08 April 2011

Bacalah Maka Anda akan....!

Terbaca dalam majalah Solusi yang ke-30. Sambil tunggu pelajar-pelajarku 'game' bola tampar. Rasa bosan juga kalau tunggu tanpa ada penambahan ilmu. Nampak majalah solusi ni terus aku pinjam sekejap. Banyak input positif yang dapat dijadikan pengajaran. Kadang-kadang 'kena' pada diri sendiri. huhuhu

Aku nak kongsi sedikit kata-kata ulama' yang sempat aku tulis dalam 'note' handset sony ni.

Kata Ibnu Hajar Al-Asqalani yang ditulis dalam kitab Fathul Bari:
"Apabila orang yang baru belajar telah maju ke hadapan (teringin nak jadi tokoh besar), maka terluput ilmu yang sangat banyak"
Kata cendikiawan dalam tulisan Fatimah Syarha:
"Sesiapa yang akalnya bukan merupakan sesuatu yang dominan, maka dia akan mati dan binasa kerana sesuatu yang paling dicintainya"
Kata Wahab bin Munabbih:
"Syaitan berasa paling sulit jika menghadapi oarang mukmin yang berakal. Dia boleh menarik hidung 100 orang bodoh, mengarahkan mereka malah menunggang mereka di atas bahu mereka lalu mereka ke mana pun yang dia kehendaki. Syaitan benar-benar berasa sulit apabila berhadapan dengan orang mukmin yang berakal hingga syaitan tidak mendapat apa-apa hasil pun"
Baca selanjutnya dalam majalah solusi edisi 30.

Majalah Solusi Edisi 30
'beli di SINI'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...