Kerana 'gian' ke cybe cafe seorang anak sanggup menjadi penderhaka. Mencuri duit ibu bapa. Sanggup memukul ibu yang mencari duit ibarat 'kais pagi makan pagim, kais petang makan petang'. Jika terhadapa ibu bapa mereka sanggup derhaka, guru apatah lagi. Tiada rasa hormat. Tidak menghargai ilmu yang diberi malah sanggup berkata sesuatu yang hina dihadapan guru.
Jika dihadapan berwajah polos tapi dibelakang mereka sudah ada 'buah hati'. Umur belasan tahun menumbuhkan rasa 'bahagia'. Yang paling tidak masuk dek akal, mereka sanggup membuat onar di semak samun, di rumah kosong malah di atas motor.
Salah siapa jika anak-anak menjadi Iblis?Adakah ini balasan terhadap dosa ibu bapa mereka yang lalu? Atau kelekaan ibu bapa mencari harta duniawi?
Al-Hakim berkata:
"Aku amat hairan kepada ibu bapa yang mengajara anaknya tentang peperangan, kekerasan, balas dendam dan sebagainya. Sedangkan dia sama sekali tidak mengajarnya tentang kasih sayang, ramah mesra, lemah lembut, dan segala kebaikan. Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak mampu hidup bahagia tanpa kasih sayang sekalipun ia memiliki apa yang diinginkan di dunia ini daripada harta dan sebagainya," [Jawami' Fi al-Adab Fi Akhlak al-Anjabi:47]Terdapat beberapa adab yang patut dipatuhi dalam mendidik mengikut ajaran Islam yang sebenar.
1. Memilih isteri yang solehah.
Suami atau isteri yang baik akan melahirkan generasi yang baik. Pilihlah isteri yang beriman kepada Allah, berakhlak mulia dan sopan santun, daripada keluarga yang baik. Pilihan yang baik dan tepat amat dituntut bagi setiap individu muslim supaya kehidupan anak cucunya juga baik.
2. Mengharapkan pahala
Memberi nafkah mesti dari sumber yang halal lagi baik. Luangkan masa dan mengorbankan usaha mendidik anak-anak dengan penuh ikhlas kerana Allah. Semoga segalanya akan mendapat ganjaran pahala oleh Allah berdasarkan hadis Rasulullah yang berbunyi:
عن أبي مسعود رضى الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أنفق الرجل على أهله نفقة يحتسبها كانت له صدقة (رواه البخارى ومسلم
"Daripada Abi Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) kepada ahli keluarganya nafkah dengan mengharapkan pahala, maka ia merupakan sedekah baginya"Hendaklah membelanjakan nafkah kepada anak-anak dengan cara memadai tanpa membazir atau boros. Boros atau terlebih akan melahirkan anak-anak yang akan melahirkan insan yang sombong dan membazir. Manakala terlalu sedikit akan melahirkan insan yang meminta-minta kepada orang lain. Berbelanjalah sekadar kemampuan.
3. Perintahkan anak-anak untuk solat
Ajarkan anak-anak untuk solat pada usia 7 tahun dan memukulnya dengan pukulan yang dapat mendidik pada usia 10 tahun. Hadis Rasulullah SAW bermaksud:
Daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW bersabda:"Ajarkalah anak-anak kamu supaya solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka pada usia 10 tahun dan asingkan tempat tidur dikalangan mereka (antara perempuan dan lelaki)" [Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
[Surah al-Tahrim ayat 6]
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"Ajarkanlah anak-anak cara untuk solat dengan sempurna dan memerintahkan mereka solat sejak kecil. Janganlah ibu bapa cuba mereka-reka alasan mengatakan anak-anak masih kecil lagi atau mudah-mudahan ia akan solat bila sudah besar nanti tanpa menyuruh mereka semasa kecil.
Ajarkanlah dan suruhlah mereka solat sejak kecil lagi semoga perkara demikian memudahkan dan membiasakan diri mereka solat apabila dewasa kelak.
Adaklanya ibu bapa kasihan mengejutkan anak-anak untuk solat tapi sifat kjasihan tidak timbul bila mengejutkan mereka dari tidur untuk makan.
