18 Mac 2011

Gangguan dan Wudu'

Sepanjang cuti ini, aku sempat berkunjung ke Darul Syifa'. Sempat mengutip mutiara ilmu dari Ustaz yang bertugas. Aku sakit? hahaha...tak semestinya pergi ke sana kerana sakit kan...

Antara tip yang aku perolehi adalah cara mandi. Kita perlu mengetahui cara mandi yang betul. Jika tidak badan akan terasa lesu dan mudah pening kepala. Mandi mestilah bermula dari bawah. Bermula dari kaki hingga ke atas supaya wap dapat keluar melalui ubun-ubun kepala sedikit demi sedikit.

Sebelum tidur...apa yang biasa kita lakukan? Adakah terus pejam mata dan terlena?

'gambar: tidur gaya bebas geng syaitan'

Manusia berasal dari  tanah dan air. Apabila kita tidur roh akan keluar dari jasad dan terbang ke mana-mana sahaja. Sebab itu Rasulullah mengajar kita sebelum tidur, kita hendaklah berwudu'. Wudu' dan jasad akan bersatu semasa kita tidur dan roh masih melekat pada badan. Faham tak?huhuhu...susahnya nak terangkan..

Kemudian tidur atas rusuk kanan untuk mengelakkan sebarang gangguan dari makhluk yang tidak dapat dilihat. Jika kita tidur mengadap ke atas kita mudah 'ditindih'. Tidur meniarap, tidur gaya kuak syaitan. hihihi
Tidur meniarap ni mudah sakit jantung atau lemah jantung.

Mereka akan masuk melalui lubang besar iaitu ubun-ubun kepala, dan dua tapak kaki. Lubang kecil pula adalah dua lubang telinga dan lubang hidung.

Selepas berwudu' dan sebelum tidur kita perlu baca ayat kursi dan tiga qul (surah al-ikhlas, surah al-alaq dan surah an-Nas) bukan baca qul qul qul  yea.hehehe...baca semua itu sebanyak 3 kali dan hembus ke atas tapak tangan dan sapu seluruh badan termasuk melalukan tangan di bawah tapak kaki.

Hadis dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: 
“Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” 
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Tidur awal supaya bangun awal. Mudah nak buat ibadat ni ^_^

Haaa...satu lagi.

Jika kita bermimpi buruk jangan diceritakan kepada orang lain kecuali untuk perubatan. Hal ini kerana dibimbangi akan berlaku sebagaimana dalam mimpi.

Jika mimpi buruk, kita bangun dan ludah (isyarat je...jangan ludah betul2) ke kiri  dan baca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. Bangun solat tahajut dan solat hajat supaya terhindar dari mimpi itu. Kemudian alihkan tempat tidur dan baca sebagaimana yang telah di sebut tadi.

Diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: 
“Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya”. 
(Riwayat Bukhari Muslim)


SUMBER: Perubatan Darul Syifa' & hadis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...