25 Oktober 2011

Sula?

Program bersama pegawai-pegawai dari pejabat agama daerah aku ni. Dua slot yang diberikan. Slot pertama bersama Tok Kadi. Slot kedua bersama pendakwa syariah. Lupa la nama diorang ni. Susahnya aku nak ingat nama-nama mereka ni.

Asal program ini hanya dihadiri oleh 2 orang sahaja. Pagi tadi, kami dikejutkan dengan kehadiran 7 atau 8 orang. Dalam fikiran aku, mereka ni nak buat dalam perbincangan dalam bentuk kumpulan.

Kalau aku jadi pelajar-pelajar ni memang dah mengantuk pada awal-awal ceramah tu. Sebab tu aku biasakan diri dengan mencatat nota ringkas semasa di alam belajar dulu. Nota tu masih tersimpan hingga sekarang. Maklum la pengajaran yang aku belajar selama ini dalam bentuk ceramah atau lecture sahaja. Serius gitu. hehehe

Program ini mendedahkan para pelajar tentang enakmen syariah berdasarkan peruntukan yang diberikan. Semasa sessi soal jawab, persoalan yang mencabar bagi penceramah untuk menjawab persoalan pelajar-pelajarku ini. 

Ada juga selepas tiada sessi soal jawab mereka sibuk tanya aku pula.

"Ustazah, hukum hudud bagi orang berzina kena sula ke?" terkejut aku dengan soalan ini.

Bagi aku, kata-kata artis mereka jadikan hujjah. cuba korang baca apa yang Enot katakan tu?

Kalau para artis ni ulama' wartawan boleh la tanya. Ni tudung yang wajib tak pakai, nak cakap pasal hudud yang tak ada dalam silibus Pendidikan Islam kat Malaysia ni. Masa aku belajar dulu, ada Fiqh Jenayah. Tapi Ustaz yang mengajar mengatakan "Hudud/ undang-undang Jenayah Islam tak sesuai dilakukan sekarang," dalam radio pulak tu. Terus aku hilang respek kat ustaz tu. Walaupun dia adalah lulusan Universiti Madinah & Morocco. Banyak ilmu tu...

Hasil komen  artis ni la, menyebabkan aku susah nak terangkan kepada mereka. Aku belajar bertahun-tahun tapi nak bagitau tak sampai satu jam? Tolong lah belajar lagi. Masuk bidang pengajian Islam terutama ke universiti timur tengah. Carilah ilmu di lubuknya. Mesir. Madinah. Yaman. Mekah.

Cuba korang baca ayat al-Quran ni. Surah An-Nur ayat 2:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"

Jika penzina itu belum kahwin lagi, kena sebat 100 kali. Ini jika disabitkan dengan kesalahan.



Jika penzina sudah kahwin, kena rejam. Ini juga jika disabitkan kesalahan. 



Jika tiada bukti kukuh ikut hudud...mereka dikenakan takzir. Takzir ni baru dikira undang-undang 
manusia. Nak penjara ke? Nak denda sampai RM5000 ke? terpulang la kepada undang-undang
negara itu sendiri.


Sabit kesalahan ni mungkin dalam bentuk pengakuan. Pengakuan ni pernah berlaku zaman 
Rasulullah dulu. Dalam bentuk saksi. Saksi pula bersyarat....waaa..banyak tu nak bagi
penerangan. Belajar secara formal la yea.

Ini baru ayat al-Quran. Ada penjelasan hadis lagi. Kemudian ditafsirkan lagi oleh para sahabat. 
Ada syarat-syarat yang diberikan oleh para ulama'. Bukan artis. Ada cara untuk sebat. 
Perempuan macam mana. Lelaki macam mana. Bukan  macam dalam drama 'Tahajud Cinta' tu. 


Aku bukan ulama' nak cerita banyak-banyak ni.Lagi banyak aku sebut, lagi banyak kesalahan 
aku. Jadi...belajarlah agama sampai habis. Bukan separuh-separuh.

Memang rugi la guru-guru tak turut serta tadi. Ada peluang tak nak guna. Aku yang tahu pun,
nak belajar lagi. Lagi belajar, lagi kita tak tahu. Tak rugi rendah diri untuk belajar lagi walaupun 
kita tahu.

Maaf jika ada yang terasa. 

Allahuma Faqqihna Fiddin.Waalimna Takwil. Wahdina ila siratal mustaqim. Aminnn =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...