17 Mac 2011

Saat Tsunami Melanda...& Rahsia Allah.

Malam Jumaat. Hari Jumaat 12/3/2011. Jepun dilanda gegaran 8.9 skala ritcher dan mencetuskan tsunami. Bangunan berliut-liut seperti pohon buluh ditiup angin. Kereta api bawah tanah lenyap begitu sahaja tanpa pesanan atau sms. Mangsa korban terus bertambah. Apa perasaan kita jika berada di sana?



Jika saat dikir barat dilaksanakan tsunami melanda dan menenggelamkanku...siapa yang dapat menolongku?

Jika malam itu aku lena dibuai mimpi indah dalam bilik penghawa dingin dan pelajar-pelajarku sibuk menunaikan qiamulail dengan kerelaan hati ...tiba-tiba tsunami menghempas pantai berhampirku, apa yang akan aku jawab dihadapan Allah tentang keadaanku malam kejadian?

Malam itulah terjadinya tsunami di Jepun. Walaupun mereka mempunyai teknologi yang moden, kuasa Allah tiada tandingannya. Kita tidak mampu melawan kehendak Allah. Letupan di logi nuklear, siapa yang mampu menahannya?Subhanallah!

Bagi aku tak perlulah buat statement pasal 'tidak mengambil pemuliharaan rumah hijau' (alaihai Datin) jika Allah kata tsunami itu berlaku di Malaysia...ia tetap akan berlaku. Ia bukan sebab pembinaan logi nuklear atau sebaliknya. Jangan jadi orang 'kurang akal'. Gunakan ilmu yang Allah anugerahkan dengan sebaiknya.

'Gambar: jadi bahan lawak salah satu akbar tempatan'

Sekarang salji meliputi Jepun. Mereka memerlukan bahan bakar untuk memanaskan diri. Tetapi kita berlebihan menggunakan bahan bakar. Kita golongan pembazir. Tidak menggunakan segala kemudahan yang ada. Sengaja mengada-adakan sesuatu yang kita tidak mampu kita capai.

Aku nak kongsi sedikit ilmu dari usrah yang dibuat oleh Ustaz Ridzuan Hashim berkaitan kitab tafsir surah as-sajadah.  Ada 5 perkara yang menjadi rahsia Allah.

1. علم الساعة : tentang berlakunya hari kiamat. Hatta Nabi Muhammad SAW pun tidak tahu.

2. Bila hujan nak turun. Walaupun ada ramalan cuaca mengenai banjir di pantai timur. Rupa-rupanya banjir teruk di Johor. (mungkin kerana mempersendakan perempuan bersalam menggunakan sarung tangan. Wallahua'lam). Begitu juga dengan tsunami atau gempa bumi.

3. يعلم ما في الأرحام : Janin dalam rahim ibu. Ini bukan bermakna menidakkan teknologi moden mengenai keadaan janin normal atau tidak. Perempuan atau lelaki. Tetapi yang dimaksudkan di sini adalah bila lahirnya, bila ajalnya, bila rezekinya dan bila jodohnya. Selepas tempoh 4 bulan, malaikat akan catat semua itu mengikut arahan Allah.

4. ماذا تكسب غدا : ِ Apa yang berlaku pada keesokan hari. Sebab itu Allah tidak suka orang yang menangguhkan kerja.

5. وما تدري نفس بأي ارض تموت: Tempat mana kita akan mati kita tak tahu walaupun liang lahad atau kubur telah ditempah awal-awal. Mungkin mati dalam perjalanan. mungkin mati di Mekah atau Madinah. Atau mati dalam keadaan sujud di masjid. Hanya Allah yang tahu. Malaikat tunggu arahan sahaja.

Hadis riwayat Ibnu Abi Hatim :
"ما من بيته فيه أحد من أهل الدنيا إلا وملك الموت يقوم على بابه كل يوم سبع مرات ينظر هل فيه أحد أمر أن يتوفاه"
Maksudnya lebih kurang macam ni la:
"tidak ada seseorang pun dalam rumah bagi ahli dunia ni akan terlepas dari malaikat maut. Malaikat maut (izrail) akan berdiri di pintu rumahnya sebanyak 7 kali untuk melihat adakah dalam rumah ni ada seseorang yang perlu dicabut nyawa pada hari itu"
Aku harap penduduk Jepun bersabar dan tabah menghadapinya. Takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam bencana ini.

Moga kita istiqamah dalam membuat amal kerana ajal kita hanya Allah sahaja yang tahu. wallahua'lam ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...