Pada harta?
pada duit?
pada pengkhianatan?
pada menyekat rezeki orang lain?
لِّلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي
الْأَرْضِ وَإِن تُبْدُوا مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ
تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿البقرة: ٢٨٤﴾
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Ingatlah, rezeki Allah ini luas. Jika kita sekat rezeki orang, sudah tentu Allah lebih berkuasa menyekat rezeki kita. Jangan ingat rezeki kita yang datang bergolek tanpa kerja, akan membuatkan kita bahagia. Semua itu akan disoal. Dari mana ia datang dan bagaimana dibelanjakan.
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
﴿البقرة: ١٠﴾
"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)"Jika kita membuat sesuatu yang buruk terhadap orang lain, sudah tentu hati kita akan merana. Perasaan yang tidak puas. Hingga membuatkan orang lain papa kedana dan terseksa. Allah akan tambah sakit dalam hati kita
Begitu juga keaiban orang. Jika kita hina atau mengaibkan seseorang, Allah akan buka keaiban kita. Bukan di akhirat sahaja, bahkan di dunia dah ditunjukkan. Jika kita menyembunyika keaiban orang lain, insya Allah, Allah akan menjaga keaiban kita.
Jika manis dimulut tetapi sakit di hati...hasilnya akan nampak pada riak wajah dan perbuatan kita. Semoga kita mendapat pengampunan dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan