06 September 2012

Detik Kelahiran Rasulullah.

Rabi'ah bin Nashr, Raja Yaman didatangi mimpi yang menakutkan. Dihadapan para pembesarnya , dia meminta kepastian da mengatakan hanya orang yang sudah mengetahuinya yang akan dapat menyebut tentang mimpinya. Salah seorang daripada pembesar itu mencadangkan supaya dipanggil Syiqq dan Sathih kerana mereka lebih tahu tentang hal ini menurut orang-orang Yaman.

Seorang utusan diutus untuk memanggil Syiqq dan Sathih ini. Sathih paling awal sampai mengadap raja Yaman itu. Raja meminta Sathih memberitahu apa yang dimimpikan oleh beliau. Jika tidak tafsir mimpi Sathih dianggap tidak tepat. Sathih mengatakan Rabi'ah bin Nashr telah bermimpi melihat benda hitam yang keluar dari tempat gelap. Kemudian benda hitam itu jatuh ke tananh yang rata. Akhirnya semua makhluk yang hidup dapat memakannya.

Raja Yaman mengangguk dan meminta tafsir dari mimpi ini. Sathi berkata ," Aku bersumpah dengan malam dan siang bahawa orang-orang Habsyi akan memasuki negeri kamu dan mereka akan menguasai daerah anatar Abyan hingga Juras."

"Kejadian ini berlaku bukan pada zaman tuanku, bahkan 60 atau 70 tahun akan datang," kata Sathih lagi. 

"Apakah daerah-daerah ini akan terus berada dibawah kekuasaan mereka?" tanya Raja Yaman dengan nada kebimbangan.

"Sementara sahaja. Daerah-daerah ini akan berada ditangan mereka selama 70 tahun atau lebih kerana mereka akan akan dibunuh dan dihalau keluar dari tempat itu dalam keadaan tergesa-gesa," jelas Sathih.

"Siapa yang membunuh dan menghalau mereka?"tanya Rabi'ah bin Nashr.

"Orang yang dimaksudkan itu  adalah Iram bin Dzi Yazan. Dia memerangi orang-orang Habsyi ini dari arah Aden dan membunuh semua yang ditemui sebelum sempat mereka lari keluar dari Yaman," kata Sathih.

"Apakah daerah-daerah ini akan berterusan dibawah kekuasaan mereka?" Rabi'ah bin Nashr meminta kepastian.

"Tidak selama-lamanya. Seorang nabi akan muncul. Baginda mendapat wahyu dari Zat Yang Maha Tinggi," kata Sathih.

"Nabi  ini berasal dari mana?" persoalan yang perlu dirungkaikan oleh Rabi'ah bin Nashr.

Menurut Sathih, nabi ini dari keturunan Bani Ghalib bin Fihr bin Malik bin An-Nadr. Kekuasaan berada dalam genggaman kaumnya hingga akhir zaman. Akhir zaman ini berakhir dengan manusia dikumpulkan. Pada hari tersebut, orang yang mekaukan kebaikan mendapat kebahagiaan dan orang yang jahat akan mendapat kecelakaan.

Apabila Syiqq datang mengadap, Rabi'ah bin Nashr ini merahsiakan apa yang didengari dari Sathil. Dia bertanya sebagimana dia bertanya kepada Sathih. Ada beberapa tafisran yang membezakan kata-katanya dengan Sathih.

Syiqq menyatakan bahawa akan datang kaum dari Sudan singgah ke Yaman, mereka merampas gadis-gadis remaja dan berkuasa antara Abyan hingga Najran. Perkara ini terjadi selepas pemerintahan Rabi'ah bin Nashr. Kemudian akan diselamatkan oleh orang yang hebat. Orang tersebut mendatangkan kehinaan kepada mereka. Orang hebat ini adalah anak muda yang merendah diri. Dia akan keluar menemui orang-orang Sudan ini dan tidak membiarkan kekuasaan mereka di Yaman.

"Kezaliman akan dihentikan oleh rasul yang diutuskan kebenaran dan keadilan diantara orang yang beragama dan orang-orang mulia. Kekuasaannya akan berda pada genggamannya hingga Hari Pengadilan." kata Syiqq.

