13 April 2012

Seperti Assigment.



Sejak pagi tadi rumahku bergelap..tiada elektrik. Aku tak tau macam mana housemate aku pergi kerja tanpa iron pakaian kerjanya. Aku minta tolong kawan tuan rumah aku ni tengok-tengokkan apasal rumah aku sahaja yang black out ?

Memang suiz utama rosak sekali dengan fius. Mula la aku mencari kedai seperti yang diberitahu. Boleh naik angin jika tengok tuan kedai ni. Bersembang dengan telefon lama. Bila aku dah minta suiz automatik dan fius, terus dia blah. Mula mulutku melazer. hahaha

" u tak nak jual ke?" ayat geramku.

"ingat u nak tengok dan fikir2 dulu," jawab si penjual berbangsa India ni. Bila aku minta tawar menawar sempat lagi dia bertanya.

"u mesti guru kan?" mukanya dah senyum2.

"mana u tau...biasanye orang kata saya ni pelajar," malas nak beramah mesra...

"u pasang sendiri ini punya barang ka? Bahaya tau. Biar orang yang pandai saja,"

"ye la. Ini bukan saya pasang tau. Ini jiran saya mau buat," dia angguk2.

Terus aku bayar harga yang disepakati. Seperti biasa aku minta buat bil. Senang urusan jika barang ini rosak. Ada bukti pembelian dari kedainya.

**********

Untuk buat instrumen soalan bagi 'guru baru' memang sakit. Mengalahkan assigment di universiti dahulu. Bukan senang nak buat jika di sekolah tiada orang yang boleh ajar. Terpaksa survive sendiri dalam internet. Dengan minatku untuk explore, tidak menjadi beban sangat berbanding dengan orang yang tidak tahu hala tuju yang sebenar. Apatah lagi selalu membebel tak tahu tapi tak nak cuba belajar (membebel untuk diriku sendiri)

Sekolah kecil menyebabkan banyak jawatan besar perlu dipegang. Memang mencabar bila aku seorang yang pegang panitia bahasa ini. Kawan aku seorang lagi pegang panitia agama. Kami bergilir-gilir jadi KP dan SU. Penat otak.huhuhu....

Baru sahaja aku dapat emel dari ustaz. Aku diminta buat soalan pertengahan tahun bagi tingkatan 2 dan 3 mengikut JSU yang ditetapkan. Sekali dengan pelan perancangan. Mencabar betul profesion ni. Letih macam mana pun tetap perlu disiapkan. Kalau aku gagal, aku gagal secara keseluruhannya. Lebih baik aku buat dari tidak buat langsung.

Ini sesuai dengan kata pepatah arab..."Jika tak mampu ambil semua, jangan tinggalkan semua" lebih kurang macam tu ayatnya. Ingat2 lupa...

Moga aku tidak tergolong dalam golongan yang mendapat gaji buta. Nauzubillah.

Moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepadaku untuk menjalankan tugas yang diamanahkan ini.

~لا حول ولا قوة إلا بالله~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...