09 April 2011

Letupan Gamma...Saintis Dah Pening.



LETUPAN selama 11 hari di sebuah galaksi di angkasa lepas membinggungkan para saintis.



LOS ANGELES - Letupan kosmik di galaksi yang jauh dari Bumi berlanjutan selama 11 hari telah membuatkan para saintis astronomi berada dalam keadaan kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.
Keadaan itu berlaku kerana letupan sinar Gamma biasanya berlaku hanya beberapa jam.
Letupan Gamma luar biasa itu dirakamkan satelit Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada 28 Mac lalu.
Namun, para saintis bingung kenapa kesannya boleh berlanjutan begitu lama.
Lebih seminggu kemudian, mereka masih boleh melihat radiasi berkuasa tinggi terus muncul dari galaksi tersebut. Letupan itu mungkin disebabkan oleh sebutir bintang yang terpecah selepas berada terlalu hampir dengan satu lohong besar di angkasa lepas.
Sejak ia berlaku, Teleskop Angkasa Hubble dan Balai Cerap Chandra X-ray memberi fokus terhadap kesan letupan itu.
Hubble akan memantau sama ada kerak galaksi akan berubah tahap kecerahannya pada tempoh beberapa hari lagi.
Galaksi itu terletak 3.8 bilion tahun cahaya dari Bumi. Setiap tahun cahaya dianggarkan sejauh 9.65 trilion kilometer. - Agensi

>>>>>>>Cuba perhatikan ayat Allah ini.

Al-Quran, Surah Ad-Dukhan 44: Ayat 38-42


وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ [٤٤:٣٨]
 
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;[38]


 مَا خَلَقْنَاهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ [٤٤:٣٩]

Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).[39]



إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ مِيقَاتُهُمْ أَجْمَعِينَ [٤٤:٤٠]

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun; [40]



يَوْمَ لَا يُغْنِي مَوْلًى عَن مَّوْلًى شَيْئًا وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ [٤٤:٤١]


Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), [41]




إِلَّا مَن رَّحِمَ اللَّهُ ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ [٤٤:٤٢]

Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. [42
SUMBER: kosmo , Zekr.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nabi Musa siri 1

Dalam surah al-Qasas ini Allah ingin memberitahu kita sebagai hambanya tiada kekuatan tetapi Dialah yang berkuasa ke atas segala-galanya ter...