25 Januari 2011

Tangan Anugerah Tuhan.

Mereka berkata: Tangan anugerah Tuhan,
Mengajar manusia tentang peradaban,
Mendidik anak bangsa yang kehausan.

Tangan yang menadah doa memohon keberkatan,
Tangan yang menulis undang-undang dan peradaban,
Tangan juga memahat sejarah kehidupan,
Buat tatapan dan panduan.

Tangan yang membinasakan,
Menulis surat layang dan tohmahan,
Tangan yang menghancurkan.

Kehidupan dan peradaban,
Tangan yang merasuah, lupa halal haram,
Tangan yang terlupa mengambil haknya.

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima,
Tangan yang menghulurkan salam,
Menyambunbg silaturrahim sesama insan,
Tangan yang menghayun buaian juga bisa menggoncang dunia,

Dan...
Tangan yang mengamit, memamnggil aku ke sini,
Dan tangan yang menegah,
Isyarat...
"Saya perlu berhenti!"

SUMBER: Strategi Pengajaran Guru Cemerlang bab 1 oleh: Azizul Rahman Abdul Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...