4. Mendidik mereka dengan akidah yang betul
Memastikan anak-anak dididik atau disemai dengan akidah yang benar bertepatan dengan ajaran Islam sebenar. Pastikan mereka berpegang teguh dengan akidah yang kukuh berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Hiasi diri mereka dengan dengan hubungan kukuh dengan Allah dalam semua perkara daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.
Setiap perkara dirujuk kepada Allah dan sentiasa memohon pertolongan kepadaNya, memohon penjagaan dan sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai ghulam (budak), Aku ingin mengajarkan kamu beberapa perkara:" berpegang teguhlah kepada Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu. Apbila memohon sesuatu, maka pohonlah kepada Allah. Apabila meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah sekiranya umat manusia berkumpul untuk memberi kebaikan kepadamu dengan sesuatu, tidak dapat memberi faedah kepada kamu kecuali dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan sekiranya mereka berkumpul untuk memberi mudharat kepadamu dengan sesuatu, maka tidak dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu. Sesungguhnya segala telah ditetapkan dan ia tidak boleh diubah lagi" [diriwayatkan oleh Ahmad, Tarmizi dan Hakim]Demikianlah Rasulullah SAW berusaha untuk menanam akidah yang betul kepada kanak-kanak supaya ia hanya menyembah Allah dan meminta pertolongan hanya kepadaNya. Allah sahajalah yang sepatutnya disembah dan tiada Tuhan selain Allah. Baginda juga mengajarkannya tentang beriman kepada Qada' dan Qadar.
Ajaran sedemikianlah yang sepatutnya diajarkan kepada anak-anak semenjak kecil supaya apabila , besar nanti mereka benar-benar berpegang teguh dengan akidah yang benar.
5. Didik mereka dengan akhlak terpuji
Akhlak mulia adalah bekalan bagi setiap manusia. Dengannya mereka akan dipandang mulia dan dihormati. Dengannya segala amalan akan diterima oleh Allah. Tanpanya kita akan mendapat kesengsaraan kepada manusia sama ada di dunia atau di akhirat.
Rasulullah berusaha membentuk kanak-kanak dengan akhlak yang mulia sebagaimana pada suatu ketika baginda SAW melihat Umar bin Abi Salamah (masa kecil) menggerakkan tangannya dengan tidak beradab ketika makan lalu Rasulullah bersabda:
Daripada Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "wahai budak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu" [riwayat Bukhari dan Muslim]Demikianlahcontoh yang ditunjukkan oleh baginda SAW dengan mendidik kanak-kanak semenjak kecil lagi dan menanamkan kepada mereka akhlak yang mulia. Kebanyakan ibu bapa sekarang tidak mengambil berat terhadap akhlak anak-anak mereka yang mulia. Mereka membiarkan anak-anak mereka mempelajari sendiri dengan kata-kata "Mudah-mudahan ia akan mempelajarinya apabila ia dewasa nanti". Kata-kata ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia.
Didikan semasa kecil dapat memberikan faedah yang amat besar kepada anak-anak. Ini kerana mereka akan merasa malu untuk mempelajari ilmu agama apabila mereka dewasa nanti. Usia muda juga dapat membentuk diri seseorang itu dengan berbaik berbanding dengan usia yang tua.
6. Memisahkan tempat tidur
Berusaha sedaya upaya untuk memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka menjangkau usia 10 tahun. Kebanyakan manusia meremehkan adab ini sedangkan ia adalah perintah daripada agama Islam yang mulia. Memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan dapat menghindari daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di antara mereka semasa tidur.
Pastikan mereka tidur dalam keadaan yang sempurna dalam segenap segi sama ada dari sudut pakaian, kedudukan dan sebagainya. Tidak membiarkan mereka tidur dalam satu selimut antara sesama lelaki. Hadis Rasulullah berbunyi:
Rasulullah SAW bersabda: "Asingkan diantara mereka daripada tempat tidur" [riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim dan al-Baihaqi]Anak-anak akan membesar dan segalanya akan berubah berbanding semasa mereka masih kecil. Kemahuan mereka, perasaan mereka, perasaan, hubungan dan sebagainya akan berubah bila mereka dewasa. Oleh yang demikian, Islam telah memerintahkan umat Islam khususnya kepada kedua-dua ibu bapa supaya mengasingkan antara lelaki dan perempuan apabila mereka dewasa.