"Hari Pengadilan adalah hari para penguasa mendapat balasan atas perbuatannya dan satu seruan akan didengari dari langit. Suara itu dapat didengari oleh semua manusia sama ada yang hidup atau yang telah mati. Pada hari tersebut akan dikumpulkan semua manusia. Pada hari itulah keuntungan dan kebaikan menjadi milik orang-orang yang bertaqwa," jelas Syiqq apabila Raja Yaman ini bertanya tentang Hari Pengadilan.

Penjelasan tafsir dari Sathih dan Syiqq memberi kesan kepada Raja Yaman ini. Kemudian Rabi'ah bin Nashr berhijrah ke Iraq. Rabi'ah bin Nashr ini menyerahkan anak-anakanya untuk dijaga oleh Raja Parsi. Selepas dia meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Hassan bin Tuban As'ad Abu Karib.

Raja Hassan menjadi Raja Yaman baru. Dalam perjalanan di sekitar negara-negara Arab,Raja Hassan dikhianati oleh saudaranya sendiri. Amr ingin merebut takhta Raja Hassan kerana hasutan dari orang-orang Himyar. Amr membunuh Raja Hassan. Sampai di Yaman, Amr bin Tubba' As'ad tidak dapat tidur. Para tabib dan doktor dipanggil untuk merawatnya. Dia tetap tidak dapat tidur. Selepas kematiannya, perpaduan orang-orang Himyar berpecah-belah.

Kemudian orang-orang Himyar melantik Dzu Nuwas sebagai Raja Yaman dan raja terakhir bagi orang-orang Himyar. Berlakulah pemerintahan zalim di Yaman. Dialah yang melakukan kezaliman dalam peristiwa pembakaran rakyat dalam parit besar atau dinamakan Ashabul Ukhdud. Ramai rakyat ini menyatakan keimanan kepada Tuhan Abdullah bin Ats-Tsamir. Seorang budak yang belajar ilmu sihir dan ilmu agama dengan Faimiyyun.

Daus Dzu Tha'labah terselamat dari pembunuhan beramai-ramai ini. Dia meminta bantuan Kaisar Raja Rom untuk memerangi Dzu Nuwas. Kaisar menulis surat kepada Najasyi, Raja Habsyah yang beriman kepada agama Nabi Isa. Najasyi dan kekuatan pasukan 70 ribu orang berangkat ke Yaman  diketuai oleh Aryath dan Abrahah bin Asyram berangkat ke Yaman. Dzu Nuwas dan pasukannya tidak dapat bertahan lama dan meminta pasukannya berundur ke dalam laut. Akhirnya mereka tenggelam. Itulah kesudahan Dzu Nuwas.

**********

PERISTIWA TENTERA GAJAH ABRAHAH 

( setelah Tuan Abdul Latip Talib edit)

Mengenai peristiwa tersebut Allah berfirman dalam al Quran surah al Fil ayat 1 – 5 bermaksud.

“Tidakkah engkau tahu bagaimana Tuhanmu melakukannya terhadap tentera bergajah?. Tidakkah ia menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia. Dan mengirim kepada mereka burung-burung yang melempar mereka dengan batu dari tanah yang keras. Lalu Allah menjadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat.”

Di bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab terdapat kerajaan Habsyi yang diperintah oleh Najasyi. Baginda melantik Abrahah bin Arsam  sebagai Gabenor di Yaman dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Setelah berkuasa di Yaman, Abrahah berasa amat cemburu dan sakit hati apabila melihat orang-orang Arab dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab pergi ke Mekah mengunjungi Kaabah. Justeru itu, dia bercita-cita membina sebuah bangunan yang lebih cantik dari Kaabah di Mekah. Abrahah ingin menjadikan negeri Yaman menjadi tumpuan orang-orang Arab. Dia  yakin hanya dengan membina sebuah bangunan yang lebih cantik dari Kaabah  orang ramai akan datang ke Yaman.

Abrahah segera memerintahkan rakyatnya  membina sebuah bangunan yang besar dan  cantik  di Shan’a. Segala nilai seni dan keindahan  digunakan bagi menghiasi tempat ibadat yang  dikenal dengan nama Qullais. Kemegahan dan kecantikannya tiada tandingannya. Kemudian Abrahah menulis surat kepada raja Najasyi.

