Ilmu dari sebuah novel. Novel bukan sahaja sebagai penghilang tension, bahkan boleh dijadikan penyebar ilmu secara tidak langsung. Buku (dalam gambar) adalah hasil tesis penulisnya, Ustazah Fatimah Syarha yang diadaptasi dalam bentuk novel. Aku adalah salah seorang yang akan membaca novel bila esok akan menghadapi peperiksaan atau sesuatu yang merunsingkan.
Pernah seorang penulis berkata,"Alangkah ruginya kita mempunyai Dr, Prof, Prof Madya tetapi kajian ilmiah mereka kaku di perpustakaan tanpa dibaca oleh masyarakat luar. Jika dibukukan adakah tesis mereka ini akan jadi perhatian pembeli? Alangkah baiknya buku2 ini diadaptasi dalam bentuk novel yang mempunyai nilai komensil dan perhatian muda mudi sekarang,"
Aku sangat setuju dengan kenyataan ini. Tetapi aku bukannya orang yang mempunyai bakat berbuat demikian. Ramai lagi umat Muhammad diluar sana mampu mempraktikkan bahan ilmiah dapat bentuk novel seperti novel sejarah islam, novel srikandi islam dan novel tauhid.
Aku nak huraikan sedikit mengenai novel ini. Ramai wanita kurang dalam bab munakahat terutama berkaitan poligami dan perceraian. Ramai juga lelaki yang kononnya faham agama menggunakan perkataan nusyuz, isteri derhaka dan sebagainya untuk membolehkan isterinya bersetuju untuk bermadu.
Selepas berlaku perceraian, kebanyakan isteri tidak mengetahui hak mereka. Mereka menderita dan terjebak dengan aktiviti pelacuran yang menjanjikan pulangan gaji yang lumayan tanpa mempedulikan dosa dan pahala.
Janda dipandang hina sedangkan Saidatina Hafsah diceraikan kemudian dirujuk kembali atas perintah Allah...dia tetap ahli syurga. Begitu juga dengan Zainab Al-Jahsyi yang bercerai dengan Zaid bin Haritah sedangkan dia ahli syurga.

Dalam novel diberi penjelasan dengan info mengikut jalan cerita yang berbentuk kekeluargaan. Jalan ceritakannya menuntut penyelesaian bagi masalah yang timbul akibat poligami. Ada golongan yang ekstrem dan ada golongan yang jumud (tradisional). Yang terbaik adalah mengambil pertengahan. Baru lah kita nmapak keadilan Islam itu sendiri.
POLIGAMI ADALAH HARUS DAN BUKAN DIGALAKKAN. Nabi Muhammad SAW melarang Saidina Ali berpoligami selagi puteri baginda, Saidatina Fatimah masih hidup kerana dibimbangi rosaknya agama akibat cemburu sedangkan Fatimah adalah calon ketua bidadari Syurga.
Nabi Muhammad sendiri bermonogami (satu isteri) dengan Saidatina Khadijah 25 tahun dan berpoligami 10 tahun selepas kematian Saidatina Khadijah. Itu pun dengan seorang gadis dan lain-lain adalah janda. Semua itu bersebab agama bukan ikut hawa nafsu.
Jangan jadikan ini alasan mengikut sunnah (amalan Rasulullah). Banyak lagi amalan sunnah yang sunat perlu kita ikuti.
Novel ini membawa watak Ibu Dhiya' cleaner yang mempunyai ilmu agam yang tinggi. Dia menjadi pendamai Ustazah yang berfikiran jumud dan seorang pensyarah yang berfikiran liberal. Termasuklah bab hijab/ aurat yang difahami barat sebagai mengongkong kebebasan seorang wanita untuk aktif.
Ibu Dhiya' ini juga berhadapan dengan sahabat rapatnya yang bakal dimadukan oleh suaminya. Bantuan yang diberikan oleh Ibu Dhiya' dan suami menjadi penyelesai masalah boleh dijadikan pengajaran untuk kita.
Aku harap buku ini akan dibaca oleh semua wanita Islam walau apa pun pandangan mereka sebelum ini. Begitu juga harapanku untuk rakanku yang selalu dihantui 'suami akan mencari seorang lagi isteri'. Moga dia tabah menghadapinya.
Anda boleh baca sendiri buku ini yang padat dengan maklumat terperinci tentang poligami khususnya. Selamat membaca ^_^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan