04 Mac 2012

Milik Kita?

Semalam baru aku habis satu novel. Kira lain dari yang lain la. Sambil-sambil buat kerja part time aku. Hari minggu ni baru ada masa nak buat kerja tu. hehehe...

Ni kepunyaan housemate aku. Memang hantu novel. Bila dia baca banyak komen positif kat penulisan2u baru dia beli. Kira best la katanya. Aku pun dah terikut sama. Kalau novel jalan cerita yang sama...memang aku tolak awal2 walaupun olahan cerita yang baik.

Semalam juga aku sempat berchatting dengan kawanku yang berada di bumi anbiya'. Lama aku tak bersembang dengan dia. Sembang sambil-sambil bercerita novel ni. Aku selalu teringat kat dia. Ujian yang terpaksa dia tempuhi. Dia seorang yang kuat memotivasikan diri sendiri. Doakan dia berjaya (najah) dalam peperiksaaan tahun ni. Aminnn...

3/4 isi buku tu aku baca. Kemudian bercerita dengan kawanku ni. Excited betul dia nak tau cerita ni. Aku kata dalam cerita ni macam ada kaitan dengan diriku. hahaha...perasan lebih!

Ok laa...Aku cerita sedikit yea. Tajuk novel ni 'Jodoh Itu Milik Kita'. Penulisnya Sara Aisya. Penulis baru terbitan karya seni.


Kisahnya bermula dengan pertunangan dengan orang yang tidak dikenali kemudian semasa wedding day tu...lelaki tu lari ke luar negara. Waaaa...terharu betul. Pernah berlaku ke zaman sekarang? Untuk menjaga maruah keluarga kedua-dua pihak Aariz abang kepada bakal pengantin lelaki menjadi pengganti.

Dahlia memang beruntung kerana ibu mertua memang nak jadikan dia menantu. Walaupun ibunya sendiri  membantah cara perkahwinan itu...selepas dipujuk, ibunya merestui perkahwinan itu. Awal perkahwinan tu macam orang baru bercinta. Ye la...sebelum tu mana kenal. Lepas tu kena jadi lelaki bidan terjun. Tapi bila dah ada ijab dan qabul...sah la jadi suami isteri. Itu ikut hukum Islam la. Penulis ni kira islamik juga sebab faham mahram dengan bukan mahram.

Konfliknya bermula dengan Si Syafiq pulang ke Malaysia. Syafiq tak dapat terima abangnya kahwin dengan tunangnya. Walhal dia tinggalkan Dahlia terkontang kanting dalam majlis perkahwinan mereka. bak kata kawanku...Syafiq ni giler la. Sakit jiwa kot. Tak boleh tengok abgnya bahagia. macam main psikologi juga kisah ni. Lagipun Si Aariz ni ada kisah silamnya sendiri. Jadi dia rasa dirinya tak layak untuk perempuan sebaik Dahlia. Ada ke nak serah bini dia kepada Syafiq kononnya hak Syafiq.

Nak tau cerita ni dengan lebih lanjut...cari buku ni di pasaran. Memang best seller no.1 di Malaysia.

Moralnya...

Walau macam mana halangan pun...kalau dah jodoh, memang akan kahwin juga. Kan semua tu dah tertulis di Lauhun Mahfuz sebelum kita lahir lagi.

Jadi kalau dah kahwin tu, jaga la perkahwinan tu. Jangan nak serah isteri kat lelaki lain. Jadikan diri tu bertanggungjawab. Susah senang bersama. Tapi aku lagi hairan, Sekarang semakin ramai yang bercerai. Adakah penangan couple sebelum kahwin atau dosa di hari perkahwinan? Mungkin aurat tak dijaga. Entah la...semua tu ada sebab musabab kan.

Buat pengantin baru terutama adik housemate aku...SELAMAT PENGANTIN BARU... Moga keberkatan berterusan hingga ke syurga <3

8 ulasan:

  1. puncanya sebab ramai yang ber"kahwin" dulu sebelum bernikah..jodoh tu misteri tp perlu dicari bukan hanya menunggu walaupun rasa malu menebal lam diri..cewah..kene beli novel ni..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...meh pakat beli ramai2 :D

      Padam
    2. mahu tahu kisah akhir .. last story

      Padam
    3. kena hormat penulis asalnya. Bleh baca buku 'Jodoh Itu Milik Kita'

      Padam
  2. alhamdulillah .. akhirnya dapat juga baca.jodoh itu rahsia Allah,takdirlah yg menjawab segala yang sudah tersurat n tersirat .. doala senjata yg paling mujarab beserta gn usaha,usaha yg bersesuaian dgn syariat agama =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup! betul tu...doa dan doa. jgn berputus asa dengan rahmat Allah;)

      Padam
  3. Assalamualaikum w.b.t

    Tadi duk godek2 Google, saya terjumpa entri ni. Terima kasih ya sebab sudi mendapatkan JIMK. Alhamdulillah, gembira saya dengan penerimaan awak terhadap novel ni..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam wbt,

      Sama2 kasih.hehehe...

      xsangka penulis asal novel sendiri menyapa di blog saya. terharunya.hehehe

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...