“Wahai, Tuanku. Aku telah membangun sebuah gereja yang belum pernah dibangunkan orang  sebelum Tuanku.  Rakyat Yaman berasa kagum dan ramai mengunjunginya.  Namun aku belum puas sehingga mampu memalingkan  bangsa Arab  melaksanakan haji kepadanya. Aku mahu Yaman menggantikan Kota Mekah.”

Raja Najasyi bersetuju lalu menyatakan puji-pujiannya terhadap Abrahah.  Kemudian dia memaksa rakyat Yaman dan negeri-negeri di bawah nanungan Raja Najasyi  mengunjungi Qulais. Namun masih tidak dapat mengajak bangsa Arab kerana mereka tetap juga pergi ke Mekah mengunjungi Kaabah.  Hatinya semakin sakit dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

Niat Abrahah membina Qulais bagi menandingi Kaabah itu  sampai ke pengetahuan  seorang ketua Bani Kinanah. Dia mengajak orang-orangnya pergi ke Yaman lalu  menceroboh masuk ke dalam Qullais pada waktu malam. Mereka mengambil  perhiasan yang berharga kemudian melumurkan rumah ibadat itu dengan najis.

Abrahah berasa sangat marah dan terhina lalu bersumpah akan pergi ke Mekah menghancurkan Ka’bah. Dia segera mempersiapkan tenteranya yang dikenali sebagai tentera bergajah Abrahah.

Berita  tentera bergajah Abrahah mahu menyerang Kota Mekah mengemparkan  seluruh kabilah Arab. Pada mulanya mereka merasakan  wajib mempertahankan Ka'bah lalu bertekad mahu berperang.

Salah seorang pemuka Arab bernama Dzu Nafar  mengajak  kabilahnya  berjihad mengagalkan usaha itu bagi melindungi Baitullah Al-Haram. Dia mahu menunjukkan kabilahnya mampu menyelamatkan Kaabah.  Ternyata kekuatan mereka  tidak seimbang bagi menghadapi tentera bergajah Abrahah.  Dzu Nafar dan pasukan tenteranya dengan mudah dapat dikalahkan lalu menjadi  tawanan. Abrahah ingin membunuh tawanan itu namun Dzu Nafar segera  datang menyembah.

"Tuan jangan  bunuh saya. Barangkali ada faedahnya tuan biarkan saya hidup. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk tuan," rayu  Dzu Nafar. 

Abrahah tidak jadi membunuhnya kerana boleh digunakan bagi membantu menghancurkan Kaabah. Dzu Nafar dan semua pengikutnya bergabung dengan tentera gajah Abrahah.  
Kemudian tampil pula  seorang lagi pemimpin Arab bernama Nufail bin Habib al-Khats'amiy. Dia memimpin dua kabilah iaitu Syahran dan Nahis bagi menyekat kemaraan tentera gajah Abrahah. Mereka disokong beberapa kabilah Arab lagi.

Mereka berperang menentang tentera bergajah  Abrahah tetapi Nufail juga kalah dan menjadi tawanan. Sebelum Nufail dihukum bunuh, dia datang menyembah Abrahah.

"Jika  tuan bebaskan saya maka  saya boleh menjadi penunjuk jalan ke negeri Mekah. Pengikut saya dari kabilah Syarhan dan Nahis akan berada di bawah perintah tuan," rayu Nufail dengan bersungguh-sungguh lalu dibebaskan  oleh Abrahah. Nufail  menjadi  penunjuk jalan sehingga sampai ke Thaif.

Sampai di Thaif, pemimpin Thaqif (nama sebuah negeri di Thaif) yang bernama Mas'ud bin Muattib bersama-sama para pemimpin-pemimpin yang lain datang ke hadapan Abrahah lalu pura-pura menyatakan sokongan kepadanya.

"Tuan, kami ini adalah hamba sahaya tuan. Kami tunduk dan patuh mengikut arahan tuan. Kami tidak akan sekali-kali melawan perintah tuan," kata Mas'ud.  Dia terpaksa berbuat begitu kerana yakin tidak mampu menentang Abrahah dan pasukan tentera gajahnya.

