف
Ertinya:
Dan diharamkan ke atas kamu mengumpul dua beradik sekali (untuk dijadikan isteri-isteri kamu) kecuali yang telah berlaku pada yang lalu
2. Saudara perempuan bapa mertua dan saudara perempuan ibu mertua.


Sabda Rasulullah SAW:
لا يُجمَعُ المراءةُ و عمَّتُها ولا بينِ المراءةِ وخالتِها
Maksudnya: 
Tidak boleh dikumpulkan antara seorang perempuan dengan ibu saudaranya sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu.
3. Berlainan agama. Dia hanya harus dikahwini setelah memeluk Islam.


Firman Allah SWT (al-Baqarah ayat 221):
ولا تنكحوا المشركــت حتى يؤمن ولأمة مؤمنة خير من مشركةٍ ولو أعجبتكم
Maksudnya :
Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (iaitu memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
4. Berkahwin lebih daripada empat orang isteri kecuali setelah diceraikan salah seorang daripadanya dan 'iddahnya sudah tamat atau sudah meninggal dunia. Apabila ia telah meninggal dunia atau diceraikan oleh suaminya, halal lah kepada suami berkahwin dengan isteri kelima (ini yang mengatakan suami juga ada 'iddah)


5. Perempuan yang masih isteri orang.


6. Perempuan yang masih dalam 'iddah suaminya.


7. Perempuan yang dicerai dengan talaq tiga. Suaminya tidak boleh mengahwininya melainkan setelah berkahwin dengan suami baru, melakukan persetubuhan dan diceraikan oleh suaminya itu serta telah tamat tempoh 'iddahnya. 

Rujukan :
1. Dirasat fil Fiqhu Syafie.
2. Pemantapan Sistem kekeluargaan oleh Dr Basri Ibrahim.

P/s: ini kira aku copy paste dari buku. Sebab diri ini masih belajar dan bukan alim ulama'. Jika silap terjemah bagitau yea.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...