02 April 2011

Jijik Sangat ke....?

Apa yang menyakitkan mata bila tengok pakaian aku ni? Perlu ke aku jadi seperti orang lain. Jika kamu tak boleh nak pakai, jangan halang aku memakainya. Walaupun aku berpakaian begini, tak semestinya aku ini akan jadi malaikat. Oh, tidak. Aku tetap manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan.

Aku baru terbaca cerpen ini. Senyuman terukir apabila 'ending' yang baik. Suasana di kawasan sekeliling aku ini mengundang pelbagai reaksi. Entah la...Tidak perlu aku ambil tahu. Biar la aku dengan prinsipku ini. Moga aku masih beristiqamah meneruskannya.

Kenapa pakaian aku dipersoal? Sedang pakaian yang tidak cukup kain dan 'balut nangka' itu dibiarkan. Beberapa mata ratah menatap. Mula ber'imaginasi'. Perkara ini tidak dipersoalkan.

'Gambar ini...apa pendapat korang?'

Jika aku di padang dengan pakaian aku, ia juga di anggap salah. Cukuplah aku mengambil cerita Lukmanul Hakim bersama anaknya. Padahal aku bukan jurulatih atau pemain. Jika aku pemain atau jurulatih pun, aku tetap dengan caraku. Jika tidak suka aku, korang akan mencari kesalahanku...semua yang aku buat, semua salah baginya. Tidak perlu menjaja cerita supaya semua orang membenci aku. Cukuplah aku tidak melanggar perintah Allah.

Jika aku tidak boleh bercakap secara baik...adakah salah aku mem'perli'?. Memang akan menyakitkan hati. Umpama 'siapa makan cili, dia kan terasa pedasnya'. Jika aku cakap secara baik, kamu seolah mempermainkan kata-kataku ini. Kesabaranku juga ada hadnya sebab aku masih manusia biasa. Bukan nabi.

Aku antara orang yang susah dipengaruhi. Aku susah mengikut 'kepala' seseorang jika aku tidak nampak apa yang berlaku. Adakah aku tidak boleh menilai sendiri apa yang berlaku disekelilingku? Adakah aku ini di anggap anak kecil yang perlu mengikut kehendak seseorang?Ya, aku memang 'orang baru'. Aku tidak semestinya mengikut seseorang membabi buta sahaja. Aku perlukan hujjah yang kukuh dan tidak melanggar syariat.

Mungkin korang faham apa yang aku maksudkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...