Abrahah bersetuju tidak menyerang penduduk Thaqif dan sebagai balasannya  Mas’ud bin Muattib menyuruh orang kepercayaannya menjadi penunjuk jalan menuju ke Mekah.  Penunjuk jalan sengaja membawa  tentera Gajah Abrahah ke a rah yang salah supaya sesat di padasng pasir.

Namun seorang penduduk Taif  bernama Abu Raghal yang menyertai pasukan gajah Abrahah telah berpaling tadah lalu menunjukan jalan yang sebenar.  Mereka berhenti  rehat di Mughammis yang  terletak tidak jauh dari Kota Mekah.

Tiba-tiba Abu Raghal, si penghianat  itu mati secara mengejut lalu ditanam di Mughammis. Kuburnya ditanda oleh orang Arab sebagai penghianat. Setiap orang Arab yang melalui kawasan itu akan melontar batu ke arah kubur  pengkhianat itu.

Di Mughammis, Abrahah mengutuskan seorang utusan dari bangsa Habsyi ke negeri Mekah. Nama utusan itu adalah Aswad bin Maqfud. Aswad terus menunggang kuda menuju ke Mekah. Setelah sampai di wilayah Mekah, dia merampas hartabenda penduduk Tihamah dari puak Quraisy dan Arab yang lain. Harta ini termasuklah 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib bin Hasyim. Ketika itu, Abdul Mutalib pemimpin yang disegani di kalangan puak Quraisy.

Perbuatan utusan Abrahah itu menimbulkan kemarahan penduduk Mekah.  Aswad bin Maqfud pemimpin kabilah Kinannah dan kabilah Huzail  menyatakan kesanggupan mereka untuk berperang melawan tentera Abrahah.  Namun dapat ditenangkan oleh Abdul Mutalib dengan mengatakan  kekuatan mereka tidak setanding dengan jumlah tentera bergajah Abrahah.

Kemudian  Abrahah mengirim lagi utusan  dibawah pimpinan Hunathah al-Himyariy ke Mekah. Tujuannya bagi menjalin  hubungan baik dengan pemimpin Arab dan pemimpin kabilah-kabilah yang berpengaruh.

Hunathah datang ke Mekah menemui  Abdul Mutalib bagi menyampaikan pesanan Abrahah itu.
"Demi Allah, katakan kepada ketua kamu bahawa kami tidak bermaksud hendak  berperang. Rumah ini adalah Rumah Allah. Kalau Allah hendak mempertahankan rumahNya dari diruntuhkan, itu urusan Allah. Kalau dibiarkan rumahNya diruntuhkan orang, apalah daya kami. Kami tidak mampu mempertahankannya," kata Abdul Mutalib sebaik sahaja mendengar pesanan Abrahah melalui Hunathah.

"Kalau begitu, tuan harus datang sendiri menghadap beliau. Saya diarahkan untuk mengiringi Tuan," kata Hunathah.

"Baiklah," kata Abdul Mutalib.

Abdul Mutalib pergi mengadap Abrahah  dengan diiringi beberapa orang puteranya.  Sepanjang perjalanan itu Hunathah turut mengiringinya  hingga sampai ke perkhemahan Abrahah.

Abdul Mutalib seorang yang rupawan, berwajah menarik dan berwibawa. Sebaik sahaja beliau masuk, ada sesuatu yang memaksa Abrahah bangun menghormatinya dan menjemputnya masuk ke dalam  khemah. Abrahah merasakan orang itu tidak layak duduk lebih rendah darinya.  Oleh itu dia duduk bersama Abdul Mutalib diatas hamparan yang disediakan.

"Apakah hajat  kedatangan kamu ke sini. Katakanlah nescaya aku perkenankan," Abrahah memulakan bicara.

"Tujuan kedatanganku hanya untuk meminta supaya Tuan memulangkan kembali 200 ekor untaku yang dirampas oleh utusan tuan," kata Abdul Mutalib dengan tenang.

