Banyak dapat A?
Nak sambung ke mana lepas ni?
Di luar negara atau dalam negara?
Ni soalan yang aku nak tanya kepada adik aku, Dah. Semalam aku telefon ke rumah tapi tak dapat. Lepas itu aku dapat miscall dari no telefon rumah. Pagi tadi, baru aku lihat HP aku. Sempat juga aku telefon ke rumah pagi tadi. Tapi tak ada jawapan. Pelik!
Terus aku buat panggilan HP ayah. Masa tu Dah masih di rumah. Tak ambil natijah SPM lagi. Rupanya diorang dah buat sambungan streymx semula. Sekarang dah boleh sambung internet.
Memang dia tak mau bercakap dengan aku. Takut ke dik? hahaha...
Lepas zohor tadi aku telefon lagi. Dia angkat tapi terus bagi ke mak. Kenapa ni?
Walau apa pun TAHNIAH atas kejayaanmu mendapat 8A 3B+ ...Hafazan jangan lupa.hehehe
Satu lagi berita...Adikku A.Rahman dapat Johan tilawah Al-Quran peringkat zon. Tok guru dia hanya pelajar tingkatan 1. Memang gembira betul tok guru tu.hehehe...Tahniah Man dan Syed (Tok Guru)!
***********
Tadi aku sempat tengok fb cikgu Add Math aku. Calon 100 orang tapi 1 orang sahaja gagal. Tapi kecewa dengan calon tu dari kelas sains. Aku bukan kelas sains yea.hehehe...
Teringat kenangan SPM 2001 dulu. Rasa nak pergi mengajar kat sana je. Kalau ada kosong di SMAKH, boleh aku masuk. Bila la aku dapat peluang tu.huhuhu
Tahniah juga buat semua calon SPM 2011. Kejayaan ini bukan tiket untuk berbangga. Ia adalah tiket untuk terus sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.
Jangan berhenti setakat SPM sahaja. Pembelajaran adalah sepanjang hayat. Dari atas buaian hingga ke liang lahad. Teruskan belajar!
wow..dasyat relax Dah..tahniah tuk dia ye..pelajar skang semakin pandai..rindu zaman2 SPM 2001 dulu..
BalasPadamSenyuman Manis: Nanti dia baca entri ni.hehehe...mmg budak2 ni semakin pandai. Ni jeles ni. nak2 subjek Add Math. Dia dapat A-. Dulu sy dapat B je. memang rindu zaman belajo kan.hehehe
BalasPadam