وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا ﴿الكهف: ٥٠﴾
Bermula dengan penciptaan Adam, Iblis sudah mula rasa dengki dan iri hati sedangkan dia paling kuat ibadahnya. Tidak ada ada tempat di dunia ini kecuali menjadi tempat sujud Si Azazil ini. oleh kerana tidak mengikut arahan Allah iaitu sujud (hormat) kepada Adam maka dia menjadi iblis yang dilaknat Allah. Langkah syaitan ini patut kita jauhi...
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا
يُؤْمِنُونَ ﴿الأعراف: ٢٧﴾
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.Iblis dan syaitan telah bersumpah akan menyesatkan anak Adam supaya dapat menemaninya menjadi kafir. Tanpa kita sedari, kita sentiasa diperhati untuk menghasut dan menhindari kita dari mempelajari dan memahami agama Allah. Berapa ramai orang disekeliling kita telah jatuh ke dalam perangkap itu. Moga hidayah Allah menyapa kita semua sebelum nyawa sampai ke halkum dan sebelum matahari terbit sebelah barat.
Penghalang ilmu agama dan amalan agama terlalu banyak sehingga hampir-hampir tersungkur dengan kehendak nafsu mereka. Adakah aku kuat untuk melawan mereka? Walaupun halangan secara halus atau tanpa disedari. Hanya Allah sebaik-baik pembantu.
Harapanku...
Semoga semua pelajarku terus beristiqamah dengan amalan dan ilmu yang mereka dapat di Kem baru-baru ini.
***********
Pada hari isnin, 5 pelajar tingkatan 3 dan 6 pelajar tingkatan 2 tidak hadir. Mereka antara yang menyertai kem. Ada yang demam. Letih. Sakit. Pelbagai alasan diberikan. Diriku juga terasa letih bermula dengan perbincangan dengan pihak akademi hingga pelajar selesai menghadiri kem.
Cerita dan kisah di kem tetap menjadi bualan. Dengan ganjaran tidak menjaga amanah...ujian terhadap kawan...Dikhianati kawan...Mementingkan diri sendiri...Siapa yang boleh bekerjasama. Ada juga yang tida pandai bekerjasama....semuanya terserlah dalam diri masing-masing. Kisah monyet yang suka mencari perempuan. Kononnya hanya berminat terhadap perempuan tidak kepada lelaki.
Komen yang baik ada...komen yang buruk tetap ada (SINI) Walaupun aktiviti yang diadakan tidak selasak seperti yang dirancang. Lain pula jadinya. Moga semua yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita semua.
Jom selawat!
Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada junjunganku,
kekasihku, pengubat hatiku, jiwa dan ragaku
iaitu junjunganku yang menjadi utusan Allah,
Muhammad bin Abdullah
insan yang jujur dan terpercaya.
Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat baginda.
assalamualaikum .. =) izin share,SABARLAH WAHAI HATI .. teringat pula BTN kat hulu trg dlu,kenangan yg xdpt dilupakan .. hargai setiap detik masa yang ada skrg,smg dlm keadaan insaf sentiasa,amin.
BalasPadamWaalaikumussalammm...silakan wahai sahabat. Sebut BTN di Bukit Kolam dulu memang betul2 extreme. Betul2 tanah runtuh dan banjir. Ada pokok terbalik kena panahan petir. Bomba pun datang. siap naik bot penyelamat. Balik sehelai sepinggang. pengalaman mengajar kita tentang menghargai kehidupan mengikut syariatnya. Aminnn =)
Padam