"Tadi aku terpesona melihat sikap dan rupamu yang hebat, selayaknya menjadi  pemimpin suatu kaum. Tetapi kini hairan kerana kamu hanya mengemukakan soal unta kamu yang berjumlah  200 ekor dan dia tidak membicarakan tentang Kaabah yang menjadi pusat keagamaan dan keagungan nenek moyangmu. Aku datang semat-mata mahu meruntuhkannya. Tapi kamu anggap hal ini kecil sahaja," kata Abrahah dengan suara yang tinggi.

“Saya adalah pemilik unta-unta itu. Adapun rumah itu (Ka’bah) mempunyai pemilik yang akan memeliharanya”. jawab Abdul Mutalib dengan tenang dan penuh tertib.

"Apabila aku mahu meruntuhkan Kaabah maka Tuhan  itu sendiri tidak dapat menahan  kemahuanku," kata Abrahah dengan sombong.

"Terserah kepada tuan. Saya datang ke mari hanya menguruskan unta-unta-unta kepunyaanku," kata Abdul Mutalib lagi.

Abrahah memulangkan  semula 200 ekor unta itu kepada Abdul Mutalib. Setelah pulang ke Mekah beliau menasihatkan supaya penduduk Mekah segera meninggalkan rumah mereka menuju ke  bukit-bukit yang berada di sekeliling Mekah supaya tidak menjadi mangsa amukan tentera bergajah Abrahah.

Kemudian Abdul Mutalib membuka pintu Ka’bah lalu masuk ke dalamnya. Beliau memanjatkan do’a kepada Allah supaya memelihara Kaabah daripada pasukan tentera bergajah Abrahah. Setelah itu, Abdul Mutalib bersama orang-orangnya  bergegas menuju ke bukit-bukit  di sekitar Ka’bah untuk bersembunyi serta melihat apa yang akan dilakukan Abrahah dan pasukannya terhadap Ka’bah.

Tidak lama kemudian Abrahah dan pasukan tentera bergajahnya mara bagi memasuki Kota Mekah.  Tetapi apabila melalui  daerah Shifah , tiba-tiba gajah-gajah  itu duduk dan tidak mahu berjalan. Apa yang peliknya gajah-gajah itu  hanya berhenti apabila  dihadapkan ke arah Baitullah. Apabila diarahkan  menuju  ke belakang atau ke arah lain dengan pantas gajah-gajah itu bangun dan berlari-lari. Namun Abrahah tetap memerintahkan pasukan tenteranya menuju ke kaabah.

Allah yang Maha Berkuasa mengagalkan niat jahat Abrahan untuk meruntuhkan kaabah dengan menghantar burung-burung yang datang  berpasuk-pasukan. Burung-burung itu  membawa batu yang dilontarkan kepada Abrahah dan para tenteranya seumpama kapal terbang yang menggugurkan bom-bom ke atas sasaran musuh. Mereka yang terkena batu itu akan mati serta merta.  Ada yang berlubang kepalanya dan ada yang putus anggota badannya akibat ditimpa batu itu.  Mereka gugur bagaikan daun-daun kering yang dimakan ulat.

Tahun terjadinya peristiwa ini dinamakan  Tahun Gajah. Dan pada tahun itu juga Nabi Muhamad SAW dilahirkan.

(Aku tak layak menulis tentang sirah ini. Harap Pak Latip tak marah. huhuhu)

**********

12 Rabiul Awal Tahun Gajah, jatuh pada hari isnin. Satu kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk Allah. Kelahiran yang memberi sinar baru bagi ummat akhir zaman. Inilah kelahiran manusia agung yang diberu nama Muhammad bin Abdullah. Muhammad SAW dilahir yatim piatu. Bapanya Abdullah meninggal dunia ketika berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya Aminah. Abdullah dikebumikan di Abwa' dalam perjalanan ke Syam selepas demam.

Nama Muhammad tidak pernah digunakan dalam mana-mana umat sebelum ini. Golongan Arab tidak mempedulikan kemunculan nabi akhir zaman sehingga hari kelahiran agung ini. Sedangkan penganut agama lain sudah lama membincangkan tentang kemunculan rasul akhir zaman sebagaimana di sebut dalam kitab Injil dan Zabur.