7. Adil terhadap anak-anak
Sentiasa berlaku adil terhadapa anak-anak sama ada berkaitan dengan pemberian, nafkah, muamalah, didikan dan sebagainya. Tidak melebihkan di antara mereka dalam memberikan kasih sayang, pemberian dan sebagainya. Dengan membezakan antara mereka akan melahirkan dengki dan permusuhan dikalangan mereka. Hubungan di antara mereka akan renggang dan akan melahirkan rasa tida puas hati terhadap kedua ibu bapa mereka.
Cara demikian adalah termasuk dalam kategori melakukan kezaliman terhadap anak-anak. Hindarilah daripada melakukan perkara demikian demi kebaikan bersama bagi mencapai keredhaan Allah dalam segala perkara. Rasulullah bersabda dalam hadis yang bermaksud:
Daripada An-Nukman bin Basyir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berlaku adillah kepada anak-anak kamu" [riwayat Bukhari dan Muslim]Anak-anak diperintahkan supaya menghormati kedua-dua ibu bapa bagi setiap suruhan mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, ibu bapa diperintahkan supaya adil terhadap anak-anak mereka tanpa melebihkan di antara mereka. Membezakan di antara mereka akan mendatangkan kecelakaan dan permusuhan sebagaimana yang berlaku kepada Nabi Yusuf a.s. dengan adik beradiknya seperti yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran.
8. Berlemah lembut dengan anak-anak
Muamalah dengan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan berlemah lembut dengan mereka. Bergurau senda, menghampiri mereka, mengucup mereka dan sebagainya. Bagaimana Qudawah yang telah ditinjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua dengan memanggil kanak-kanak dengan sabdanya:
!قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام
Rasulullah SAW bersabda: Wahai kanak-kanak!Ia menunjukkan kepada kita betapa kasihnya baginda terhadap kanak-kanak. Baginda SAW meriba kanak-kanak, memberi mereka gelaran tertentu, memberi salam, mengucup dahi mereka, dan sebagainya. Baginda mendukung anak-anaknya, menciumnya dengan ciuman kasih sayang dan belas kasihan, mengucup anaknya Ibrahim.
Demikianlah qudawah yang telahditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Qudwah ini hendaklah diambil berat supaya tali ikatan antara ibu bapa dengan anak-anak mereka dalam keadaan yang terbaik. Dengan itu, sebuah keluarga yang penyayang bakal terbina.
9. Tegas dalam membaiki kesalahan mereka
Ketegasan dalam mendidik anak-anak amat diperlukan supaya segala teguran dan didikan akan diterima oleh mereka dengan baik. Tegas terhadap anak-anak ketika diperlukan dan jangan keterlaluan tanpa hajat. Perhatikan Hadis Rasulullah yang berbunyi"
(قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: واضربوهم عليها وهم أبناء عشر سنين (رواه أحمد وأبو داود والحاكم والبيهقي
Rasulullah SAW bersabda: Pukullah anak kamu ketika usianya sepuluh tahun (sekiranya mereka meninggalkan solat)Hendaklah membiasakan dengan didikan yang sederhana (tidak terlalu tegas dan tidak terlalu lembut). Ketegasan yang tepat amat diperlukan bagi menjauhkan anak-anak daripada kemudharatan dan perkara yang membahayakan mereka. Contohnya melarang mereka bermain-main di jalan semasa azan maghrib kerana pada waktu tersebut boleh membahayakan mereka kerana gangguan syaitan. Tahanlah mereka daripada bermain-main pada waktu tersebut sebagaimana hadis Rasulullah yang berbunyi:
عن جابر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احسبوا صبيانكم حتى تذهب فوعة العشاء ،فإنها ساعة تخترق فيها الشياطين (رواه أحمد والحاكم
Daripada Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:"Tahanlah anak-anak kamu ketika waktu maghrib (waktu masuk awal malam) maka sesungguhnya pada waktu tersebut syaitan sedang berkeliaran".10. Ajarlah kepada anak mereka ilmu yang bermanfaat
Ilmu yang bermanfaat adalah sebaik-baik bekalan buat manusia. Ilmu yang bermanfaat amat penting buat diri seseorang itu, keluarganya dan masyarakat keseluruhannya adalah sebagai penyelamat buat mereka daripada tipu daya dunia yang sementara.
