06 Januari 2012

Alhamdulillah...

"Adakah anda sebut 'Bismillah' setiap kali angkat telefon...sebelum sebut 'assalamualaikum/ hello'?"

Mungkin tak pernah buat. Jadi selepas mendengar kata-kata itu...rasa nak buat la.hehehe...perubahan 2012...

Tadi dah selesai urusan kertas kerja untuk pogram untuk panitiaku. Untuk satu mata pelajaran ni...aku seorang sahaja yang mengajar dari tingkatan 1 hingga 3. Aku lah pembuat soalan. Aku lah perancang P & P. Aku lah yang sediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. Itu lah rutin yang tak pernah habis...

Nak minta sponsor...rasa segan. Tapi untuk pelajar-pelajar, aku terpaksa tebalkan muka yang nipis ni.huhuhu...

Walaupun berat tanggungjawab di sekolah tahun ni, ramai yang sudi menolong termasuk pelajar-pelajar. Hanya Allah yang membalas jasa kalian. Mood mengajar masih tiada kerana pendaftaran & bayaran yuran persekolahan. Jadual pula asyik bertukar-tukar. Ada juga jadualku bertembung. Pening juga pembuat last minit ni kan. Jika pelajar buat last minit mesti kena membebel hingga habis waktu. Jangan terasa kalau ada guru2 yang buat perangai macam tu yea.

Kenapa la aku jumpa ramai orang yang ramah hari ini? Aku tak kenal tapi bila bercakap. Orang tu seolah-olah kenal aku lama. Siap tanya berapa orang anak? aku senyum & bagitau je perkara sebenar. Alhamdulillah...

Tadi aku berjaya telefon orang yang ingin aku jemput ke program panitiaku. Segan juga. Guru cemerlang katakan. Aku jadi segan dengan orang hebat ni. Tapi bila aku call...ok je. Hilang rasa segan aku ni.hehehe...Cuma sekarang ni aku perlu bincang dengan pihak sekolah. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusanku.


Allah uji kesusahan tapi aku tak rasa tertekan pun kali ni. Mungkin pengalaman dahulu mematangkan aku untuk berhadapan dengan situasi ini. Hanya Allah tempat aku bergantung walau apa pun terjadi.

Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang sabar. Ya Allah, jadikan aku orang yang bersyukur....

2 ulasan:

  1. wow..bz la cik sufi da start sekolah ni..setiap kesukaran ade kemudahan..ayt 5 n 6 surah Alam nasyrah..semoga terus berjaya dan mempunyai kesabaran yang tinggi..;)

    BalasPadam
  2. (senyum)bz di sekolah tapi tidak di rumah kecuali terpaksa. cik senyuman manis pun ape kurang yer. Lagi diberi cabaran, lagi banyak kita dapat pengalaman. Insya Allah kita terus berjaya dan sama2 diberi kesabaran yang tinggi...Alhamdulillah ;)

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...