Sejak awal lagi makhluk Allah membicarakan tentang kelahiran agung ini. Semua ahli kitab menunggu saat ini. Kelahiran yang digembar-gemburkan sebagai penutup para nabi dan rasul serta membwa rakmat ke seluruh alam.

Ketika Nur Muhammad dimasukkan dalam rahim Aminah, Allah menyuruh malaikat membuka pintu firdaus dan memberitahu semua makhluk langit dan bumi tentang Muhammad. Segala makhluk yang ada di bumi berbincang tentang kedatangan nabi akhir zaman sebagaimana diceritakan dalam kitab Injil dan Zabur. Pendeta-pendeta yang alim juga menunggu kedatangan kekasih Allah ini.


Tanah disekitar Mekah yang kering tandus kelihatan subur. Jika dahulu, daun kelihatan jarang dan menanti gugur kini berdaun rimbun dan berbuah lebat. Semua ini terjadi sempena menyambut kelahiran Nabi Muhammad.

Kegembiraan terpancar pada wajah-wajah yang menunggu saat kelahiran Muhammad. Abu Lahab yang dicela Allah dalam Al-Quran adalah orang yang paling gembira sehingga membebaskan hambanya, Thuwaibah sebaik sahaja mendengar kelahiran manusia agung ini. Kerana kegembiraan ini menyebabkan Abu Lahab diringankan azab neraka setiap hari isnin. Pengasihnya Allah terhadap hambanya ini.

Lorong sempit di kawasan perkampungan Quraisy ini kelam dan malap terus berubah menjadi bercahaya. Jiran tetangga yang datang menziarahi bukan sekali bahkan berulang kali kerana daya tarikan dari wajah bayi yang mulia ini. Rumah ini terus disinari keberkatan dengan kunjungan yang bertali arus.

Aminah menceritakan bahawa cahaya pada wajah Abdullah hilang disaat dia mengandungkan bayinya ini. Cahaya itu seolah-olah masuk ke dalam perut sedangkan dia tidak mengetahui bahawa dia sedang mengandung. Itulah cahaya kenabian yang pernah dilihat oleh Nabi Adam ketika berada di syurga.

Aminah juga pernah bermimpi dalam keadaan dia menadah tangan ke langit. Kemudian dia melihat sendiri malaikat turun seumpama kapas yang terapung di udara. Malaikat berdiri di hadapan Aminah.
Kemudian berkata," Berita gembira untuk mu wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu akan menjadi menolong membebaskan manusia. Namakan dia Ahmad."

Begitu juga dia merasakan seolah-olah cahaya yang terang keluar dari farajnya dan menyinari semenanjung Arab sehingga boleh menampakkan Istana Busra di Yaman. Cahaya itu menyebab Istana Kisra retak dan 14 tiang serinya runtuh. Kejatuhan kerajaan Rom menjadi kenyataan apabila dalam tempoh 10 tahun empat orang Maharaja Rom telah memerintah dan berlaku perebutan kuasa dikalangan mereka sendiri.

Ketika malam kelahiran Muhammad, Aminah bermimpi bahawa dia diiringi Maryam ibu Nabi Isa dan Asiah ibu angkat Nabi Musa serta para bidadari mengiringinya. Selepas itu dia berasa sakit untuk bersalin. Ini menunjukkan Muhammad lebih mulia daripada Nabi Musa dan Nabi Musa.

Saat kelahiran itu, terbit cahaya yang menerangi rumah gelap itu. Muhammad keluar dari perut ibunya dalam keadaan sujud seperti sujudnya dalam solat sambil mengangkat jari telunjuk yang menunjukkan Allah itu satu. Kemudian memandang ke langit seperti sedang berdoa memohon sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Keadaan ini disaksikan oleh As-Syifa' iaitu ibu kepada Abdul Rahman bin Auf dan penyambut kelahiran Muhammad SAW ini yang penuh keberkatan. As-Syifa' sendiri merasa hairan dengan kelahiran tanpa tangisan dari bayi ini. Tidak bagi seperti bayi-bayi lain. As-Syifa' dapat merasakan  kelahiran ini seolah-olah memberi sinar baru kepada dunia keseluruhannya.





Masih dalam proses editing.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...