Oleh yang demikian, ajarkanlah anak-anak dengan ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan kepada mereka apabila dewasa nanti dan semasa mereka berkeluarga. Pastikan juga mereka mengambil berat terhadap ilmu yag telah diajarkan kepada mereka dengan dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pastikan mereka benar-benar ikhlas dalam mengamalkan semua ajaran yang bermanfaat kepada mereka supaya lahirnya masyarakat yang aman dan selamat.
11. Sabar dalam mendidik anak perempuanيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ[Surah al-Tahrim ayat 6]"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"
Sabar adalah penyelamat bagi manusia ketika mereka ditimpa perkara yang tidak disukai olehnya. Islam telah mengajarkan kepada umatnya supaya bersabar jika mendapat anak perempuan. Kerana kebanyakan manusia tidak suka jika mendapat anak perempuan sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
Bersabarlah jika mendapat anak perempuan kerana dengan mengajarkan mereka ajaran yang baik, berbuat baik kepadanya dan sebagainya adalah sebagai penegah daipada bakaran api neraka sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ [١٦:٥٨Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. [Surah An-Nahl ayat 58]
عن عائشة رضى الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ابتلى من هذه البنات شئ، فأحسن عليهن، كن له سترا من النار (رواه البخاري و مسلم
Daripada Aisyah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dikurniakan anak perempuan, maka berbuat baiklah kepadanya, jadilah ia sebagai penegah api neraka".
عن عقبة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من كان له ثلاث بنات، فصبر عليهن ، وأطعمهن، وسقاهن ، وكساهن من جدته، كن له حجابا من النار يوم القيامة (رواه البخاري وأحمد وإبن ماجة
Daripada Uqbah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, maka ia sabar terhadapnya, memberi mereka makan, memberi minum, memberi pakaian yang elok, jadilah mereka sebagai penegah daripada api neraka pada hari kiamat".12. Memerintahkan anak perempuan memakai tudung
Allah telah memerintahkan kaum wanita supaya mamakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzan ayat 59:
Didiklah anak-anak perempuan dengan hijab semoga ia menjadi pakaian mereka bila dewasa nanti. Dengan berhijab, seseorang itu mendapat menjaga agama, kemuliaan, keelokan dan dapat menjauhkan diri dari fitnah. Hijab amat penting lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Betapa banyak wanita sekarang mendedahkan aurat mereka dihadapan orang yang tidak dikenali. Dengan itu berlakulah perkara yang tidak diingini.يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا [٣٣:٥٩]Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Berusaha sedaya upaya untuk menjaga cara berpakaian dengan baik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh agama Islam. Perkara ini akan melahirkan kehidupan masyarakat yang aman dan selesa. Kehidupan harian dihiasi dengan ketaatan kepada Allah dan menjauhi segala larangannya.
Sesetengah ibu bapa mengajrakan kepada anak-anak mereka dengan pakaian yang menjolok mata semenjak kecil lagi dan menyuruh mereka supaya membiasakan diri dengan pakaian tersebut apabila mereka dewasa kelak. Dengan demikian, masyarakat tidak akan aman daripada fitnah dan maksiat. Hindarilah daripada perkara ini demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
13. Melatih mereka dengan akhlak mulia
Berusaha sedaya upaya untuk melatih mereka ke arah kebaikan dan amal soleh. Didikan semasa kecil akan membuahkan hasil yang baik apabila mereka dewasa nanti. Ibu bapa yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak-anak kerana mereka akan menerima segala didikan sama ada baik atau sebaliknya semasa kecil. Pada ketika itu ( masa kecil) mereka tidak tahu untuk membantah dan melakukan perkara yang sebaliknya. Bahkan mereka akan mengikut segala apa yang diajarkan kepada mereka.
