Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

03 Mac 2012

Ujian.

Sukar meluahkan apa yang terbuku dihati. Biarlah Allah menilainya. Penilaian Allah berlainan dengan penilaian manusia yang mempunyai kepentingan. Biarpun diberi kebebasan bersuara tetap menjadi kemarahan. Entah apa yang mengugat perasaan manusia itu sehingga hilang pertimbangan yang selalu diwar-warkan dihadapan orang ramai. Hipokrit! Itulah yang dapat aku rasai.

Pendirian sebelum ini sudah bertukar 360 darjah. Dulu tidak boleh. Sekarang boleh. Sebab? jawapan pada manusia itu sendiri. Ada yang mengawalnya? Oh tidak! manusia mempunyai akal untuk berfikir tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. kawalan berfikir terletak pada imannya. Jika imannya rapuh, negetif menjelma dan iman yang kuat akan menjadikan dirinya positif.

Jumaat semalam sempat telingaku menyapa Al-Kuliyyah tentang ujian. Oleh Ustaz Halim Din.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿العنكبوت: ٢﴾
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 

Tidak cukup seorang muslim itu mengatakan ," Aku beriman kepada Mu, Ya Allah!" sedangkan dia tidak diuji. Ujian itu menandakan Allah sayang kepada kita. Tidak kira ujian dalam bentuk kemiskinan atau kekayaan. kekurangan atau kelebihan. Allah ingin melihat sejauh mana hambanya beriman kepadaNya. Ujian itu mengikut kemampuan diri kita. Moga dipermudahkan segala urusan kita.

"...Semakin kuat agama kita, semakin kuat ujian ke atas kita..." sebahagian hadis. Maaf masih tak jumpa matan hadis ini.

Ujian itu dianggap nikmat bagi seorang ulama'. Orang yang beriman itu selalu diuji oleh Allah...Semua ini adalah untuk mengangkat darjat seorang muslim itu sendiri. Ujian utuk pelajar SMK tak sama dengan ujian di SMKA. Begitu juga pelajar sekolah rendah tak sama ujiannya dengan sekolah menengah. Ujian sekolah menengah tak sama dengan ujian di universiti. Cantik perumpamaan ini.


 وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿العنكبوت: ٣﴾

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Ujian kenikmatan kepada Fir'aun dibalas dengan kekufuran, Sehingga dia mengaku menjadi tuhan. Jauhkan diri kita daripada mencontohinya. Dia tidak pernah sakit sepanjag hidupnya. Kekayaan yang melimpah ruah. Akhirnya dia tenggelam dalam laut merah. Masa inilah dia baru mengaku adanya Allah. Semua ini sudah terlambat kerana nyawanya berada dihalkum. Inilah pengajaran kepada umat Muhammad yang tertulis dalam Al-Quran.

كاد الفقر أن يكون كفورا
"Hampir2 orang yang fakir itu menjadi kufur"


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿ابراهيم: ٧﴾
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿البقرة: ١٥٦﴾
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Jenis Musibah.

1. Musibatul Bala': Seperti Fir'aun, Qarun, Hamam.

2. Musibatul Jaza' : Bukan Islam atau bukan Islam. Mungkin menganiayai binatang.

3. Musibatul Tarbiah: Orang sakit mesti akan sebut, "Allah! Allah! Allah!". Nak bimbing balik kita kepada keinsafan selepas kita lupa kepada Allah :)

Begitu juga ujian bulanan minggu depan untuk semua pelajar. semua itu adalah untuk menguji tahap pemahaman pelajar dalam pembelajaran sebelum ini.

SELAMAT MENJAWAB!

4 ulasan:

  1. ujian tanda kita disayangi..saya pun sedang diuji skang..semoga dipermudahkan semuanya dan tabah hadapinya..;)

    BalasPadam
  2. Tu tanda Allah peduli tentang kita. Sama juga dengan guru dan pelajar. Kalau dah selalu sebut nama, rasa dihargai dan ada juga rasa sebaliknya. Aminnn ;)

    BalasPadam
  3. syukran,atas ilmu yg dikongsi..perumpamaan yang menarik .. UTK PELAJAR,TERUS BERUSAHA!!! begitulah cara bila kita hadapi ujian,inna lillahi wainnaa ilaihi rajiuun :) ingatlah kita bahawa akhirat kelak ialah tempat yang abadi.. UBAT BAGI ORANG YG DLM MUSIBAH :

    1. Hendaklah selalu memperhatikan Al Quran dan Sunnah.
    2. Selalu melihat dgn mata hati.
    3. Selalu memohon kpd Allah dan bertawakal kpd Nya.
    4. Selalu mengingati musibah lama dan mgulangi ucapan Istirja`.
    5. Hendaklah selalu membezakan dua macam kenikmatan.
    6. Hendaklah selalu mguatkan keyakinan diri.
    7. Hendaklah mnyedari bahawa dunia ini adalah tempat cubaan.
    8. Mohon perlindungan kpd Allah dari godaan syaitan.
    9. Menyedari hikmah musibah.
    10.Selalu bzikir kpd Allah.
    12.Menyedari bahawa keluh kesah akan menambah musibah.
    13.Menyedari bahawa Allah tidak akan mengecewakan hamba Nya.
    14.Mencontohi org2 yg bgembira pada waktu menerima musibah.

    "Katakanlah,kesenangan didunia ini hanya sebentar" (An-Nisaa:77)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Afwan :)

      Jazakallah atas penambahan info yang berguna ini. Sama2 kita manfaatkannya :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...