31 Mac 2012

Tahniah Peserta MTAQ 2012

Alhamdulillah...

Selesai sudah Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah 2012. Semuanya akan berulang semula tahun depan sama ada orang yang sama atau peserta berlainan. Semuanya ketentuan Allah. Jika tahun ini masih kurang persediaan, tahun depan pastikan ada persediaan. Persediaan bermula tahun ini.

Bagi sesetengah peserta, sepanjang program dijalankan terasa perit. Penuh debaran. Penuh dengan ketidaktahuan (istilah baru ke?) Tahun lepas peserta syarahan spontan, kelu lidah untuk bercakap kerana tiada isi berkaitan tajuk. Tak pernah tahu tajuk itu wujud. Bila dirungkai2..tajuk syarahan spontan ada 50 tajuk tetapi kami tidak tahu langsung. Tahun ini diberi 30 tajuk. Bila dibuat undian, tiada dalam teks syarahan yang disediakan. Riba dan ekonomi (aku tak sempat nak cari isi untuk tajuk itu...huhuhu).

Tahun ini aku menyaksikan sendiri perjalanan pertandingan syarahan spontan bahagian perempuan, hafazan dan tilawah. Aku ingin tahu bagaimana pertandingan itu dijalankan. Belajar sedikit demi sedikit. Tahun lepas aku hadir menyaksikan peserta tilawah lelaki dan perempuan. Seperti tahun lepas, dua guru pengiring termasuk aku. Guru pengiring seorang lagi menjadi hakim. Tinggallah aku seorang berkejar ke sana dan ke mari untuk menyaksikan pertandingan mereka.

Tahniah buat 2 pelajar yang berjaya mendapat tempat ke-3 kategori sekolah menengah, tilawah bahagian perempuan dan tulisan khat bahagian perempuan. Tahniah SYAMILAH DAN DAYANGKU SITI NORMARIAM.

Buat peserta lain...Maaf andai aku tidak dapat membantu kalian. Kehadiran anda bagi menyertai MTAQ kali ini amat dihargai. Semuanya mengajarkanku 'sesuatu' melalui pengalaman. Tanpa pengalaman aku tidak dapat belajar walaupun bertatih. Terima Kasih. Anda sudah membuat yang terbaik. Redhalah dengan apa yang berlaku. Semuanya adat pertandingan (=,=)


p/s: SMATKEM, Tahniah kerana memenangi johan keseluruhan bagi daerah ini. Ada juga wakil sekolah agama. Moga berterusan ke tahun depan.

4 ulasan:

  1. best kan bila join pertandingan macam ni..ni la yang buat sy semakin rindu alam persekolahan..sy suka terlibat secara langsung atau tak langsung dalam apa-apa asas pertandingan sebab saya akan dpt byk pengalaman dan yang pasti ramai kwn baru..hehehehe..semoga sekolah cik sufi akan beroleh kemenangan taun depan..inshaallah..teringin nk join tuk latih budak2 syarahan..;)

    BalasPadam
  2. Tahun depan sy jemput senyuman manis latih budak2 ni yea. syukran atas doanya =)

    BalasPadam
  3. saya pun dipilih masuk MTQ tahun 2013...harap dap[at doakan saya dalam pertandingan itu nanti.Berdebar rasanya nak beri syarahan yang spontan kepada orang.mintak-mintak lah berjaya nnti.. amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Afiqah. Saya doakan semoga anda berjaya memberi idea melalui tajuk yang diutarakan. Saya yakin anda boleh lakukan asalkan rajin mencari maklumat. Allahumma aminn :)

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...