Oleh itu, anak-anak menjadi baik sekiranya mereka membesar dalam didikan yang baik (daripada keluarga yang mengamalkan adab-adab yang baik) dan sebaliknya jika mereka membesar dalam keadaan yang tidak baik (dalam keluarga yang mengabaikan adab-adab yang baik dalam pergaulan seharian). Antara adab-adab yang sepatutnya diajar kepada anak-anak adalah seperti berikut:
- Melatih mereka menghormati orang tua
- mendidik mereka supaya bercakap benar dan menjauhi dusta
- mendidik mereka dengan adab-adab yang baik
- mengajar mereka adab-adab makan
- mengajar mereka cara untuk tidur ikut sunnah
- melarang mereka daripada bercakap kotor
- mengajar mereka cara bermuamalah dengan baik
- mendidik mereka supaya menghormati kedua ibu bapa
- mengajar mereka dengan betul cara melakukan ibadat dengan betul seperti solat, puasa, sedekah dan sebagainya.
- melatih mereka supaya beradab ketika berada di jalanan.
- memberitahu mereka cara menziarahi orang sakit
- melatih mereka cara bermuamalah dengan jiran dan sebagainya.
14. Ibu bapa sebagai qudwah (role-model)
Disa besar bagi mereka yang menyuruh orang lain membuat kebaikan sedangkan mereka sendiri tidak melakukan kebaikan tersebut. Firman Allah dalam surah as-soof ayat 2, 3 dan surah al-Baqarah ayat 44:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ [٦١:٢]Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ [٦١:٣]
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ [٢:٤٤]
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?Oleh yang demikian, ibu bapa adalah qudawan atau contoh buat anak-anak mereka dalam setiap arahan yang telah diperintahkan oehnya. Contohnya, ibu bpa memerintahkan anak mereka supaya mendirikan solat, maka ibu bapa yang lebih utama untuk mendirikan solat sebagai mentaati perintah Allah dan sebagai qudwah buat anak-anak. Demikian juga dengan perkara lain. Ibu bapa sebagai orang pertama dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
Ibu bapa sebagai qudwah buat anak-anak dalam semua perkara sama ada adab-adab, bercakap benar, bertakwa, amanah, murah hati, berbuat baik, menghubungkan silaturrahim dan sebagainya. Dengan demikian, perkara tersebut lebih mudah bagi anak-anak untuk mengamalkannya kerana perkara tersebut telah diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka.
Bagaimankah anak-anak ingin mengikut apa yang diarahkan oleh kedua ibu bapa sedangkan kelakuan mereka bercanggah dengan apa yang disuruhnya???
Contohnya, ibu bapa malarang anaknya supaya tidak menghisap rokok, sedangkan bapanya menghisap rokok dan sebagainya. Begitu juga dalam perkara lain. Ibu bapa merupakan orang pertama yag melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang jahat sebelum memerintah anak mereka.
15. Tidak mendoakan anak-anak dengan kejahatan
Anak yang soleh adalah permata buat kedua ibu bapa. Manakala anak yang derkala adalah kaca yang melukakan. Janganlah sesekali mendoakan buat anak-anak yang melakukan keburukan, berbuat bising dan sebagainya dengan doa-doa yang boleh membahayakan mereka. Hal ini kerana terdapat dikalangan ibu bapa yang segera mendoakan mereka dengan kejahatan dan kesengsaraan.
Rasulullah SAW menegah umat Islam daripada mendoakan anak mereka seperti di atas:
عن جابر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تدعوا على أنفسكم ، ولا تدعوا على أولادكم، ولا تدعوا على أموالكم، لا توافقوا من الله ساعة يسأل فيها عطاء فيستجب لكم (رواه مسلم
Daripada Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berdoa kepada diri kamu (dengan doa yang tidak baik) dan janganlah berdoa kepada anak kamu, jangan doa kepada harta kamu, janganlah kamu mohon muafakat Allah pada satu masa dengan meminyta kepadaNYa dengan permintaan ( yang tidak baik), maka dimakbulkan kepada kamu".Doakanlah buat anak-anak yang derhaka dan berbuat bising dengan doa yang baik semoga ia berubah daripada perkara demikian. Doakanlah semoga Allah memberi hidayah buat mereka dan semoga Allah mengampuni dosa mereka
SUMBER: Adab- adab Islam Dalam Kehidupan Seharian. JILID 2. Oleh: Mohamad Zulkifli Abd Ghani. Cetakan pertama November 2006. Izin terbit oleh PMRAM, Egypt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan